pages

Wednesday, February 7, 2018

Sultan Muhammad V TARIK BALIK Gelaran DATO' Husam Musa dan Wan Abd Rahim



KOTA BHARU 7 Feb. - Gelaran ‘Datuk’ yang dianugerahkan kepada Naib Presiden PAN, Husam Musa dan Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abd. Rahim Wan Abdullah telah ditarik balik oleh Sultan Muhammad V.


Pembatalan darjah kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II) kedua-dua pemimpin PAN tersebut berkuat kuasa 6 Januari lalu.

Husam dan Wan Abdul Rahim dalam satu kenyataan bersama hari ini memberitahu, mereka menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat memaklumkan perkara tersebut petang semalam.

“Menjunjung sebagaimana dititahkan, kami berdua mengembalikan ketandaan darjah kebesaran dan surat pelantikan yang berkaitan kepada Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir pada pukul 10 pagi ini.

“Kami mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menjunjung kasih dan mengulangi taat setia tidak berbelah bahagi kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V,” katanya.

Kenyataan bersama itu dibacakan oleh Wan Abdul Rahim dalam sidang akhbar di Pejabat PAN Kawasan Kota Bharu, di sini hari ini.  Husam bagaimanapun tidak hadir. - UTUSAN ONLINE

4 comments:

  1. Bila PH menang nanti elok juga semua ahlinya serah balik pingat kebesaran atas nama kepentingan rakyat.Biar golongan pewaris nabi sahaja yang memilikinya.

    ReplyDelete
  2. Wah macam Hero Hang Tuah.

    ReplyDelete
  3. apakah sebenarnya nilai se buah anugerah berbanding harganya (harga yang perlu di "bayar" dengan wang atau tenaga atau maruah atau harga diri?

    ReplyDelete
  4. Itu hak Sultan. Sultan lebih suka keharmonia di negerinya, apa yg PAN cuba buat di Kelantan memang mencelaru dan menserabutkan rakyat dengan cerita cerita yg direka-reka.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com