pages

Sila Klik

Saturday, February 3, 2018

[TULISAN TUN M] PRU14 umpama pilih PEPSI ATAU COKE ?? Nak Bezakan PENYAMUN pon Tidak Mampu, Apalah nasib Malaysia


1. Terkejut saya apabila diberitahu pemilihan dalam PRU 14 ini tidak lebih dari pemilihan antara Pepsi Cola dengan Coca Cola. Oleh itu apa perlunya kita mengundi.
2. Begitu rendahkah kebolehan kita berfikir dan membuat bandingan? Jika ditanya antara Proton dengan Rolls Royce, yang mana satu yang nak dipilih? Mana-mana sahajalah. Apa bezanya antara Proton dengan Rolls Royce. Kedua-duanya kereta bermotor, tak lebih dari itu.

3. Keputusan yang dibuat ialah untuk tidak membeli Proton atau Rolls Royce. Kereta bermotor boleh terlibat dengan kemalangan. Adalah lebih baik berjalan kaki.

4. Tetapi semasa melintas jalan sahabat ini tergilis dengan sebuah kereta – kereta Rolls Royce.

5. Dia tak tahu kerana dah maut. Sebenarnya Rolls Royce itu dipandu pencuri kereta itu.

6. Ini cerita dongeng. Tetapi cerita ini sama dengan membuat pilihan antara Pepsi Cola dengan Coca Cola.

7. Samada cerita ini dapat difahami atau tidak bergantung kepada kebolehan pembaca. Jika kebolehan rendah maka terjadilah tafsiran seperti yang dibuat terhadap soalan saya berkenaan daging babi.

8. Maju mundurnya sesuatu bangsa bergantung kepada daya fikir bangsa itu. Dalam Al Quran berkali-kali terdapat ayat yang menyentuh daya-fikir manusia. Setelah diperdengar wahyu dari Allah, ada yang masih tidak faham dan tidak percaya. Ayat menyoal, tidakkah kamu berfikir, mengguna akal fikiran.

9. Puak yang tidak dapat fikir ini dikenali sebagai puak jahiliah. Jika kita tergolong dalam puak ini, tak mungkin kita bezakan antara yang bertanding. Dan mustahil kita akan maju. Tak hairanlah jika kita tidak akan undi dalam pilihan raya 14. Jika memilih antara Pepsi dengan Coca pun kita tak dapat, apatah lagi antara BN dengan PH. Tentu terlalu berat bagi kita.

10. Oleh itu jangan pilih. Selamatlah kita.

Selamatkah?
Tepuk dada
Tanya selera.

6 comments:

  1. kesian PAS, buta atau buat2 buta, pekak atau buat2 pekak, syaitan bisu atau buat2 bisu

    ReplyDelete
  2. BUKU MELAYU DILEMMA TU ELOK SAJA KUMPUL SEMUA DAN BAKAR DEPAN PARTI CAP MUNGA...

    CAKAP DAN TULIS TAK SERUPA BIKIN....
    BUKU YANG TIDAK.BOLEH DIWARISI OLEH GENERASI AKAN DATANG..


    ....BUKU PENUH PENIPU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan komen seperti ini macai harami, apa yg menarik adalah najib, kepala bapak penyamun boleh mengambil ilham, mengutip komen harami ini.

      Teruskan....

      Delete
    2. Apa kena mengena dengan buku itu sehingga nak dibakar?
      Lebih baik bakar buku Shit yang begitu jijik tetapi direstui oleh pemimpin Pas.

      Delete
    3. buku penipu? ni la namnya org Melayu yg bodoh sombong..mmg Melayu tak maju la kalau semua berfikiran mcm ni...

      baca habis dulu brader..kalau ilmu baru sejengkal, tak payahlah komen..nampak sgt kebodohannya nnti..

      Delete
  3. PAS "Amanat Hadi" ialah Amanat Orang KAFIR ....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com