innity

pages

Tuesday, February 13, 2018

Wang Venezuela Tiada nilai, di anyam jadi cenderahati


CARACAS - VENEZUELA. Peniaga di Venezuela menganyam bakul menggunakan wang kertas selepas nilai matawangnya, Bolivar jatuh 85 peratus akibat inflasi.

Kata Dailymail, disebabkan Bolivar secara praktis menjadi tidak bernilai, peniaga mula mengubah wang kertas dan menjualnya sebagai cenderahati kerana nilai cenderahati lebih tinggi dari  wang kertas itu sendiri.

Seorang peniaga, Wilmer Rojas mendapat idea dengan membuat origami dan mengubah wang kertas menjadi beg galas, beg duit, topi dan bakul.
Kata Rojas, orang ramai membuang wang kertas dan tidak menggunakannya untuk membeli barangan lagi.

"Surat khabar lama atau majalah pun lebih tinggi nilainya dari Bolivar. Sekurang-kurangnya saya jadikan mereka bernilai (dengan menjadikan cenderahati)," kata Rojas.

Venezuela ketika ini dijadualkan untuk menghadapi pilihan raya pada April 22 untuk memilih presiden baharu. - SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com