innity

pages

Tuesday, April 24, 2018

{VIDEO} Gelombang Kebangkitan Rakyat Melayu, Cina, India AMAT MENGGERUNKAN



Kebangkitan rakyat Malaysia semakin dirasai. Kesedaran rakyat semakin digeruni. Malaysia memerlukan perubahan demi kesejahteraan semua. - MK

Mogok dua minggu jika PRU 'kotor', kata pensyarah



Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya, Azmi Sharom mencadangkan pihak yang percaya pilihan raya umum dikendalikan secara 'kotor' dan mahu membuat bantahan boleh melakukannya dengan mengadakan mogok selama dua minggu.

Azmi menjawab soalan berhubung tindakan yang perlu dilakukan orang ramai sekiranya pilihan raya umum diadakan "dengan cara yang kotor" pada satu forum di Kuala Lumpur malam tadi.

Azmi memetik Perlembagaan Persekutuan berkata rakyat bebas membantah jika mereka percaya PRU ini 'kotor'.

Beliau berkata rakyat memiliki kuasa tetapi tidak sedar akan kuasa itu.

Seterusnya, Azmi menegaskan kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa jika rakyat memutuskan untuk tidak bekerja selama "dua minggu, tiga minggu atau satu bulan".

Manakala itu, sekiranya kerajaan baru menang dalam PRU14 akan datang ini, Azmi berkata dalam tempoh enam bulan ia perlu memastikan pelaksanaan janji Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk memansuhkan undang-undang menindas.

PRU14 akan berlangsung pada 9 Mei ini.

Azmi merupakan antara empat ahli panel yang bercakap mengenai patriot sejati.

Ahli panelis lain ialah aktivis sosial Marina Mahathir, peguam terkenal Datuk Ambiga Sreenevasan dan penyandangnya ahli politik Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar.

Forum bual bicara itu anjuran Gerakan Jalur Gemilang. - MK

MYDIN kini bersama Pakatan Harapan


Menyantuni warga Kuala Selangor dalam Program Pelancaran Bas Smart Selangor (Laluan ke-2) dan Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). 

Kerajaan Negeri mengulangi tekad, meneruskan kesemua 42 Inisiatif Peduli Rakyat bagi meringankan bebanan kos sara hidup rakyat negeri Selangor.

KISS, Kasih Ibu Smart Selangor, jalin kerjasama dengan kedai runcit dan pasar raya tempatan. 

Justeru, ibu-ibu di Selangor boleh beli barang rumah dengan kad KISS di kedai runcit dan pasar raya tempatan. 

Keperluan keluarga di Selangor dijaga sebaiknya. - 

Ribuan Hadir PELANCARAN JELAJAH HARAPAN SELANGOR Malam Tadi



📺 Malam Tadi 🎥

PELANCARAN JELAJAH HARAPAN SELANGOR

Bersama :-

1. Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Pakatan Harapan

2. Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Pakatan Harapan

3. Tn. Haji Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Pakatan Harapan

4. Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden Pakatan Harapan

5. Sdr Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang

6. Dato Seri Mohamad Azmin Ali
Menteri Besar Selangor

Dan ramai lagi ..











PH ada cara tampung kekurangan hasil dari cukai GST



Bagaimana kekurangan hasil dari cukai GST dapat membantu, Pakatan Harapan ada caranya bagi mengatasinya.
.
Sila share !!

Monday, April 23, 2018

(10 GAMBAR) BN menang Bendera, PH menang hati rakyat, peti undi

Kain rentang & bendera bagi BN menang. Lekat & gantunglah di seluruh Kuala Lumpur. Tapi di peti undi nanti Pakatan Harapan akan menang. InsyaAllah!











7 GAMBAR: RIBUAN HADIR DI WANGSA MAJU









Ketua pengarah JASA akan lumpuhkan jentera Umno'

ULASAN I Jika benar ia merupakan surat dari Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Puad Zarkashi maka bererti beliau memberi kata dua kepada pemimpin Umno untuk menentukan kedudukannnya bertanding atau tidak hingga 26 April ini iaitu sehari sebelum penamaan calon.
Sekiranya tidak maka beliau akan meletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA.
Punca kemarahannya adalah kerana ketua wanita bahagiannya, seorang peguam telah dipilih untuk menjadi calon tetapi beliau sendiri tersingkir.
Dalam suratnya yang menjadi tular beliau lebih dahulu mengisytiharkan untuk bertanding bebas di kerusi P150 Batu Pahat dan N24 DUN Senggarang.
Katanya "Saya akan berperang melawan sistem yang rosak dalam Umno dalam memilih calon untuk PRU14".
Meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA, Puad Zarkashi akan melumpuhkan jentera propaganda kerajaan dan Umno yang diperlukan untuk bergerak lebih aktif , terancang dan berkesan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14.
Ia juga akan memberikan pukulan moral yang hebat pada pandangan masyarakat dan semangat kerja Umno sendiri.
Puad mungkin dianggap tidak berpengaruh tetapi jentera JASA telah pun mempunyai pengaruh hingga ke akar umbi yang hanya perlu diaktifkan pada bila-bila masa.
Bagaimana jika generalnya tidak ada.
Jika Puad melakukan apa yang telah dihebahkan menerusi suratnya yang telah pun ditularkan maka tidaklah keterlaluan beliau boleh dianggap melakukan sabotaj terhadap jentera pilihan raya Umno dan imej kepimpinan Umno. Tetapi bolehkah beliau disalahkan?
Korbankan intelektualisme
Bagi saya sendiri walau apa pun dikatakan tentang kelemahan Puad tetapi ia lebih bersifat peribadi. Beliau telah menjalankan tugas dengan aktif, berani dan mengorbankan intelektualismenya terutama dalam merendahkan taraf kepimpinan dan sumbangan bekas PM, Tun Dr Mahathir kepada negara.
Tetapi itulah kerja seorang propagandis zaman yang mahu menjamin kemenangan parti dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana Mahathir telah menjadi musuh utama Umno dan perdana menteri.
Jika beliau berasa begitu kecewa, marah dan tidak adil terhadap dirinya kerana ditolak untuk menjadi calon parlimen bagi Batu Pahat sebaliknya seorang wanita Umno yang pernah menjadi kontroversi dipilih maka beliau berhak untuk merasakan demikian.
Siapa pun akan melakukan apa sahaja jika pengorbanannnya tidak dinilai malah dimalukan.
Puad berasa dianggap seperti sampah dan berikrar akan menentang sistem yang rosak sekalipun akan tersungkur bagi kali terakhir.
Barangkali masih ada masa bagi pucuk pimpinan Umno untuk memujuknya.

TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN bekas menteri penerangan dan bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu.
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi CG

Menteri BN dipecat Parti disaat Pencalonan PRU14

Parti Rakyat Sarawak (PRS) memecat menteri di Jabatan Perdana Menteri Joseph Entulu Belaun daripada parti itu yang dilihat sebagai langkah untuk menghalangnya bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PRS James Jemut Masing di sidang media di Kuching malam tadi, yang turut dihadiri majlis tertinggi parti itu.
Joseph merupakan timbalan presiden PRS dan anggota parlimen Selangau.
Menurut James keputusan untuk memecat Joseph diambil parti itu secara sebulat suara.
"Joseph tidak patuh keputusan parti untuk tidak mencalonkan anda di parlimen P214 Selangau," kata James dalam sidang media itu.
Menurut James, sebab lain pemecatan Joseph adalah sikapnya sebagai timbalan presiden PRS.
"Ucapan dan sikap Joseph menyebabkan parti diperlekeh dan dibenci, selain menyebarkan kebencian terhadap pemimpin parti.
"Sikap Joseph menjejaskan solidariti dan kesatuan parti," katanya.
Pimpinan PRS sebelum ini beberapa kali menyatakan untuk menggugurkan Joseph dan menggantikannya dengan calon lain di kerusi parlimen Selangau.
Joseph bagaimanapun dilihat keberatan dengan perkara itu.
BN dijangka mengumumkan senarai calonnya minggu depan namun situasi Joseph yang kini tidak menganggotai mana-mana parti menyebabkan dia mungkin tidak tercalon.
Menurut Utusan Malaysia, James juga mengumumkan memecat penyandang DUN Lubok Antu William Nyalau Badak.
Tiga ahli majlis tertinggi yang turut dipecat adalah Nyempah Sabot, Edwerd Kurik dan Adriana Chumang.
Joseph memenangi kerusi Selangau dengan 12,040 undi mengalahkan calon Parti Pekerja Sarawak (4,485 undi) dan calon PKR (3,891 undi) pada PRU 2013.
Hari penamaan calon bagi PRU14 ditetapkan pada 28 April sementara hari mengundi pada 9 Mei. - mk

[FENOMENA TUN M] Pengundi Melayu semakin berani?

Mungkin terlalu awal untuk membuat ramalan tentang keputusan pilihan raya umum (PRU) ke-14 tetapi tanda-tanda kegelisahan rakyat semakin jelas dirasai. Dan ia bukan semata-mata kerana ramainya orang Melayu menghadiri ceramah-ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN).
Dalam dunia media sosial, di kalangan orang Melayu yang biasanya bertumpu kepada hal-hal sosial, hiburan dan agama, kini ia dipenuhi dengan komen-komen politik.
Isinya agak mengejutkan. Walaupun masih ada yang sarat dengan momokan kaum dan agama, banyak juga yang menyuarakan hasrat untuk mengubah kerajaan. Penghuni alam media sosial Melayu seperti sudah tidak takut lagi untuk menyatakan pendirian politik mereka secara terbuka.
Apakah ini fenomena baru? Atau sesuatu yang memang terbuku sejak sekian lama di sanubari rakyat, khususnya orang Melayu?
Keangkuhan BN 
Sehingga awal tahun ini, pendirian warga media sosial Melayu tidak begitu ketara. Di dunia nyata pula, jumlah kehadiran Melayu di ceramah-ceramah HARAPAN, terutamanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini kurang memberangsangkan.
Walaupun mandom di pihak pembangkang, BN seperti tidak pandai mengambil kesempatan itu. Sebaliknya, yang ditonjolkan adalah keangkuhan pimpinan UMNO. Mereka dilihat mendabik dada penuh yakin akan terus memerintah negara, malah mungkin seribu tahun lagi.
Daripada isu-isu seperti Datuk Seri Najib Razak tidak lagi makan nasi tetapi menikmati makanan mahal seperti quinoa, ia melarat kepada gaya dan sikap perdana menteri sementara itu yang dilihat sebagai pembuli.
Cara Najib memperkecilkan Dr Mahathir tidak selembut atau setajam sindiran beralaskan budaya Melayu lama tetapi lebih bersifat 'menganjing'. Usia 93 tahun Dr Mahathir dijadikan bahan jenaka Najib.
Pada Januari lalu di hadapan perhimpunan pesara polis di ibu kota, dia mengutuk tanpa berani menyebut nama orang yang dikecamnya: “Jangan pula jadi macam seorang tu. Umur dah 93 tahun, tidak mahu bersara. Dia dah melalutlah tu.”
Di Parlimen pada bulan lalu pula, apabila Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali bertanya tentang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung hutang negara, Najib tidak berani menjawab soalan itu. Yang dilafazkannya adalah: “Saya nak tegaskan bahawa kemelut air di Selangor lebih kritikal.”
Kutuk dari jauh
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga menjadi sasaran ejekannya. Apabila HARAPAN memperkenalkan manifesto PRU 2018, Najib menyindir mengatakan jika cadangan tempoh dua penggal dihadkan bagi perdana menteri dan menteri besar serta ketua menteri, Guan Eng patut berhenti serta-merta jika HARAPAN menang. Sindir beliau, "Saya ucapkan selamat bersara kepada Saudara Lim Guan Eng."
Pada awal bulan ini, di hadapan perhimpunan pesilat di Gombak, Selangor, Najib lantang bersuara: “Jangan main-main dengan pendekar Bugis. Siapa yang nak mencarik-carik maruah orang Bugis, tunggu balasannya nanti.”
Kata-kata itu menjadi bahan ketawa di kalangan orang Melayu. Mereka merasakan keberaniannya sebagai pendekar Bugis hanya terhad kepada perangainya yang suka mengutuk pemimpin pembangkang dari jauh dengan menggunakan media yang dikawal kerajaannya sendiri.
Sedangkan berkali-kali Dr Mahathir mengajak Najib berdebat tentang hal-hal nasional tetapi hanya “krik, krik, krik” yang kedengaran.
Sikap seperti itu menyebabkan semakin ramai orang Melayu bersimpati dengan Dr Mahathir.
Awal bulan ini, apabila Tengku Mahkota Johor menyuarakan pandangan kritikalnya terhadap Dr Mahathir di laman sosial milik pasukan bola sepak Johor Darul Takzim, tiada siapa menyangka berbelas ribu komen serta puluhan ribu share di Facebook tampil membela bekas perdana menteri itu.
Sedangkan sebelum itu apabila TMJ mengkritik Datuk Seri Nazri Aziz, ramai yang menyokong putera raja itu berbanding menteri sementara tersebut yang terkenal dengan keceluparan mulutnya itu.
Ia bukan soal siapa benar atau salah tetapi fenomena media sosial itu mencerminkan gambaran isi hati orang Melayu masa kini.
Dosa politik lampau
Mungkin kerana mereka teruja dengan aura dan karisma Dr Mahathir. Malah, mungkin kerana mereka tertarik dengan HARAPAN - bukan kerana sukakan sangat pembangkang tetapi disebabkan tidak tahan lagi dengan keangkuhan kuasa pimpinan sekarang.
Tekanan ekonomi masa kini pula bukan sahaja menyakitkan hati orang Melayu (dan rakyat Malaysia amnya) tetapi ia juga membebankan kewangan keluarga mereka; sedangkan kebanyakan mereka merupakan pengundi setia Umno-BN sebelum ini.


Kini tidak mudah lagi bagi Umno dan konco-konconya untuk memomokkan orang Melayu dengan fitnah terhadap HARAPAN, terutamanya dengan membawa berita palsu tentang DAP berhubung hal-hal agama dan kaum.
Apa tidaknya, ada antara penyebar fitnah itu kini sudah menyertai BERSATU. Ada pula yang membuat pengakuan terbuka dalam ceramah serta di media sosial tentang dosa politik lampau mereka.
Malah ada antara mereka kini membela DAP dengan menjelaskan kebenaran perjuangan parti sosial demokratik itu kepada masyarakat Melayu.
Apabila semakin ramai orang Melayu ramah dengan Dr Mahathir, selesa dengan PPBM dan Pakatan Harapan, serta tidak lagi geli-geleman dengan DAP, ia menjadi petanda perubahan di kalangan orang Melayu.
Nampaknya memang benarlah orang Melayu sudah kurang rasa takut mereka, dan kini semakin berani bersuara.

WAN HAMIDI HAMID seorang penulis, pemerhati politik dan penggemar muzik.
Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi CG

[BANTU POLIS] Polis edar lakaran wajah suspek tembak Dr Fadi

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang disyaki menembak mati Dr Fadi Mohammed Al Batsh, imam dan pensyarah dari Palestin, di semua pintu masuk dan keluar negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata lakaran wajah itu dihasilkan berdasarkan keterangan saksi pada hari kejadian.
"Berdasarkan lakaran imej, seorang daripada suspek berkulit cerah yang dipercayai dari negara Timur Tengah atau Eropah.
Kedua-dua suspek berjambang, mempunyai ketinggian kira-kira 180 sentimeter serta berbadan tegap," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM dan Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara, di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata polis turut mengeluarkan dua lakaran jenis motosikal berkuasa tinggi berwarna gelap iaitu BMW GS dan Kawasaki Versys yang kemungkinan digunakan suspek ketika kejadian.
Katanya polis sedang bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Imigresen bagi menjalankan siasatan menyeluruh selain usaha mengesan kedua-dua suspek yang berpakaian jaket warna gelap dan bertopi keledar gelap pada hari kejadian.
Selain itu, Mohamad Fuzi berkata hasil bedah siasat pakar perubatan semalam mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan akibat tembakan.
"Siasatan forensik juga mengesan 14 kesan peluru pada kepala dan badan mangsa. Kami akan menghantar semua peluru dan kelongsong peluru yang ditemui kepada pakar untuk dianalisis bagi mengenal pasti jenis senjata yang digunakan," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan memanggil adik lelaki kepada Dr Fadi iaitu Dr Rami Al Batsh yang baru tiba dari Jerman semalam bagi membantu siasatan sekiranya perlu.
Ditanya sama ada mangsa pernah menerima ugutan sebelum ini, Mohamad Fuzi berkata ia masih dalam siasatan dan setakat ini anggota keluarga mangsa sedang dalam kawalan polis.
Orang ramai yang berada di lokasi kejadian antara pukul 5 pagi sehingga 7 pagi Sabtu lepas diminta tampil membantu siasatan bagi mengesan suspek, katanya.
Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Shahrizal Saleh di talian 017-7134705 atau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Wangsa Maju ASP Khairil Idzwan Ahmad di talian 019-3592582.
Dr Fadi, seorang pensyarah kejuruteraan elektrik di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur, ditembak mati di luar kondominium Idaman Puteri di Setapak semasa berjalan menuju ke Surau Medan Idaman untuk mengimami solat subuh pada lebih kurang pukul 6 pagi.
Dua lelaki bermotosikal dikatakan menunggu mangsa sebelum melepaskan lebih 10 das tembakan ke arah mangsa berusia 35 tahun itu.
Terdahulu Mohamad Fuzi memakaikan pangkat kepada 18 pegawai kanan PDRM yang dinaikkan pangkat dan memakaikan anugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 101 pegawainya.
-Bernama

[JAMINAN DARI PH] Khas untuk PENJAWAT AWAM, ini pesan Muhyiddin



Pakatan Harapan (HARAPAN) kecewa dengan tindakan beberapa pimpinan Umno-BN yang didakwa melakukan ugutan terhadap golongan penjawat awam untuk tidak mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penjawat awam tidak harus dipaksa untuk menyokong mana-mana parti politik.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini di Petaling Jaya. - MK

[MAHKAMAH GANTUNG PEMBUBARAN PPBM] Muhyiddin sambut keputusan mahkamah dengan takbir

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyambut keputusan mahkamah menggantung pembubaran sementara partinya dengan bertakbir, biar pun hanya melalui kenyataan media.
“Ya, hakim atas kepentingan awam telah menyampaikan alasan penghakiman bertulis.
“Semoga semua ini membawa kebaikan kepada negara Malaysia yang tercinta.

“Allahu akbar!”
kata presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menggantung keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membubarkan sementara pendaftaran BERSATU.
Hakim Datuk Azizah Nawawi membenarkan permohonan parti itu sehingga permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan BERSATU diputuskan.
Dalam kenyataan hari ini, Muhyidin berkata beliau bersyukur kepada Allah atas berita gembira itu.
Tetap guna logo PKR
Sementara itu, pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata calon BERSATU tetap akan menggunakan logo PKR meskipun Mahkamah Tinggi telah menggantung arahan pembubaran sementara oleh ROS.
Katanya, persetujuan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan meskipun semua parti komponen gabungan pembangkang itu boleh menggunakan logo masing-masing.
Dengan keputusan mahkamah hari ini, bermakna kedudukan BERSATU belum dan tidak terbatal.Tiada halangan untuk BERSATU berfungsi sebagai parti politik yang sah.
“Kami telah memaklumkan beberapa kali mengenai persetujuan telah dicapai. Jadi, saya percaya apa sahaja status (pendaftaran) tidak akan menjejaskan kedudukan parti termasuk persiapan menjelang PRU-14,” katanya.

[DATUK NOZULA TERKILAN] 28 tahun berkhidmat, baru kelmarin diberitahu tak tercalon'

Bekas anggota dewan undangan negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah menyatakan rasa terkilan susulan namanya digugurkan daripada senarai calon BN Kelantan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Menurut wakil rakyat yang sudah berkhidmat 28 tahun itu, antara perkara paling menyedihkan beliau apabila tidak dimaklumkan lebih awal mengenai perkara itu.
"Saya agak terkilan apabila tidak dimaklumkan lebih awal oleh pimpinan parti bahawa saya tidak dicalonkan.
"Sekurang-kurangnya mereka datang berbisik sesuatu kepada saya, " katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Beliau berkata hanya kelmarin beliau dimaklumkan keputusan BN negeri tidak mencalonkannya sekali lagi setelah berkhidmat selama 28 tahun.
Katanya, perkara itu berlaku walaupun beliau sentiasa menemui Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
"Ku Li sepatutnya memberitahu perkara itu lebih awal kepada saya supaya dapat diperjelaskan pula kepada penyokong yang sudah bersedia mengerakkan jentera menghadapi PRU14.
"Tetapi dua hari sebelum pengumuman calon BN negeri Kelantan pada hari ini, baru saya dimaklumkan nama saya digugurkan," katanya yang mengakui faktor kesihatan mungkin menjadi pertimbangan parti.
"Tetapi saya tetap turun bekerja ke sana ke mari untuk, kalau tahu lebih awal saya mungkin ambil pendekatan lain dan saya tetap menjaga rakyat," katanya sambil menegaskan akan terus menyokong perjuangan Umno.
Terdahulu, Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan Nozula menjadi satu-satu menyandang wakil rakyat yang digugurkan.
Menurutnya, keputusan akhir senarai calon itu dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusi BN Malaysia.

Mengucapkan terima kasih kepada Nozula, Mustapa berharap Nozula akan membantu jentera BN untuk mencipta sejarah di Kelantan.
Sebagai rekod pada pilihan raya lalu, Nozula menewaskan calon PKR, Amran Abd Ghani dengan majoriti 3, 937 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Astro Awani: Mat Sabu yakin TSUNAMI MELAYU akan berlaku


KLANG: Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yakin tsunami Melayu yang berlaku pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) membolehkan beliau menang bergaya di Parlimen Kota Raja.

Mat Sabu berkata, meskipun dia calon baharu di Parlimen itu, fenomena itu termasuk kesan persempadanan semula di kawasan tersebut bakal memberi kelebihan kepadanya.

“Tsunami Melayu berlaku di mana-mana pada kali ini termasuk di Parlimen Kota Raja.

“Saya yakin saya mampu menang bergaya dengan sokongan ahli-ahli Amanah termasuk juga pengundi-pengundi Melayu di situ,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas diumumkan sebagai calon Parlimen Kota Raja pada majlis pengumuman calon-calon Amanah Selangor di pejabat Amanah, di Seksyen 13, semalam.

Mengulas dakwaan wujud akar umbi yang tidak bersetuju beliau dicalonkan di kerusi berkenaan, Mat Sabu berkata, soal puas hati atau tidak itu sudah menjadi perkara biasa.

“Memang, bukan semua orang boleh terima kita 100 peratus, namun begitu saya cuba uruskan mana-mana yang tidak puas hati dengan saya.
“Berkenaan pergolakan Cikgu Jaafar dengan Amanah sebelum ini juga kita sudah selesai dan mencapai kata sepakat, tiada lagi masalah,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) biro pilihan raya Amanah Nasional, Jaafar Samsudin, 62, atau lebih dikenali Cikgu Jaafar mengumumkan keluar daripada Amanah berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun kelmarin beliau membuat keputusan menyertai semula Amanah selepas bertemu Mat Sabu di sebuah hotel. - Astro Awani

Sunday, April 22, 2018

Rupanya Faisal Letak Jawatan 2016 lagi: Konon bantah Tun M guna logo PKR


Rupa-rupanya Faisal adalah pengikut Chegu Bad yang berpaling tadah dari perjuangan dan menjadi pemakan dedak BN sekarang ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com