pages

Sila Klik

Friday, February 2, 2018

(SENARAI CALON BOCOR) Pengasas UMNO Memali KELUAR PARTI kecewa Pemilihan Calon



BALING - Pengasas Umno Kampung Memali mengumumkan keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan calon bagi kerusi Dun Bayu dan Parlimen dan mendakwa 29 ahli lain akan mengikut jejak langkahnya.

Mohd Fazli Ahmad berkata, keputusan itu dibuat kerana pimpinan Umno Baling tidak mengutamakan anak tempatan dalam soal pemilihan calon.

“Proses pemilihan calon lebih terarah kepada siapa yang lebih baik dengan kepimpinan. Kami menolak pemilihan berdasarkan kronisme. Saya sudah mengisi borang untuk menjadi ahli parti Bersatu dan 29 ahli Umno di kampung ini akan ikut jejak saya.

“Akar umbi Umno tidak berpuas hati dengan pemilihan calon yang lebih ke arah bukan calon Melayu tempatan dan anak Baling,” katanya dalam sidang media di kediamannya, di Kampung Memali, hari ini.

Tambahnya, tidak mustahil tiga calon bagi kerusi Dun dan Parlimen selepas ini dimonopoli calon bukan anak tempatan.

Krisis senarai calon BN bermula selepas halaman empat muka surat yang didakwa bakal dihantar kepada Presiden BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tersebar luas di media sosial.

Dalam senarai itu, Adun Bayu yang juga Timbalan Speaker Negeri Kedah, Datuk Azmi Che Husain tidak dicalonkan sebaliknya digantikan dengan Ketua Pemuda Umno Baling, Mohd Noor Mohd Amin. - Sinar Harian


4 comments:

  1. Saya ingin berpesan kepada parti BERSATU,agar berhati2 dengan puak2 nih!!...bila mereka tidak mendapat apa2 jawatan dalam BERSATU mereka akan keluar pula beramai2 dan kembali masok Umno...yang jrlas dan nyata meteka ini adalah pengacau dan sekali2 tidak boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  2. PKR Selangor membidas pemimpin PAN negeri ini yang dianggap tidak sabar untuk mendapatkan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
    Bidasan itu dilontarkan Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor, Hizwan Ahmad susulan tindakan Pengerusi PAN negeri, Ir. Izham Hashim hari ini menggelarkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai 'Joker' (badut) di sebalik kemelut rundingan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakatan Harapan yang diketuai DAP di Selangor.


    Apa sudah jadi???
    PH akan hancur sebelum PRU 14 nanti
    Tak ada keserasian..

    Hari tu ni NS...PBBM dengan PKR
    Sekarang di Selangor ...PKR dengan Amanah
    Tunggu dan lihat untuk negeri yg seterusnya...

    Adakah ini parti yg akan memerintah negara tercinta ini?? No way!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wei sengal 6:38...

      - ISA hapus tapi siLanun-PENYAMUN ganti MKN...
      - Ghani Patail dikata SAKIT lepas kena CANTAS OK jer admitted to the Bar...
      - Apandi PERAP kemudian kata kertas siasatan 1MDB setinggi dia selang berapa hari Lanun-Bugis tak salah?
      - PACarimakan nak selekoh GOODSTAR MILIK surat dari BNM (RAHSIA) Cina Jho Lo main Najib main dungUMNO main Rakyat
      - Auditor General Report on 1MDB ada 7 Billion wei 'HILANG' why OSA?
      - ada lagi
      - ada lagi
      - ada lagi
      - banyak lagi.....tapi otak-lembu dungUMNO keldai macam 6:38 tak sampai atau tak larat nak baca....macam nih kamu sebut NEGARA TERCINTA? Kamu paham ke ertikata NEGARA TERCINTA.....hah BANGANG!!! Tuh najibugisonglapenyamun yang kata ok!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com