innity

pages

Tuesday, February 13, 2018

Pemimpin Umno minta maaf terucap 'SELAMAT HARI JADI'


Hajat nak ucapkan selamat tahun baru Cina, tetapi terucap selamat hari jadi pula.

Itulah yang berlaku kepada Umno Bukit Gantang apabila menaikkan kain rentang bertulis Gong Xi Fa Cai, Sheng Ri Kuai Le (Semoga beroleh kemakmuran, selamat hari jadi), dalam ejaan rumi.

Kain rentang itu juga memaparkan gambar Ketua Umno Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abd Fasal bersama gambar-gambar khidmat sosial disertai beliau.

Turut tertera logo 1Malaysia, logo Umno dan BN serta jata Perak.

Kain rentang itu menjadi tular di alam maya.
Anggota parlimen Taiping Nga Kor Ming mengesahkan beliau melihat ia dipasang di Jalan Simpang, Taiping menghala ke Bukit Gantang hari ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini, walaupun tiada tuntutan, Syed Abu Hussin terus saja memohon maaf atas kesilapan itu.
“Saya mohon maaf, ini kesilapan saya punya pasukan media.

“Kebiasaannya memang sepanjang tahun kita beri ucapan selamat hari jadi kepada rakan-rakan Cina, tetapi kali ini mungkin kita tersilap ambil perkataan itu.

“Jadi saya dengan amat rasa salah, saya mohon maaf kepada semua rakan-rakan berbangsa Cina.

“Saya akan buat pembetulan segera,”
katanya yang juga pegawai khas kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. - MK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com