pages

Saturday, March 31, 2018

("MENAKUTKAN") Ribuan HADIR Ceramah PH di Lumut malam ini

Ribuan hadirin membanjiri ceramah Pakatan Harapan parlimen Lumut malam ini.


8 GAMBAR Pandangan Atas Ribuan Rakyat Semangat Menangkan PH PRU14









sumber: minaq jinggo

Kit Siang:DAP akan Pertahan Askar Melayu (RAMD)

DAP akan mempertahankan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) seperti mana parti itu mempertahankan sekolah vernakular, kata pemimpin veterannya, Lim Kit Siang.
"DAP akan mempertahankan kewujudan Rejimen Askar Melayu Diraja seperti DAP mempertahankan sekolah-sekolah Cina dan Tamil di Malaysia dan negara yang 'berbilang bahasa, berbilang bahasa, pelbagai agama dan pelbagai budaya di Asia," kata Lim memberi jaminan dalam ucapannya pada ceramah di Ayer Hitam hari ini.
Beliau memberi respon terhadap kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi yang memberi amaran bahawa pasukan infantri dalam tentera darat itu mungkin dibubarkan jika kerajaan yang melaksanakan konsep 'Malaysian Malaysia' dipilih.
Walaupun Najib tidak menyebutkan nama parti politik, Malaysian Malaysia merujuk secara jelas kepada DAP yang digambarkan presiden Umno itu sebagai anti-Melayu dan Islam.
Lim berkata beliau kesal dengan tuduhan salah yang dilemparkan perdana menteri itu.
"Saya kesal apabila perdana menteri, Najib, meneruskan politik ketakutan dan berita palsu untuk menghasut orang Melayu agar takut kepada perubahan, terutama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan datang dengan memberi amaran jika Umno kalah, orang Melayu akan binasa dan DAP akan bangkit mendominasi," katanya.
"Ini adalah berita palsu kali kedua - pertama orang Melayu akan binasa jika Umno kalah dan kedua, semua pemimpin Melayu adalah konco dan boneka DAP, termasuk bekas perdana menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalan perdana menteri (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, Ketua Umum PKR (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, Presiden PKR (Datuk Seri) Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu," kata anggota parlimen Gelang Patah itu.
"Izinkan saya bertanya kepada Najib - adakah DAP mengarahkan dan memanipulasi kerajaan Umno selama 22 tahun ketika Mahathir menjadi perdana menteri dari tahun 1981 hingga 2003, di mana Najib adalah menteri besar Pahang dari 1982 hingga 1986 dan memegang pelbagai portfolio sebagai menteri belia, pendidikan dan pertahanan di bawah Mahathir?" soalnya.
Najib semalam meningkatkan serangannya terhadap DAP sejak parti pembangkang membentuk kerjasama dengan Mahathir, bekas pemimpin Umno.
Lim juga sebelum ini didakwa akan dilantik sebagai perdana menteri sekiranya HARAPAN menang di Putrajaya.
Ahli politik veteran itu berkata Najib perlu melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil serta "menghentikan politik ketakutan, pembohongan dan berita palsu".
"Dikenali sebagai kleptokrasi global sudah cukup buruk - pentadbiran Najib tidak boleh menambah julukan lain yang menghina dan memalukan Malaysia di arena antarabangsa," kata Lim.

UMNO Perlis juga KETAT LUTUT Ribuan Hadir Ceramah PH di Perlis


Jelajah Pakatan Harapan Peringkat Negeri Perlis pada 30 Mac 2018 mendapat sambutan yang sangat hebat. Ribuan yang hadir!






Friday, March 30, 2018

UMNO Kedah KETAT LUTUT Tengok Ribuan Hadir Ceramah PH 29 Mac



JELAJAH "SELAMATKAN MALAYSIA" PAKATAN HARAPAN NEGERI KEDAH PADA 29 MAC 2018

Bersama :-

Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi PAKATAN HARAPAN

Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Pakatan Harapan

Tn Haji Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Pakatan Harapan

Tan Sri Muhyiddin Yasin
Timbalan Presiden Pakatan Harapan

Tuan Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang

Datuk Seri Muhkriz Mahathir
Pengerusi Pakatan Harapan Kedah






"Kecoh2 Persempadanan Semula, Kamu TERJEJAS ke TIdak, Baca Apa Dalam Tu"


LAPORAN KHAS | Laporan akhir persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk semenanjung dan Wilayah Persekutuan dibentangkan di parlimen hari ini. Tetapi apa maksud sebenarnya buat pengundi biasa?
Selain pengundi terpaksa menyemak semula lokasi mengundi untuk pilihan raya umum akan datang, persempadanan semula juga telah mengubah nilai undi masing-masing.
Tidak jumlah pengundi satu kawasan itu, sama ada 10,000 atau 100,000 orang, tiap kawasan akan tetap memilih seorang wakil rakyat sahaja.
Amalan itu dilakukan setiap 10 tahun dengan alasan supaya jumlah pengundi setiap kawasan mempunyai jumlah pengundi yang lebih seimbang. Bagaimanapun, kadang kala proses ini disalah guna untuk kepentingan sebelah pihak.
Malaysiakini akan membawa anda menyorot perubahan sempadan yang dicadangkan SPR dalam laporan ini.
Kami juga akan menunjukkan bagaimana ia boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) serta bagaimana pengundi boleh menyemak sama ada amalan itu menjejaskan mereka.
Bagaimana bentuk kawasan pilihan raya di Malaysia?
Terdapat keseluruhan 222 kerusi parlimen yang dalamnya terdapat dua hingga enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam setiap DUN ada beberapa daerah mengundi yang antara empat tempat bagi kawasan kecil sehingga 20 tempat bagi kawasan besar.
SPR boleh mengubahnya di setiap peringkat.



Apa SPR boleh buat?
Di peringkat pusat, SPR boleh memindahkan atau menukar kerusi DUN dari satu parlimen ke parlimen lain, mengubah komposisi sesebuah kerusi, populasi pengundi dan malah kecenderungan politik.
Perkara sama boleh dibuat di peringkat DUN dengan memindahkan pusat mengundi dari satu kerusi ke kerusi lain. Bentuk perubahan ini lebih sukar untuk dikesan semata-mata berdasarkan bilangan pusat pengundian.

Sebagai contoh, di Selangor sahaja ada 946 pusat mengundi.

Satu lagi perubahan, yang jarang berlaku, dengan memecahkan satu pusat mengundi kepada dua dan meletakkannya dalam kawasan berbeza.

Selain itu, SPR juga boleh menggabungkan pusat mengundi dari kawasan berbeza dan meletakkan di satu kawasan.
SPR juga boleh mengubah nama kawasan atau pusat mengundi.
Apa yang SPR buat?

Persempadanan semula  ini agak unik kerana tidak melibatkan penambahan jumlah kerusi parlimen, yang memerlukan pindaan perlembagaan dan sokongan dua pertiga anggota Dewan Rakyat.
Seperti yang kita tahu, BN tidak lagi mempunyai suara sebanyak itu di parlimen.

Bagaimanapun, SPR telah menggariskan semula sempadan pilihan raya di 222 kerusi parlimen, yang hanya memerlukan sokongan majoriti mudah dalam parlimen.
BN dengan mudah dapat mengalahkan pembangkang apabila pengundian dibuat.

Perkara itu telah berlaku di Sabah dan Sarawak tetapi tidak semenanjung kerana BN tidak menguasai tiga negeri dan majoriti dua pertiga anggota Dewan Rakyat.
Perubahan di peringkat persekutuan
Semakan terhadap laporan persempadanan semula menunjukkan sekurang-kurangnya 14 kerusi parlimen diubah dengan memindahkan DUN antara kawasan parlimen.
Di Perak misalnya, kerusi Sitiawan (dinamakan semula sebagai Astaka) bawah parlimen Lumut dipindahkan ke kawasan parlimen Beruas.
Dalam pilihan raya umum lalu, Lumut mempunyai tiga DUN – Sitiawan, Pasir Panjang dan Pangkor. PKR menang di parlimen Lumut dengan 8,168 undi.
Bagaimanapun, kebanyakan undi PKR datang dari Sitiawan, yang DAP menang dengan jumlah besar 11,820 undi. Pembangkang kalah di Pasir Panjang dan Pangkor.
Justeru, tanpa Sitiawan, pembangkang kemungkinan besar akan kecundang di Lumut.
Di Kelantan, kerusi DUN Chetok di Pasir Mas ditukar dengan Meranti di Rantau Panjang
PAS menang di Pasir Mas dengan 8,047 undi manakala di Rantau Panjang pula dengan majoriti 6,276 undi.
Dengan memindahkan Meranti (PAS menang 3,933 undi) dengan menggantikannya dengan Chetok (PAS menang 1,985 undi), Rantau Panjang akan menjadi kerusi lebih marginal. Sementara Pasir Mas yang sudah sedia selamat akan lebih menjanjikan kemenangan pada parti itu.
Di Selangor terdapat perubahan di l0 kawasan parlimen.
Kawasan-kawasan itu adalah Hulu Langat, Serdang (dinamakan semula sebagai Bangi), Puchong, Kelana Jaya (Subang), Petaling Jaya Selatan (Petaling Jaya), Petaling Jaya Utara (Damansara), Subang (Sungai Buloh), Kapar, Klang dan Kota Raja.

Berikut ringkasan perubahan itu:

Beberapa DUN terlibat diberi nama baru, iaitu Bangi (ditukar kepada Sungai Ramal, Damansara Utama (Bandar Utama), Sungai Pinang (Bandar Baru Klang), Kota Alam Shah (Sentosa) dan Sri Andalas (Sungai Kandis).

Pulau Pinang hanya satu-satunya negeri yang tidak mempunyai perubahan sama ada di peringkat DUN atau parlimen.
Perubahan DUN
Kerusi DUN boleh diubah dengan memindahkan kawasan mengundi.

Terdapat 6,125 pusat mengundi di semenanjung dan Wilayah Persekutuan. Ratusan perubahan telah dibuat, menjadikan mustahil disenaraikan semula dalam laporan ini.
Bagi menggambarkan perubahan itu, contohnya dalam dilihat di DUN Bukit Selambau di Kedah, yang dimenangi PKR dengan hanya 530 undi.
SPR memutuskan memindahkan pusat mengundi Taman Ria Jaya (dimenangi PKR dengan 905 undi) ke DUN bersebelahan, Sidam.
Ia bukan sahaja menghapuskan majoriti PKR tetapi memberi kelebihan 375 undi kepada BN.

Di Johor, DAP kalah tipis 103 undi di Paloh.
SPR memindahkan Felda Kahang Barat ke Paloh. Felda itu menyaksikan BN menang dengan 1,279 undi.
Pusat mengundi itu pada asalnya dari kawasan bersebelahan Kahang, yang BN menang selesa 7,801 undi.

Lihat carta ini dalam Infogram.
Perubahan pusat mengundi
Penggabungan dan pemecahan pusat mengundi jarang dibuat tetapi semakan laporan persempadanan semula yang dilihat Malaysiakini menyaksikan ia berlaku di sesetengah tempat.
Di pusat mengundi Pak Sabah, Terengganu, dalam DUN Rantau Abang (PAS menang 141 undi), mempunyai 1,887 pengundi.
Berdasarkan Google Maps, pusat mengundi melibatkan dua kampung, iaitu Kampung Che Lijah dan Kampung Pak Sabah.

SPR memindahkan 1,163 daripada 1,887 pengundi di Pak Sabah ke Sura Gate, pusat mengundi di DUN Sura.
Susulan Pak Sabah hanya melibatkan pengundi dari Kampugn Che Lijah, ia diberi nama baru pusat mengundi Che Lijah.
Perubahan di peringkat ini sukar dianalisis kerana pengundi Che Lijah dan Pak Sabah membuang undi di peti yang sama dalam pilihan raya umum lalu. Mustahil untuk diketahui tentang kecenderungan pengundian di kawasan itu.
Bagaimanapun, secara keseluruhan, 59.87 pengundi di kawasan itu cenderung kepada PAS. Mengandaikan 1,163 pengundi dipindah keluar dan akan mengundi dengan dengan cara yang sama, PAS akan hilang 700 undi.
Menang di Rantau Abang dengan majoriti tipis 141 undi, pemindahan itu boleh membuatkan PAS kalah kali ini.
Bagaimana perubahan ini pengaruhi keputusan PRU14?
Kesemua kiraan di atas berdasarkan keputusan pilihan raya umum lima tahun lalu dan sempadan pilihan raya baru.

Bagaimanapun, dengan faktor-faktor baru menjelang PRU14, sempadan baru pilihan raya akan mengukuhkan lagi kekuatan dan kelemahan kedua-dua pihak, BN dan pembangkang.
Sebagai contoh, jika sokongan tidak berubah, pertembungan tiga penjuru dengan sempadan baru pilihan raya akan menyebabkan Pakatan Harapan dan PAS kalah teruk.

Sebaliknya, jika “tsunami Melayu” menyebelahi HARAPAN, seperti dijanjikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), akan memakan diri BN.
Kamu terjejas atau tidak?
Malaysiakini menyediakan sistem untuk pengundi menyemak sama ada kawasan anda dipindahkan atau tidak. Ia dijana dengan data-data dari laporan persempadanan semula yang dibentangkan di parlimen hari ini.

Muncul pula suara tak puas hati akar umbi Umno Tioman

Menjelang pilihan raya umum akan datang, suara-suara tidak puas hati terhadap bakal calon pilihan raya di kawasan masing-masing makin lantang.
Hampir sama dengan kes di Titiwangsa, kain rentang menolak kepimpinan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman Datuk Johari Hussain muncul di sekitar Rompin bulan ini.

Kain rentang yang digantung di beberapa kawasan itu antaranya bertulis:
"Kami pengundi DUN Tioman menolak sekeras-kerasnya kepimpinan Datuk Johari Hussain sebagai calon PRU14.
"Pilih Datuk Johari rakyat Rompin menderita. Buang Datuk Johari rakyat bahagia. Datuk Johari pengkhianat kepada pengundi DUN Tioman."
Malaysiakini difahamkan kain rentang itu telah diturunkan.

Beberapa pemimpin akar umbi Umno yang dihubungi Malaysiakinijuga secara terbuka mempertikaikan prestasi wakil rakyat selama dua penggal itu.

"Bila dia (Johari) lawat kawasan, dia tak pernah nak beritahu ketua cawangan.

“Sebab kalau prinsip Umno, waima apa keadaan sekalipun, kalau lawat kawasan kenalah maklum pada ketua cawangan, ketua wanita ke atau ketua pemuda.
"Tapi dia tak ada. Tak maklum lepas itu asyik jumpa orang PAS.
"Kita maklum selaku wakil rakyat kita tak kisah kalau dia nak jumpa PAS tapi sekurang-kurangnya beritahulah kita," kata seorang pemimpin Umno cawangan Kampung Jawa (Pantai).

DUN Tioman terletak bawah Parlimen Rompin.
Pada pilihan raya umum ke-13, Johari memenangi DUN itu dengan majoriti 4,086 undi mengalahkan calon PAS dan bebas. Kawasan majoriti Melayu itu mempunyai seramai 16,616 pengundi.

Umno mempunyai 33 cawangan di Rompin.

'Darah Umno'
Sementara itu, seorang  pemimpin Cawangan Umno Kampung Parit Raja Pontion pula berkata ADUN sedia ada tiada “darah Umno”.

Beliau mendakwa Johari lebih dekat dengan PAS sehingga melantik ketua kampung dari kalangan parti itu.

Pemimpin itu juga mendakwa Johari pernah menyuarakan hasrat untuk 'melompat' parti.
"Dia pernah bercerita, sekiranya di Pahang ini berlaku keadaan seperti di Terengganu, 50-50, dia kata dia orang pertama akan lompat,” dakwanya.
Beliau mendakwa penyandang kerusi itu pernah menjadi anggota PAS sebelum menyertai Umno.

Jarang turun padang
Bagi seorang pemimpin Umno cawangan Kuala Pontian pula mendakwa Johari jarang melawat kawasan atau mengadakan program di situ.
"Di kampung saya dia tak turun sedangkan d isitu ramai ahli keluarga dia.

“Saya pernah suarakan pada dia kerana orang kampung dah bising sebab tak ada program pada sana, mungkin dia terlepas pandang.
"Tapi itulah, tak ada tumpuan di kampung ini," katanya.
Malaysiakini telah cuba menghubungi Johari untuk mendapatkan respon mengenai dakwaan yang dinyatakan dan sedang menunggu balas daripada beliau.

Nota: Malaysiakini terpaksa memadamkan nama pemimpin-pemimpin yang menjadi sumber berita ini atas permintaan mereka sendiri. - Pengarang

Persempadanan Semula: PAKU TERAKHIR "KERANDA" 1MALAYSIA

Idea 1Malaysia yang diuar-uarkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak kini boleh dianggap sudah tidak diendahkan, kata bekas pengarang kumpulan New Straits Times (NST).
Kata Mustapha Kamil Mohd Janor sebelum ini dia memang sudah berpendapat idea 1Malaysia itu sebenarnya hanya membawa manfaat kepada pihak yang menjalankan kempen berkenaan semata-mata.
Kini katanya dengan pengakuan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya, ia boleh dianggap paku terakhir buat 'keranda' inisiatif 1Malaysia.
"Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, satu-satunya pihak yang mendapat untung daripada slogan 1Malaysia ialah mereka yang mengeluarkan lapel pin (pin kelepet).
"Lain-lain semua cakap kosong saja," katanya sambil menyertakan pautan mengenai berita disiarkan malaymailonline.
Berita itu - yang memetik laporan NST - berkata Mohd Hashim mengakui persempadanan semula kawasan pilihan raya memang mengasingkan etnik tertentu dalam sesuatu kawasan.
Katanya SPR mengambil kira aspek geografi dan kaum semasa membuat persempadanan semula yang dikritik pembangkang sebagai hanya menguntungkan BN.
Semua kelentong saja
Antara lain pembangkang membantah kerana SPR mengumpulkan sesuatu kaum di kawasan tertentu sehingga ia menjadi begitu dominan.
Sebelum ini sesuatu kawasan lazimnya menempatkan pengundi yang rencam, kecuali di di kerusi tertentu yang memang terdapat kaum tertentu bermastautin secara ketara.
Untuk rekod inisiatif 1Malaysia diilhamkan sendiri oleh Najib pada hari-hari terawalnya menjadi perdana menteri pada 2009.
Melalui konsep 1Malaysia kerajaan mahu mewujudkan suatu bangsa tanpa mengambil kira kepelbagaian latar etnik atau subetnik serta kebudayaan.
Kata Mustapha Kamil melalui kenyataan Mohd Hashim itu, apa saja usaha yang ada kaitan dengan 1Malaysia sudah berkubur.
"Dengan pengakuan orang ini, 1Malaysia dan segala-galanya yang ada kaitan dengan inisiatif itu semua sudah masuk longkang. Semua kelentong saja," katanya. - MK

[WALAU UMNO ZALIM, KENA SOKONG] YDP PAS Padang Serai PENIPU, FITNAH Tak Boleh Azan di P.Pinang


Yang Dipertua Pas Padang Serai, Kedah ajak penyokong Pas sokong kerajaan Najib(Umno-BN) walaupun mereka #ZALIM.




Pening Penyokong PAS

Rafidah: Hey Nazri, Annuar.. Secara Teknikal Saya BUKAN Lagi Ahli UMNO, dah 10 tahun tak bayar yuran

Siapa yang tidak kenal Tan Sri Rafidah Aziz.
Bekas ketua wanita Umno dan menteri kanan itu memang terkenal dengan sikap tegas, lantang dan berterus terang dalam pendiriannya.
Walaupun sudah bersara daripada kerajaan, akhir-akhir ini bekas anggota parlimen Kuala Kangsar itu kembali ranggi apabila pandangan yang diberikannya mengenai isu semasa negara disambut dengan sindiran serta cemuhan beberapa menteri.
Antara mereka ialah Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa serta anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz.
Annuar misalnya semalam menempelak Rafidah - serta seorang lagi bekas menteri Tan Sri Rais Yatim - sebagai bersikap berat sebelah, serta mencurigai motif di sebalik pandangan kritis mereka terhadap kerajaan.
“Daripada rungutan mereka, ternyata mereka sudah out of touch dengan urusan pentadbiran dan kerajaan.
“Mereka juga kelihatan masih terikat dengan pendewaan personaliti (personality cult) bos lama, yang juga bos saya dulu,” katanya merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mengetuai Pakatan Harapan.
Nazri yang terkenal dengan pandangan tanpa beralas pula menggelar Rafidah sebagai “mak cik tua yang meroyan kuat sangat".
“Dia (Rafidah) meroyan kuat sangat, dulu tak dapat bertanding, dia marah.
“Lepas itu kalah dengan (Tan Sri) Shahrizat (Abdul Jalil). Shahrizat kita harap lepas ini akan jadi menteri balik, jadi dia tak tahan tengok Shahrizat ni.
“Shahrizat menjadi ketua Wanita Umno jauh lebih baik dari Rafidah,” kata Nazri hari ini.
10 tahun tak bayar yuran Umno
Malam ini Rafidah secara khusus membalas kecaman Nazri dan Annuar itu. Berikut adalah kenyataan penuh beliau. Sebahagian daripadanya diterjemah daripada bahasa Inggeris:
"Hey, kamu berdua Nazri dan Annuar...
Berhenti mengalihkan perhatian rakyat daripada salah laku dan hal-hal mengarut yang menyebabkan kebimbangan mendalam di kalangan rakyat yang berfikir.
Saya langsung tidak mempunyai kepentingan memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti. Apa lagi dalam kerajaan.
Saya menghabiskan masa separuh abad dalam politik.
Kepada Nazri, siapa Shahrizat? Adakah dia wanita yang suaminya masih berhutang kepada rakyat sebanyak hampir suku bilion (ringgit) daripada apa yang dipanggil National Feedlot Corporation?
Who got fed?
Bilakah agaknya rakyat akan mendapat semula wang mereka (yang dipungut kerajaan melalui pelbagai cukai, GST dan fi serta caj lain)?
Tolong tangani masalah-masalah ini. Jangan menyibuk tentang umur saya. Dan jangan sekali-kali persoalkan hak saya untuk bercakap mengenai isu yang menyentuh negara ini.


Saya tak berfikir tentang kamu pun dalam hidup seharian saya.
Tumpukan perhatian untuk membetulkan kesalahan yang sudah berlaku.
Kepada Annuar. Berhentilah mengarut.
Apa yang saya katakan mengenai negara ini adalah hak saya (kecuali kamu yang terasa pedasnya?)
Dan apa yang kamu nak kamu "awaskan"? Adakah kamu Gestapo?
Mengapa tidak diawasi Jho Low dan mereka yang dikaitkan dengan kes-kes jenayah yang disiasat oleh kerajaan-kerajaan asing? Yang memalukan negara ini dan rakyat?
Ingatlah, Allah SWT sentiasa mengawasi semua kamu. Jangan lupa.
Dan untuk makluman saya dah hampir 10 tahun tak bayar yuran Umno. Ketua penerangan tidak semak ke daftar ahli?
Secara teknikal saya tidak lagi (menjadi) ahli Umno. Parti sudah dikotori dan dimalukan oleh mereka yang diamanahkan memimpin.
Nasib Melayu dan bumiputera sudah tidak boleh diharapkan kapada Umno untuk diperjuangkan. Apatah lagi nasib rakyat berbilang kaum.
Hentikan politik jijik mengecam peribadi. Tumpu kepada isu dan masalah negara. - MK

Thursday, March 29, 2018

[VIDEO] Rakyat SEMAKIN BERANI menyatakan sokongan kepada PH SECARA TERBUKA


Azmin bawa peta tanah Ijok, 'sekolahkan' ADUN Umno



Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menunjukkan peta tanah kawasan Ijok di DUN Selangor sambil memberi pencerahan kepada ADUN pembangkang Umno supaya tidak lagi menabur fitnah terhadap usaha kerajaan negeri untuk membantu peneroka.

Kata Azmin, tanah di Ijok meliputi tiga kawasan (Alam Utama, Alam Perdana dan Alam Mutiara) yang merupakan hak milik peneroka dan peserta Program Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) pada 1998.

Namun, katanya, pada tahun 2000 tanah tersebut diambil semula oleh menteri besar pada tahun itu dan diserahkan kepada syarikat yang didakwa milik dua orang wakil rakyat Umno

[VIDEO] Setelah DIGANTUNG, Kit Siang MASIH HADIR di Dewan Rakyat hari ini



KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengambil sikap tidak memperdulikan kehadiran Lim Kit Siang di Dewan Rakyat, sehari selepas beliau memerintahkan ahli Parlimen Gelang Patah itu keluar dewan ketika kecoh bantahan terhadap persempadanan semula kawasan mengundi.

“Kalau Speaker sudah beri arahan kepada Yang Berhormat dan berdegil untuk keluar, saya akan ambil tindakan tutup mata. Saya tidak nampak dia di dalam.

“Dia tidak boleh ambil bahagian, dia tidak boleh bercakap. Nanti kalau ada apa-apa pun, saya akan duduk bersabar hingga anda semua puas. Speaker dan timbalan saya akan menutup mata,” kata Pandikar.

Lim hadir walaupun Pandikar semalam memutuskan menggantung beliau sebagai ahli dewan selama 6 bulan.
Pada masa sama, Pandikar turut tidak memperdulikan Lim yang menuntutnya menjelaskan mengenai tempoh penggantungannya itu, sama ada sehari atau kekal dengan tempoh 6 bulan.

“Saya mahu tanya, apa penjelasannya adakah sehari atau 6 bulan,” kata Lim.

Sebelum itu, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Setiu-Umno) menggesa Lim diambil tindakan selepas ingkar arahan Pandikar semalam.

“Semalam, Tan Sri sudah buat keputusan arah Gelang Patah keluar dan hari ini dia masih ada di sini lagi. Ini satu perbuatan tidak senonoh.

“Saya minta supaya pihak Speaker ambil tindakan di bawah Peraturan Mesyuarat 44(5) bahawa jika seseorang itu digantung, dia tidak boleh ambil bahagian hingga tempohnya tamat.

“Kini, Gelang Patah seorang yang begitu senior dan beri contoh atas perkara yang tidak senonoh,” katanya.

‘Hantu’Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar turut menggelar Lim sebagai hantu kerana mendakwa tidak “melihat” Lim tetapi hanya mendengar suaranya sahaja.

Ia ketika Noh mengemukakan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2018 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Saya 23 tahun di Dewan Rakyat, suara itu biasa saya dengar tetapi saya tidak nampak. Mungkin hantu, sebab hantu sahaja yang tidak faham bahasa, manusia faham bahasa,” kata Noh.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengusulkan Lim digantung tugas selama 6 bulan mengikut Peraturan Mesyuarat 44 (3) kerana enggan mematuhi arahan speaker.

Pandikar berkata, keputusan menggantung dan mengarahkan Lim keluar dewan kekal.

“Tindakan sudah saya buat, YB tahu kuasa Speaker. Yang berlaku di Dewan Rakyat sekarang ini buat saya sedih, semua dipolitikkan.

“Saya telah buat keputusan, keputusan saya yang ketiga adalah saya tangguhkan Dewan buat sementara waktu, selepas itu arahan untuk menggantung dan Gelang Patah (Lim) keluar diteruskan.

“Berfikirlah, saya akan arahkan polis untuk masuk ke sini. Siapa YB enggan (keluar) akan diangkat keluar, selepas itu persidangan akan diteruskan.” katanya. - mk

Wednesday, March 28, 2018

Surat Terbuka Rais Yatim Buat Annuar Musa


Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa boleh tahan menyebat saya dan Tan Sri Rafidah Aziz kelmarin. Beliau gambarkan seolah-olah kami sudah hilang kelayakan bersuara.
Macamlah dua orang yang berusia 74 dan 75 tahun ini tak layak lagi memberi pandangan atau bercanggah pendapat dengan arus utama Umno dan kerajaan.
Apakah hanya orang yang lebih muda saja yang dibenarkan menegur sistem politik dan pentadbiran negara kita? Cuba tengok, dengan pergolakan kini berapa orang warga Umno yang tampil bersuara menegur? Jika boleh dikira jari sebelah tangan bermakna hak bersuara ahli sudah terbenam.
Hak bersuara dan menegur ada pada semua orang. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menjaminnya. Apa gunanya Umno yang berslogan bersatu bersetia berkhidmat? Apa erti mendalam Fasal 3 Perlembagaan Umno? Jangan-jangan Annuar sudah lupa?
Memang senang tuduh kami sudah lost touchdengan keadaan akar umbi. Yang dimaksudkan dengan lost touch itu agaknya ialah “kaki dah tak cecah bumi”. Ku semangat! Sebenarnya para pemimpin kitalah yang “kaki dah tak cecah bumi”. Sombong, gah tinggi dan tak suka ditegur; disanggah sikit melenting.
Agaknya Annuar lupa – saya memang terdaftar semenjak dulu-dulu lagi sebagai orang yang menegur dan tak kecil hati kalau saya ditegur atau dihempas-pulas. Sebenarnya semua hal yang dibangkitkan itu sudahpun saya sampaikan kepada PM dan TPM melalui saluran hormat, iaitu:
  • Kenapa Jho Low harus disiasat demi maruah negara. Dia tak boleh lebih tinggi daripada Malaysia dan Umno. Perlakuan tutup buku sebelum disiasat tidak sejajar dengan Rukunegara dan semangat Perlembagaan.
  • Jawapan kepada semua ungkitan antarabangsa dan domestik tentang 1MDB mesti dihurai dengan jelas.
  • Rang Undang-undang Anti Berita Tak Benar boleh jadi senjata makan tuan kemudian kerana dibuat secara tergesa-gesa tanpa penelitian mendalam darihal implikasi konflik hak dan perundangan. Bila sudah tak berkuasa nanti (barang dijauhi Allah), baru tahu langit dan bumi tinggi-rendah!
  • Keutamaan Keutuhan Undang-undang wajib dipertahankan
  • Budaya tinggi dalam parti dan kerajaan wajib diberi penegasan utama.
  • Perjuangan anti-rasuah mesti atas asas Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan – patut dan adil kesaksamaannya.
Amalan dan budaya tegur-menegur dalam dan di luar parti wajib. Jika tidak Fasal 3 Perlembagaan Umno akan jadi surat khbar lama yang mungkin hanya jadi kertas bungkus barangan di kedai runcit.
Sindiran “si-anu si-anu dah tua” tak payah diulang-ulang. Belum tahu siapa jatuh dulu –“ entah pucuk entah pelepah daun”. Itu kerja Tuhan, bukan kerja ketua penerangan Umno.

"BIADAP" Akhbar Thailand HINA PM "SUCI" kami 'berhidung Pinocchio'

Gambar karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini muncul di akhbar di Thailand.
Menerusi akhbar Inggeris Thailand, The Nation hari ini, Najib digambarkan seperti watak “Pinocchio” - kanak -kanak ‘kayu’ - yang hidungnya bertambah panjang setiap kali dirinya berbohong.
Kartun itu dilakarkan oleh Stephff, yang memaparkan Najib berpakaian baju Melayu tradisional sedang menghayunkan kapak ke arah hidungnya sendiri yang telah menjadi sebatang pokok yang mempunyai tiga dahan.
Dahan itu mewakili “rasuah”, “skandal 1MDB” dan “skandal kapal selam Scorpene”.
Kartun itu juga memuatkan sebatang pen “kebebasan media” yang tercalar dan sebatang pensel yang tertera perkataan “kartunis Zunar “ atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque yang hampir putus.
Kartun itu berjudul "kerajaan Malaysia memperkenalkan rang undang-undang berita palsu.”
Kerajaan, Isnin lalu membentangkan rang undang-undang berkenaan di Dewan Rakyat, yang menurut pengkritik akan menyaksikan kebebasan akhbar dan bersuara di negara ini terus terhakis.
Bagi pihak pembangkang pula, mereka menuduh kerajaan sebagai dalang di sebalik kebanyakan berita palsu di negara ini.
Antara lain, rang undang-undang itu memperuntukan hukuman berat - denda sehingga RM500,000 atau penjara 10 tahun, atau kedua-duanya - bagi mereka yang didapati bersalah menyebarkan "berita palsu". - MK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews