pages

Sunday, April 1, 2018

DR RORA Sekolahkan Parti Tuduh Parti Lain Khawarij

[Pilihanraya VS Khawarij]

Saya melihat ada fatwa yang disebarkan kononnya mengundi parti yang bukan pilihan si pemberi fatwa dianggap khawarij.

Ini fatwa yang janggal bagi saya kerana sebab berikut:

1. Jika mengundi parti lain dianggap khawarij, bagaimana mungkin anda menyokong parti yang membenarkan parti lain bertanding dalam pilihanraya? Bukankah itu meredhai khawarij bergerak? 

2. Jika alasan membenarkan parti lain bertanding atas dasar darurat, ingin saya bertanya apa dhawabit dan kadar mengambil darurat ini? Bukankah darurat itu mesti diambil sekadarnya? Beralasan membenarkan parti lain bertanding atas dasar darurat tidak kukuh tambahan pula kerajaan boleh saja menolak pendaftaran parti lain dari awal lagi. Membenarkan parti lain yang mereka anggap khawarij bergerak, berceramah, mempunyai media sendiri dan duduk di parlimen berbahas adalah di luar batasan darurat. Bahkan ada parti lain yang memerintah negeri! Ini melampaui batasan darurat.

3. Jika mengundi parti lain dianggap khawarij, bagaimana dengan rakyat negeri yang diperintah oleh parti lain? Adakah rakyat negeri itu mesti mengundi parti yang memerontah negeri? Jika si pemberi fatwa kata, yang jadi khawarij adalah tidak bersetuju dengan parti pemerintah persekutuan, kita perlu bertanya apakah dalil bagi mengkhususkan hanya pemerintah persekutuan itu? Perlu diketahui ada bidang kuasa yang pemerintah negeri lebih berkuasa daripada pemerintah pusat. Bagaimana untuk menyelesaikan isu ini?

4. Tidak menjadi masalah untuk menyokong parti tertentu dalam pilihanraya kerana itu dibenarkan oleh undang-undang. Namun melabel orang lain khawarij tanpa alasan kukuh itu suatu kegopohan. Perlu juga diketahui bahawa kerajaan tidak bertanding dalam pilihanraya. Yang bertanding hanya parti politik. Justeru jangan salah pakai fatwa khawarij untuk menangkan parti pilihan anda.

5. Kadangkala menghafal dalil semata-mata tidak memberi faedah, tetapi akal yang sihat dengan sel otak yang berhubung diperlukan untuk menjadi bijak memahami dalil yang dihafal. 

Dr Rozaimi Ramle

7 comments:

  1. Betulkah Fatwa ntah apa2... Bila nk menangkan A, keluarkan dalil no 1, bila kemudian nk menangkan B, keluar pulak dalil no 2... Begitu kah? Apa pendapat tuan2.

    ReplyDelete
  2. Jgn ambik komen dia bro..dia ni pro wahabi..bukan lah kata wahabi x bokeh..tapi kalau dengar ceramah atau kuliyah dia..selalu hentam Imam Syafiee..

    Dia siapa nak question Imam Syafiee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. DR.RORA HENTAM IMAM SYAFIE?BIAR BETUL KE?DIA HENTAM IMAM SYAFIE ATAU DIA HENTAM ORANG YG FANATIK DGN MAZHAB SYAFIE?JGN MEMFITNAH ULAMA,DOSA TAU..

      Delete
    2. Setuju 7.43, pentaksub umno hasil upahan dedak je tu....

      Habuan haram sudah diberi,
      Tugas mengembik macam biri biri.

      Delete
  3. Suka Hentam menghemtam tu yg mendidik masyarakat ke arah fanatik la tuh.

    ReplyDelete
  4. Macai harami,

    Jalankan tugas dengan penuh dedikasi,
    Habuan haram diberi, bukan dijoli,
    Berikan fakta bukan tabur kumbahan basi,
    Bodoh bertingkat sejak azali.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews