innity

pages

Thursday, April 12, 2018

Bila nak tangkap Jho Low?


Pelik tetapi benar. Benar tetapi masih pelik. Ramai bertanya siapa tembam yang bernama Jho Low ini? Kenapa polis Malaysia tidak diberi arahan untuk menangkap Jho Low. Kenapa pula China Merah dilapor bermurah hati membenarkan Jho Low yang dikehendaki oleh Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) dan FBI kini tinggal bebas di China Merah.
Mengikut laporan akhbar The Australian keluaran 14 Disember 2017 dahulu Si Jho Low ini sedang enak bersantai menginap di sebuah hotel mewah di Shanghai, China. Harian Australia ini juga membocorkan berita bagaimana kapal mewah Equanimity milik Jho Low sering berpeleseran di Papua, Bali, Siam dan di Kemboja.

Kapal milik Jho Low ini dikatakan tidak lagi berlabuh di Miami atau di pantai-pantai laut Mediterranean. Hakikatnya Equanimity seperti sedang melarikan diri buruan agen-agen FBI dan CIA.
Tup tup kapal ini tersadai di Bali. Pada 28 Februari lalu kapal berharga 1 bilion ringgit ini telah ditahan oleh FBI dan kerjasama polis Indonesia. Presiden Jokowi memainkan peranan yang amat penting dengan membenarkan kuasa asing negara kafir menangkap kapal milik negara jiran yang dipimpin oleh seorang Muslim yang warak.
Kenapa Pak Jokowi menyebelahi dan mengikut kerenah permintaan kuasa negara kafir dan tidak mempertahankan harta milik pemimpin yang serumpun dan sebangsa? Ini juga menjadi pelik.

Lalu timbul cerita dongeng bahawa apa yang berlaku adalah sambungan perlawanan Panglima Jawa Seri Santa Bentara yang berjaya mengalahkan Ratu Putar Alam Mandulung Pindulung Lanun Bugis. Kisah dari kitab Jawa Kuno ini berulang kembali. Hishamuddin Rais tidak perlu menerangkan siapa Panglima Jawa dan siapa Lanun Bugis. Cukuplah anak semua bangsa di Malaysia ini senyum puas dan berterima kasih kepada Pak Jokowi dari Indonesia.
Pelik lagi memelikkan, kawan Jho Low yang bernama Mat Najib langsung tidak bersuara membantah penahan Equanimity. Najib tak ambil pot. Najib buat 'donno'. Walau pun satu dunia tahu kapal ini didakwa hasil duit curian 1MDB.


1MDB. Pencuri. 1MDB. Pencuri. Perkataan ini semakin lantang kita dengar. Ke mana sahaja kita pergi dua perkataan ini - pencuri dan 1MDB - akan kedengaran.
Di Tanah Melayu ini ada satu sosok yang paling selalu, paling kerap, paling heboh tanpa henti-henti bercakap tentang pencuri yang bernama Najib. Sosok ini ialah Mahathir Muhamad yang bakal menjadi perdana menteri selesai sahaja PRU14.

Mahathir dalam pembukaan ucapan di Pasir Gudang, Johor pada Jumaat malam 6 April yang lalu telah meminta maaf kepada Bangsa Johor dan juga kepada semua rakyat Malaysia. Mahathir minta maaf kerana dirinya telah berkempen dan menyokong untuk menjadikan Najib perdana menteri. Mahathir minta maaf kerana dia telah melantik Najib seorang pencuri, penyamun dan penyangak.
Mahathir kemudian meminta Bangsa Johor bersama-sama warga yang lain bekerjasama untuk menggulingkan Najib dan meruntuhkan parti United Malays National Orgaisation. Walaupun dari segi sejarah parti ini bermula di Johor, tapi kini parti ini telah menyimpang jauh dari perjuangan asal. Kini United Malays National Organisation telah menjadi parti Najib - parti yang dituduh dikepali oleh seorang pencuri. Inilah isi ucapan Mahathir Muhamad ke mana sahaja dia berceramah.
Ada satu perkara yang mungkin ramai terlepas pandang. Apa dia? Pasir Gudang di Johor. United Malays National Organisation ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Johor. Apa lagi?
Ada satu lagi yang maha penting ia itu Singapura di sebelah Johor. Itu saja? Sabar dulu. Ada kisah di sebalik kisah. Ada cerita di belakang cerita. Ada todak di dalam laut. Ada Temasek di belakang todak.
Sebenarnya Johor, United Malays National Organisation, Singapura, Najib dan Jho Low, semuanya kait berkait. Semuanya sambung-menyambung. Semuanya ulang tayang. Babak babak dan drama 1MDB yang kita lihat ini pernah berlaku. Watak Jho Low ini telah pernah wujud lebih dari 200 tahun dahulu. Amin.
Di sekolah kita diajar bahawa Singapura telah ditemui oleh Sir Stamford Raffles pada tahun 1819. Ini fakta bohong. Singapura telah sedia wujud ketika si Raffles ini masih lagi bergulung dalam telur ayahnya. Singapura adalah sebahagian dari Bumi Melayu di alam Nusantara.

Raffles ini hanyalah seorang kerani kecil atau tambi dalam Syarikat British East India Company (BEIC). Anugerah sir ini datang kemudian kerana si Raffles telah berjaya menipu Sultan Hussein untuk menjual Singapura kepada British.

Bagaimana Rafffles berjaya mendapatkan pulau Singapura untuk menjadi tanah jajahan British? Bagaimana Singapura tergadai kepada British East India Company?
Senang sahaja. Sultan Hussein yang berkuasa ke atas Singapura telah diperkenalkan dengan candu.
Jangan lupa sejarah. Fakta sejarah telah membuktikan bahawa tokan candu yang paling besar di era kolonialisme ialah British East India Company. Syarikat ini mengambil candu di India dan menjual ke pelosok dunia, hingga ke China. Jangan lupa Perang Candu 1839-60 di China. Hasilnya Hong Kong tergadai kepada British hingga ke tahun 1997.
Candu pada ketika itu adalah bahan perniagaan yang dijual beli secara terbuka. Pengeluar candu ketika itu ialah British kerana India-Pakistan dan Afghanistan tempat candu ditanam pada ketika itu bawah jajahan British.
Raffles memberi candu secara percuma kepada Sultan Hussein. Candu membuatkan seseorang tidak dapat bangun tidur. Maka pada ketika inilah si Raffles ini masuk jarum. Pertamanya bekalan candu Sultan Hussein ditamatkan.

Bayangkan keadaan gelabah mencari bekalan. Bayangkan huru-hara apabila candu dari Raffles tak sampai.
Tup tup Raffles muncul dengan bekalan candu. Raffles mengenakan syarat. Kalau mahu candu maka Pulau Singapura perlu dijual kepada BEIC. Sultan akan dapat gaji bulanan dan juga bekalan candu yang tidak akan putus putus.

Maka pada 7 Jun 1823 tergadaiah Singapura kepada BEIC. Pulau di hadapan Tanjung Puteri milik kerajaan Johor ini terus menjadi milik Orang Lain hingga ke hari ini.
Apa hubungan babak sejarah gelap alam Melayu ini dan watak sir Stamford Raffles, British East India Company, candu, Sultan Hussein, Jho Low, Najib dan Singapura dengan duit 1MDB?

Mari di sini saya terangkan. Pulau Singapura pada hari ini ialah Tanah Melayu Malaysia. Sultan itu hari ini ialah Najib Razak. Sir Stamford Raffles hari ini ialah Jho Low. Candu hari ini ialah hutang. Siapa pula yang akan mengambil watak British East India Company yang akan membeli Pulau Singapura?
British East India Company hari ini ialah China Merah. Jho Low pada ketika ini yang dikatakan tinggal di Shanghai adalah agen perniagaan China Merah. Ini sama seperti peranan dan watak yang dimainkan oleh Raffles ketika merancang untuk memerangkap Sultan Hussein.
Jika Jho Low tidak memiliki peranan penting memberi ‘dadah hutang’ kepada Najib mustahil China Merah akan memberi perlindungan kepada Jho Low yang sedang dicari oleh FBI dan CIA.
Raflles memperkenalkan candu kepada Sultan Hussein. Malaysia diperkenalkan dengan hutang China Merah. Menyusun dan mengatur pelbagai bentuk jenis perniagaan dan projek untuk memastikan Najib akan terus berhutang.

Hutang Najib kepada China Merah ini pada satu ketika nanti akan memerangkap Najib untuk menggadaikan Tanah Melayu. Pada tahun 1823 Singapura tergadai kepada BEIC. Pada tahun 2018 ini semakin jelas Najib sedang menjual dan menggadaikan Tanah Melayu kepada China Merah.
Justeru, amat jelas, Jho Low kepada China Merah adalah Raffles kepada empayar British. Raffles dianugerah pangkat sir kerana berjaya mendapatkan Singapura. Jangan hairan satu hari nanti Jho Low akan menjadi warga China Merah kerana berjaya dengan projek menjadikan Tanah Melayu ini sebagai provinsi China Merah.
Apakah anak semua bangsa tidak melihat apa yang sedang berlaku ini? Apakah anak semua bangsa tidak sedar akan peranan Jho Low. Apakah anak semua bangsa tidak mengetahui bagaimana Pulau Singapura tergadai kepada penjajah British?
Apakah sejarah berulang.
Sejarah berulang jika kita tidak memahami dan sedar akan sejarah. Kita boleh membatalkan pengulangan sejarah.
Justeru pada Sabtu, 14 April ini jam dua petang akan diadakan satu Perhimpunan Tangkap Pencuri. Himpunan ini bertujuan untuk menggagalkan projek Jho Low dan China Merah dari berjaya menakluk Tanah Melayu.
Himpunan ini akan menggagalkan pengulangan sejarah.
Pada 1820 dahulu anak anak muda di Sembawang, di Changi atau di Seletar tidak ada kesedaran untuk melawan projek Raffes. Tapi kali ini pada tahun 2018 telah wujud kumpulan anak muda yang mula yang sedar.
Himpunan Sabtu di hadapan Sogo ini bertujuan untuk menyelamatkan Tanah Melayu dari menjadi provinsi China Merah. Najib yang sedang ketagih hutang ini telah tidak dapat diselamatkan. Jika Najib tidak dinyahkan dalam masa lima tahun ini maka Tanah Melayu pasti akan menjadi provinsi China Merah. Justeru mari bersama turun ke Sogo, Sabtu ini.

HISHAMUDDIN RAIS seorang aktivis politik, penulis dan pengarah filem.
- MK
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi CelahGelegar.

4 comments:

  1. APA KE MANGANG PUNYA ANAL'LOGI
    KAPAL EQUANAMITY MILIK ORG LAEN
    KLU TAK DAH KEPOH KECOH SMPI KINI
    FITNAH & SPINN TU SAJA KO PUNYA GAME

    ...... DOJ FBI KIRJA MCM CIFUT BABI...

    ReplyDelete
  2. I strongly believe the heist of the century could not have taken place without the third identity. everybody knows the DUO, JL and MO1. but I have strong feeling its TRIO but we can guess when seeing it in totality viz latest development. thats explain why all enforcement agencies are subdued easily.....

    ReplyDelete
  3. Berapa cukai jho lo dah bayar kt kita? Apa bisnes yg dia buat? Pasai apa dia kaya sangat? ...benda2 ni yg dijadikan asas utk nak mendakwa dia oleh negara luar. Tp kerajaan kita terus buat keputusan jho lo xda kena mengena dgn 1MDB jd xperlu dipanggil. Cuba kalau kita tetiba ada harta berbilion dlm account. Confirm besok kena masuk bilik gelap.

    ReplyDelete
  4. expect exciting news from mid april till voting day from USA, Switzerland and Singapore

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com