SILA KLIK

pages

Wednesday, March 14, 2018

Lepas 'dihampehkan' Zahid, MCA kata tak diundang


Setelah dibidas secara terbuka oleh timbalan perdana menteri dua hari berturut-turut, MCA Negeri Sembilan hari ini membuka mulut mempertahan diri.
Ketua MCA negeri Lim Chin Fui berkata mereka tidak hadir dalam acara BN di Rembau semalam kerana tidak diundang.
“Kami tidak hadir kerana tidak terima sebarang notis. Ini mungkin isu teknikal dihadapi penganjur, yang buat silap tidak hantar jadual (Zahid) pada kami.

“Sebelum ini tiada isu apabila perdana menteri melawat Port Dickson.

“Kita boleh pastikan pada timbalan perdana menteri bahawa pemimpin akar umbi MCA bekerja keras berkhidmat kepada rakyat,” kata Lim seperti dilaporkan Sin Chew Daily.
Zahid semalam berang apabila MCA tidak tunjuk muka dalam acara dihadirinya sedangkan parti komponen lain BN hadir.

“Kerusi hendak, tetapi program tidak hadir,” katanya yang turut memberi gelaran “hampeh” kepada MCA.
Sementara itu, Lim juga berkata beliau secara peribadi akan menjelaskan kegagalan mereka hadir kepada Ketua BN negeri Datuk Seri Mohamad Hasan.

China Press pula melaporkan ketua Gerakan negeri Choong Vee Hing menerima undangan program itu daripada Umno Negeri Sembilan beberapa hari lalu.
Usaha Malaysiakini menghubungi Lim setakat ini masih belum berhasil.
Zahid kelmarin turut membidas MCA di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur kerana didakwanya tidak banyak bekerja untuk merampas balik kerusi itu daripada pembangkang.

Kerja-kerja itu, katanya, hanya dilakukan Umno.

2 comments:

  1. mengikut citer seorang kawan...Ted Manoff merupakan seorang PONDAN TUA...yg dulu asyik berkeliaran di belakang jalan mati Chow Kit... Lobang Bontot Ted Manoff dah loosee..dah tak der keupayaan untuk KEMUT.... itu pasai dia ubah kerjaya dok merapu siang malam kat blog blog sana sini...ayat PROOT..tak terlepas kerana..Bontot yang sudah Loose...

    patutlah asyik bunyti PROOOT...PROOOT..PROOOT...dah tak laku dah...sama jugak dengan Pengerusi Bunga Raya... haahahahaaahaaaa

    ReplyDelete

  2. APA punya bangang komen 9.39 in.

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com