SILA KLIK

pages

Friday, April 20, 2018

16 ahli Umno Cabar KESAHIHAN UMNO di mahkamah, mahu ROS bubarkan Umno





Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla yang mewakili 16 anggota Umno memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang melanjutkan tempoh pemilihan parti sehingga April tahun depan.

Berikutan itu katanya, ramai ahli parti berkata majlis tertinggi serta bahagian parti tidak lagi wujud hari ini manakala cawangan berkuatkuasa 1 Mac.

Mereka memohon supaya Umno dibubarkan sebaik sahaja ROS menyelesaikan siasatannya berhubung dakwaan melanggar perlembagaan

Sementara itu, ketua cawangan Umno Kampung Pandan Salihudin Ahmad Khalid yang merupakan salah seorang plaintif berkata beliau telah menulis kepada ROS untuk bertanya mengenai status parti itu dan tidak menerima apa-apa jawapan.

4 comments:

  1. banyak serigala berbulukan kambing dalam umno ni..

    ReplyDelete
  2. DOLU DOJ FBI SWISS SI RENTA BATU API
    INDON & TEMPO MANGSA TERBARU KUTY
    ARI NI SI TUA RENTA BATU API UMNO AHLI
    INGAT DH BRAMBOS ADA LAGI SAKI BAKI DAKI

    ReplyDelete
  3. UMNO sudah tidak relevan di negara ini. Itulah hakikatnya. Kita tidak perlu memaki dan menghamun sesiapa, sebaliknya kita perlu menggunakan akal yang diberi oleh Allah SWT dengan sebaik-baiknya. Gunakan akal itu berfikir dengan bijaksana. Tak usahlah memaki-hamun. Tak baik berbuat demikian.

    ReplyDelete
  4. ROS: Penangguhan pemilihan Umno ikut perlembagaan
    5 Mac 2018, 6:16 petang (Dikemaskini 5 Mac 2018, 6:24 petang)


    Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini menafikan dakwaan Presiden Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno melanggar perlembagaannya apabila sekali lagi menangguhkan pemilihan parti itu.

    Sebaliknya, Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, kelulusan permohonan perlanjutan pemilihan Umno untuk tahun 2017 adalah selaras dengan perlembagaan parti itu.

    "Dengan ini, ROS mengesahkan bahawa kelulusan permohonan untuk mengadakan pemilihan di peringkat majlis tertinggi Umno tahun 2017 adalah selaras dengan peruntukan perlembagaan pertubuhan Fasal 10.17.

    "Ia yang memperuntukkan penangguhan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan, yang tidak boleh melebihi 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Surayati berkata, dalam perkara itu, Umno telah menetapkan supaya pemilihan parti berkenaan diadakan pada 19 April 2019.

    Pada 1 Mac lalu, Muhyiddin yang juga adalah bekas timbalan perdana menteri dan bekas timbalan presiden Umno berkata penangguhan terbaru itu melanggar klausa 10.16 perlembagaan parti itu.

    Klausa itu menyatakan Majlis Tertinggi (MT) boleh menangguhkan pemilihan peringkat MT, Bahagian dan Cawangan tetapi tidak boleh melebihi 18 bulan daripada tarikh pemilihan sepatutnya diadakan.

    Muhyiddin mempersoalkan kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa keputusan parti untuk menangguhkan pemilihan ke 19 April 2019 telah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

    "Apakah ROS ada kuasa untuk mengizinkan tempoh (pemilihan) dilanjutkan setahun lagi?

    "Setahu saya walaupun ROS bertanggungjawab menguruskan pertubuhan, ia tidak boleh melangkau perlembagaan parti.

    “ Jika (perlembagaan) parti kata 18 bulan (untuk pemilihan diadakan), ROS tidak boleh tambah (tempoh)," kata Muhyiddin.

    Pada 27 Februari lalu, Tengku Adnan berkata Umno akan menangguhkan pemilihan parti selewat-lewatnya pada 19 April 2019, antaranya atas sebab keadaan semasa politik parti dan negara.


    Ia penangguhan kedua selepas pengumuman Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jun 2015 lalu berkenaan pemilihan - yang sepatutnya diadakan pada Oktober 2016 - ditangguh selama 18 bulan.

    Jika mengikut penangguhan pertama, Umno perlu mengadakan pemilihan partinya pada 19 April ini.

    Muhyiddin yang kini presiden BERSATU menggesa ROS tidak bersikap dwistandard terhadap parti pembangkang, merujuk kepada partinya yang sebelum ini berdepan masalah dengan jabatan itu.

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com