innity

pages

Thursday, February 8, 2018

[NAK PERCAYA MYDIN ATAU RAHMAN?] Rakyat ada wang, data sangkal kenyataan bos Mydin, kata Rahman


Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menepis kenyataan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang mengatakan rakyat tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan walaupun pertumbuhan ekonomi Malaysia kukuh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata bos rangkaian pasaraya itu mempunyai anggapan yang tidak betul kerana data menunjukkan pertumbuhan ekonomi negara menaikkan pendapatan dan kuasa membeli rakyat.

“Prestasi ekonomi dan keadaan sesebuah negara, tidak boleh dinilai hanya daripada satu sub-sektor, seperti industri pasaraya besar sahaja.

“Penggunaan swasta terus menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia dengan peratusan sumbangan kepada KDNK sejumlah 53.2%, atau RM589.7 bilion,” kata Rahman dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ameer dalam satu temubual radio tentang kerugian yang dialami rangkaian pasaraya itu mengalami kerugian sehingga RM100 juta apabila mengambil bahagian dalam projek kerajaan, KR1M.

“Bagi perbelanjaan domestik, asasnya bagus, tetapi hypermarket dan pasar raya besar yang menguasai 50% pasaran runcit negatif.

“Saya rasa orang ramai tidak mempunyai wang,” kata Ameer.

Rahman berkata mungkin satu penyebab kemerosotan jualan yang dialami pasaraya ialah peningkatan bilangan kedai bukan pengkhususan daripada 66,920 pada 2016 kepada 73,848 tahun lepas.

“Ini merupakan satu faktor mengapa pasaraya besar mengalami kadar jualan yang perlahan, ekoran lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk membeli-belah.

“Berdasarkan data yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Negara (DOSM), jualan di pasaraya besar hanya mewakili 8% daripada keseluruhan perdagangan runcit di Malaysia.

“Atas sebab itu, jualan pasaraya tidak boleh dijadikan sebagai satu-satunya penanda aras prestasi perdagangan runcit, apatah lagi keadaan ekonomi semasa negara dan rakyat,” kata Rahman.

Beliau menambah perdagangan runcit mencatatkan pertumbuhan yang kukuh dari segi nilai dan jumlah.

“Dari segi nilai, perdagangan runcit mencatatkan pertumbuhan 2 angka untuk 3 suku tahun berturut-turut pada tahun 2017, manakala dari sudut jumlah pula, perdagangan runcit berkembang 7.8%, 11.5%, dan 10.5%, untuk suku tahun pertama, ke-2, dan ke-3 bagi tahun 2017 masing-masing.

“Perdagangan runcit pada 11 bulan pertama tahun 2017 meningkat daripada RM367.7 bilion kepada RM410.5 bilion untuk tempoh yang sama bagi tahun 2016, iaitu peningkatan sejunlah 11.6%.”

Jualan dalam talian

Menurut Rahman, kemudahan perkhidmatan membeli dan menghantar barangan secara dalam talian juga antara sebab orang ramai jarang mengunjungi pasaraya.

“Berdasarkan laporan Bancian Ekonomi 2016 yang diterbitkan DOSM, transaksi pengguna-kepada-perniagaan (B2C), mencatat nilai sebanyak RM73.7 bilion dan ia berkembang saban tahun.

“Lebih ramai pengguna membeli produk, termasuk barangan runcit asas tanpa perlu keluar rumah kerana terdapat pilihan yang lebih mudah melalui internet.”

Beliau berkata syarikat-syarikat pasaraya besar yang belum mengikuti trend itu akan kehilangan potensi besar daripada perniagaan dalam talian. - FMT

20 comments:

  1. Apa yg Ameer Mydin cakap adalah benar. Tidak semestinya kdnk tinggi gaji pekerja tinggi. Yg untungnya ialah syarikat kerana kenaikan gaji pekerja jauh ketinggalan drp peningkatan kdnk.Jika ada kenaikan gaji.

    Sesiapa saja yg tahu ilmu ekonomi dan juga ekonomi msia akan bersetuju dg pandangan Ameer.

    Rahmah Dahlan apa yg dia tahu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apalah masalah kau ni...lain kali baca arus perdana bukan arus politik...kemunculan syarikat HYPER MALL ONLINE seperti lazada, alibaba, atomy, mallaluka, asia online yang menawarkan perbagai pilihan, berkualiti dan harga lebih murah serta system pembayaran yang cepat seperti credit kad dan debit kad (kad atm), lebih hebat lagi...menyebabkan pelanggan beralih arah ke hyper market online... o

      Delete
    2. Aku lebih percayakan cakap businessman dari cakap orang politik.

      Cakap orang politik lebih kepada laba undi, kuasa dan pangkat.

      Tapi cakap businessman lebih kepada struktur kewangan.....pusingan dan pemulangan modal......untung dan rugi.

      Jadi mudah saja nak timbangkan cakap siapa yang benar.

      Delete
    3. nampak bijak ulasan..tapi hampas macam Menteri gak.....hahahahaha

      Delete
    4. sebab ko baca arus perdana je la pemikiran ko camtu....cuba angkat sikit tempurung tu n tanye golongan bawahan ni...

      Delete
  2. rahman senang bercakap berasaskan data kering yg tidak mempunyai jiwa. dia tak merasai apa apa perbezaan dlm hidupnya yang berada dlm kapsule selamat diseliput pelbagai safeguards. Ameer sebaliknya bercakap sebagai seorang yang telah mencoba sedaya upaya mengabdikan diri menyahut seruan kerajaan untuk membantu rkayat menyediakan barangan keperluan lebih murah dari harga biasa. Kos ke atas Rahman hanyalah air liur. Kos pada Ameer adalah dalam bentuk wang atau hard cash yang sehingga kini mencecah RM 100 juta kerugian . Di antara Rahman dan Ameer, tidak susah sebenarnya siapa yang kita boleh atau perlu percaya katakatanya.

    ReplyDelete
  3. CG juga harus memasang mata dan membuat penilaian sendiri di MYDIN
    ) garment - atau pakaian.... rasa2 CG kualiti apakah yang kebanyakannya ada di Mydin? Senang cakap kualiti Gampang... justeru tidak hairan kalau pembeli muda lebih rela membeli secara online.

    2. Grocery - CG pastiker barangan yang terjual di Mydin jauh lebih murah dari pasaraya lain?

    3. Sam's Grocer... boleh tak CG dapatkan maklumat kerugian Mydin paling besar adalah dari Mydin Hypermarket atau SAM's....

    4) persaingan - rasanya HERO lebih murah... dan ada sebuah pasaraya lagi yg menjadi pesaing terdekat Mydin yg terletak di dalam bangunan JAKEL.... cari sendiri.

    Mydin tidak bkleh salahkan kerajaan untuk kesilapan memilih model perniagaan.

    Rasanya selepas jakel memilih melupuskan kepentingan dlm SAM's dan Mymart serta KR1M... Mydin dapat melihat keuntungan sebenar mula kembali dengan menumphkan sepenuh perniavaan dalam urusan hypermarket.... pun begitu eloklah mydin melihat semula strategi harga mereka.... sekarang ni Mydin tidak semurah dulu.... orang lain jual frozen lamb RM29.90/kg.... Mydin Jual RM 36.50/kg..... itu baru satu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat tak mempunyai duit yg banyak utk berbelanja Dan terpaksa berjimat cermat

      Delete
    2. Suharli, if u hv a pea brain, please STFU.

      Delete
  4. Perbandingan "kayu" dibuat oleh suharli..

    Pandangan mydin meliputi majoriti pasaraya lain dan pasaraya² yang dinamakan oleh suharli juga walaupun dipenuhi kebaikan, kualiti atau harga lebih baik..pendapatan mereka tetap merosot disebabkan sales volume yang jatuh.

    Kuasa membeli rakyat sudah berkurangan kerana kos sara hidup yang ingi, pembuangan kerja dan kurang peluang pekerjaan.

    Secara jujur, kita wajar membuat kajian sendiri, tanyalah mana² perniaga sekitar kita..pasar, kedai runcit, farmasi, klinik, kedai kopi termasuk yang jual online..majoriti merudum..apabila di bawah merudum..sudah tentu yang di atas dapat kesan.

    ReplyDelete
  5. salam, Rahman Dahan adalah Parrot atau burung kakatua yang hanya akan Cakap atau Ajuk apa yang tuan yang bagi dia makan ajar. Itu saja skrip ayat yang diatahu. RD samalah macam Salleh Syed Krook, Nazri Aziz, AM yang akan MENGIYAKAN ATAU MENYOKONG segala yang KERAjaan, walau FAKTA sebaliknya. Mereka ini individu PEMIKIRAN KAMIKAZE, bukan ada akademik approach langsung. Maklumlah nak justify PEROLEHAN DEDAK.

    ReplyDelete
  6. Suharli,...anda bekerja untuk Rosmah kah?

    ReplyDelete
  7. Maaf mydin... bukan Jakel sbv pemilik sam's

    ReplyDelete
  8. Mydin skrg dh x mcm dulu. Barang kualiti rendah tu memanglah sejak dulu. Cuba tengok harga beras, bandingkan dgn harga di kedai runcit biasa atau pasaraya sederhana. Nampak tak? Mula tu tak percaya, tp bila nampak sendiri nak kata apa lagi? Itulah punca mydin kurang dikunjungi berbanding dulu. Bnyk lagi tempat lebih murah berbanding mydin sebenarnya.

    ReplyDelete


  9. Dasar Najib adalah untuk memewahkan semua rakyat termasuk di kampung, luar bandar, pendalaman dan yg seperti itu, kawasan2 inilah yg menentukan nasib BN, org di bandar, senang atau susah, tetap menyokong pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gila ko...tgk rosmah camne? cuba ko nilaikan setiap kali rosmah berpakaian, dari ujung rambut sampai ujung kaki...agak lebih mahal x dari gaji kerani gomen sebulan?

      Delete
  10. Bodoh punya menteri...

    ReplyDelete
  11. Memang bahlol. Dia orang tak rasa la sbb semua free. Kereta free minyak free toll free hari2 ada lembu belanja mkn kmudian lain2 pun masyuk. Mana diaorang rasa jadi rakyat jelata...siol betul.

    ReplyDelete
  12. Kerajaan masih xdpt tunaikan janji depa utk kawal harga org tengah lepaih depa dah kaut cukai org keliling. Hat tu maksud tersirat dr maydin. Patutnya org pakistan, bangla, china, kemboja, siam, arab ni mana boleh suka2 bawak mai brg dr negara depa lepaih tu supply pi puak2 depa bukak market disini. Peluang pekerjaan pun depa x offer utk org tempatan. Pasai tu dah banyak kilang makanan terutamanya, yg dah lari pi pindah negara lain. Pasai dah xdak kawalan dr kerjaan sendiri. Kita org biasa memang suka lah pasai dpt harga murah. Tapi utk jangka masa panjang org yg menumpang lagi banyak duit dr org asai. Pelan2 kuasa membeli kita surut. Kerajaan duk sedap kutip cukai mana depa perasan. Dahlan habaq kata ada peningkatan nilai dagangan memang betui lah pasai harga duk naik duit duk kuncup.

    ReplyDelete
  13. MCM NIE LE ULASAN MENTERI DI KABINET PM SEKARANG.....PANDANGAN ORANG YANG MENJALAN SENDIRI PERNIAGAAN TIDAK BETUL....APA PUN MENTERI KABINET LE.

    MENTERI TIDAK RASA APA RAKYAAT RASA KINI....MENTERI SEMUA DI TANGGUNG DARI APA SEGI.....CONTOH KERETA DI BERI PERCUMA/ MINYAK PERCUMA KERAJAAN TANGGUNG....DAN MCM-MCM LAGI....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com