SILA KLIK

pages

Saturday, March 17, 2018

Rais Yatim:Saya antara individu terawal bangkitkan isu 1MDB


SHAH ALAM - Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim mendedahkan beliau antara individu terawal membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, beliau juga merupakan individu yang berhubung dengan Tan Sri Abdul Ghani Patail ketika menjawat jawatan Peguam Negara dan Peguam Negara terkini, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam soal syarikat pelaburan itu.

“Sudah lama saya bangkitkan hal berkaitan 1MDB dan saya juga antara terawal bangkitkan isu ini dengan Abdul Ghani Patail dan Mohamed Apandi tetapi saya tidak maklumkan kepada dunia.

“Pada 2010 dan 2011 isu berkaitan 1MDB ini mula diperkatakan. Pada tahun 2013 saya bertemu beberapa kali dengan pegawai tertinggi perundangan negara tetapi ia adalah sulit serta persendirian. Bila berganti peguam negara pun saya bangkitkan balik perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas FB Live bersama Sinar Harian, semalam.

Katanya, ada perkara tidak kena dalam isu 1MDB yang menyebabkan beliau bertanya dan membangkitkannya.

“Saya dapati ada benda tak kena dan periuk nasi saya adalah dalam perundangan. Saya tak boleh lari kerana undang-undang tidak dihormati. Ambil Rukun Negara, Ambil Perlembagaan Persekutuan dan akta begitu juga jawapannya.

“Sebenarnya saya tidak ada niat lain tapi saya bangkitkan dari segi keluhuran undang-undang sahaja,” katanya.

Mengulas kenyataan beliau tentang ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low menyebabkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyerangnya.

Rais berkata, beliau tidak menegur mana-mana menteri dalam soal tersebut selain daripada menyatakan mengapa ada pihak begitu sayangkan dan mempertahankan Jho Low.

“Saya nak maklumkan, berhubung perkara ini bukan saya gunakan media sosial untuk bangkitkan dan cari jawapan kerana saya secara peribadi ada menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai hal ini. Saya berhubung secara peribadi dengan Najib lebih kerap daripada apa yang disangkakan.

“Soalan berkaitan Jho Low saya kemukakan sendiri kepada Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi. Ahmad Zahid  kata akan kemukakan kepada perdana menteri tapi tak tahu apa berlaku. Soalan saya kemukakan kepada Najib tapi dia tak jawab,” katanya. - Sinar Harian

6 comments:

  1. Baca terkini pasal xavier justo dan the swiss bomb dalam Sarawak Report. Sah.....akan dibuktikan najib dan jho low adalah penyamun....insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 pendakwa swiss bertindak cepat dan pantas.

      Delete
  2. Rais speaks from his heart. He knows right from wrong. His conscience has told him to speak the truth.

    ReplyDelete
  3. You have seen rais and rafidah, umno veterans coming out in public showing their displeasure at 1MDB and Jgo Low. Both were attacked by najib"s hunting dogs salleh and nazri.

    But yesterday, umno veteran mustafa also holding no bar in calling those who defended jho low as traitors who committed treasons. Another ex minister, rahman bakar also was disappointed.

    All we need will be MTUs, division heads and grassroot members who will come forward without fear or favour and speak against 1MDB and jho low. There will be an imploion and thus the unstoppable malay tsunami. This time it will be a national tsunam, insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Berani kerana benar..kalau takda apa2nak disorokkan, tak perlu la laporan audit imdb diletakkan bawah osa..kenapa tak open to public? Laporan audit ja kot..

    Li rop..guna akal n jawab kenapa?

    ReplyDelete
  5. Melayu tipu melayu....biasa

    Tapi yang muslim, solat 5 waktu, puasa ramadhan, pergi mekah puluhan kali dan tergamak guna bangsa dan agama menipu mengkhianati sesama muslim adalah tetkutuk. Para mufti seperti mufti pahang perak dan negeri sembilan sewenang2nya menghukum memfitnah dan dalam pada uang sama buta, pekak dan bisu atas kemaksiatan dolakukan pemimpin amatlah bertentangan dengan ajaran islam

    Eallahuaklam

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com