pages

Thursday, March 22, 2018

Tun M: Ya, saya akan pergi tak lama lagi


Ya, usia saya akan mencecah 93 tahun Julai ini. 

Ya, 93 tahun adalah tua. Najib tak perlu takut saya. Tetapi Najib takut. 

Takut berbahas dengan saya. Dua kali apabila forum Nothing to Hide (Tidak Ada Apa yang Nak Disembunyi) diadakan, Najib tidak berani hadir untuk bahas soal sembunyi fakta. 

Sebaliknya diarah polis hentikan forum. 

Bahkan pada kali kedua penyokong Najib membaling kerusi dan meletupkan letupan untuk gagalkan forum. 

 YAB masih muda. Apa yang nak takut berhujah dengan orang umur sembilan puluhan tahun? 

Jika YAB tidak ada yang disembunyi nyatakan secara terbuka. Dan orang tua ini akan cuba buktikan bermacam-macam yang disembunyi oleh YAB. 

Rakyat akan dengar dan akan buat keputusan mereka sama ada yang muda atau yang tua yang sembunyi fakta.

Datanglah dengan pegawai tinggi dan menteri-menteri yang muda-muda belaka. 

Bawa juga pakar-pakar dari luar negeri, termasuk Cambridge Analytica untuk bisik jawapan-jawapan apabila tidak dapat menjawab. 

YAB juga boleh tanya rekod saya semasa menjadi PM selama 22 tahun. 

Tanya fasal kehilangan berbilion oleh Bank Negara, kerugian Perwaja dan lain-lain. 

Saya tak akan bawa pakar. Hanya saya sahaja. 

Ya, saya sedar saya akan pergi tak lama lagi. Tetapi selagi nyawa dikandung badan saya akan perjuangkan bangsa, agama dan negara tercinta ini.

Bersama dengan patriot negara saya akan usaha untuk selamatkan negara ini dari seorang kleptokrat perosak negara. 


Kepada Allah SWT saya serahkan diri saya. 

Oleh: DR MAHATHIR MOHAMAD perdana menteri keempat yang kini sekali lagi dicalonkan ke jawatan itu oleh Pakatan Harapan.

10 comments:

  1. Kami sekeluarga akan undi PH demi menyokong Tun M. In sya Allah

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah lanjutkan usia Tun M dan Tun Hasmah..aminn

    ReplyDelete
  3. Wahhh TDM, Tun bagi kecut lagi la telor najib. Dah la najib terkepit2, skrg ni dgn batang punai najib pon hilang. Hahaha.

    ReplyDelete
  4. Ungkapan yg dia akan ulang2 sampailah habis pilihanraya... sebabnya :
    1) nak tarik simpati rakyat
    2) nak tarik penyokong pro reformasi lega hati dan undi Tun
    3) nak tarik simpati agar kelompok undi rosak beri peluang kpd pakatan memenangi pru14
    4) nak tarik keyakian keluarga anwar bahawa anwar berpeluang dlm tempoh trrdekat kerana.... dia "tak lama dah"
    5) tapi yang paling besar ialah dia sedang MENIPU puak pembangkang dengan segala Taichi seolah2 dia masih lagi PM sebab puak pembangkang memang mudah atau ada yang lebih suka kena tipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. manusia bernama suharli ini sama karektor dengan najib...KUAT BERFANTASI BERFIKSYEN DAN BERKEPALSUAN

      Takut cina DAP tapi suka cina KOMUNIS Tanah Besar
      Konon 1MDB banyak faedah tak sedar hutang bertimbun dengan cinan KOMUNIS Tanah Besar
      Rasuah jadi DERMA, WANG CURI jadi WANG PAK ARAB, DUIT HILANG kata TIAD WANG HILANG
      PAC REPORT SAJA CORRECT NEWS TAPI MAHKAMAH SINGAPURA< DoJ, SWISS AG SEMUA FAKE NEWS

      Tak perlah Suharli.....asal and a bahagia hidup macam najib bersuperficiality dan berhipokrasi

      Delete
    2. Siapa yang lebih hebat menipu?
      Ampu jangan tak ampu.

      Delete
    3. AKU DAH MALAS NAK JAWAB KOMEN KO NI SUHARLI.KOMEN NI PUN SAMA BODOH DENGAN LAIN2 KOMEN KO YANG AKU DAN LAIN2 DAH JAWAB.

      Delete
    4. Li Rop ni hukam hakam agama pon dia tak faham, so kalau komen politik dia mmg langsung tak bole pakai laa..so better senyap la ...terserlah nnti kebebalannya..

      Delete
  5. Beza antara tdm dan najib adalah seperti berikut:

    1. TDM berealiti, najib berfantasi
    2. TDM berfakta, najib berfiksyen
    3. YDM berkenenaran, najib berkepalsuan

    Rumusan najib memimpin penuh dengan superficialities dan hypocrisies. Oleh itu beliau senantiasa takut dan dal keadaan terdesak, curiga, salahvuna kuasa, perlu barking dogs. Worst still his other half always overwhelmed him.

    ReplyDelete
  6. Semoga Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah dipanjangkan umur dan berjaya menyelamatkan Malaysia ku tercinta dari tangan-tangan yang zalim Aamiin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com