pages

Sunday, April 15, 2018

[CONTOH ANAK RAJA CERDIK] Istana berkecuali dalam kancah politik - Raja Muda Perlis


KANGAR: Istana merupakan pihak berkecuali dalam kancah politik dan tidak memihak kepada mana-mana parti, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah istana hanya berpihak kepada perlembagaan dan undang-undang yang dilaksanakan secara adil dan saksama.

"Istana juga sentiasa akur kepada kehendak rakyat yang selaras dengan sistem demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan negara ini.

"Apa yang menjadi kewajipan istana ialah membimbing rakyat kepada kesantunan budi dan keluhuran adat yang mulia," titah baginda ketika merasmikan Majlis Muhibbah Bersama Masyarakat Cina dan Siam di One Centre Malaysia Darul Abrar dekat sini, petang ini.

Baginda merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah kepimpinan istana adalah saksama, merentasi agama, parti politik dan warna kulit.

Tuanku Syed Faizuddin juga menegaskan setiap kerajaan dan pentadbiran harus sentiasa adil dan saksama kepada semua rakyat tanpa mengira latar politik mereka.

Turut hadir pada majlis itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.- Bernama

16 comments:

  1. Negeri Perlislah salah satunya negeri yang mempunyai raja yang cerdek.KDYMM Sultan perlis adalah seorang raja yang sangat sederhana cara hidupnya dan jauh sekali dari mempamirkan segala kekayaan dan kemewahannya hidup baginda dan keluarga kepada rakyat jelata.Begitulah juga dengan anakanda baginda.Bak kata perpatah Melayu dimana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi.Baginda berdua mempunyai budi bahasa yang sangat luhor sebab itulah baginda berdua sangat dihormati dan dikasihi oleh rakyat Perlis.

    Kita tidak pernah mendengar satu cerita pun selama ini yang menunjukkan rakyat Perlis atau sesiapa sahaja mengutuk atau membenci baginda dan keluarga,Sebaliknya memuji dan meyanjung baginda.Raja yang seperti inilah yang sepatutnya dijadikan contoh oleh raja2 lain diTanah Melayu ini!!...

    ReplyDelete
  2. Raja Muda Perlis ni tengok paras rupa pin dah dapat agak hati budinya.Seorang anak raja yang cerdek dan amat berbudi hahasa.

    ReplyDelete
  3. kalau ini anak raja cerdik, maknanya ada anak raja BODOH lah ye? yang mula T tu ke

    ReplyDelete
  4. bila terlalu kaya, lupa diri lah, tak kira anak raja atau perdana menteri

    biasanya LANUN kawan dengan LANUN, penjahat kawan dengan penjahat
    mana boleh LANUN kawan dengan MUFTI

    ReplyDelete
  5. kalau dah bapa HIAS KEPALA LORI, nak harapkan apa pada anak dia

    ReplyDelete
  6. HATI HATI NGAN ORANG UTARA NI
    BANYAK FAKTA DAN BOKTI KINI
    AKHLAK IMAN TELO DEPA PUN D JUAL BELI
    HARAP SLOGAN ISLAM JER AKIDAH DILACURI

    ..INI BUKAN AUTA INI FAKTA....

    ReplyDelete
    Replies
    1. APA BENDA KO NI? APA YANG KO ANTI SANGAT NGN ORANG UTARA?

      Delete
  7. Mungkinkah satu sejarah baru akan terukir....UMNO yg lahir di Istana Johor itu pada tahun 1946....akan berkubur di Istana Johor juga pada 2018...dan TMJ jadi "catalyst"nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TMJ bersama-sama Najib lah, ape de

      Delete
  8. Hihi..betul tu.

    ReplyDelete
  9. Tak perlu memihak. Cuma harus ada pendirian antara yang haq dan yang bathil. Takkan itu pon kerja mufti. Nasib baik British dah takde kalau tidak kena tipu lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL LA APA YANG DITITAHKAN RAJA MUDA PERLIS..ISTANA HANYA PENTINGKAN RAKYAT DAN BUKAN PARTI POLITIK.

      Delete
  10. Sokong raja muda

    ReplyDelete
  11. Memang cerdik dan rasional pemikiran baginda.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com