pages

Sila Klik

Thursday, February 8, 2018

Istana Kelantan turut tarik pingat Mahathir


Sehari selepas menarik balik darjah kebesaran dua pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH), istana Kelantan melakukan tindakan sama ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penarikan balik pingat kebesaran Darjah Kebesaran itu dinyatakan pihak istana melalui sepucuk surat yang diterima pihak Dr Mahathir hari ini.
Surat itu bertarikh 6 Feb lalu dan dihantar ke rumah Dr Mahathir di Seri Kembangan.
Semakan menunjukkan pingat yang ditarik balik itu ialah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) Al-Yunusi Kelantan yang diterima Dr Mahathir pada April 2002.
Menurut kedudukan di Kelantan, anugerah DK Al-Yunusi itu adalah pingat kebesaran tertinggi dikeluarkan pihak istana negeri terbabit.
Sumber memberitahu Malaysiakini, Dr Mahathir sedang dalam proses menyerahkan semula pingat berkenaan.
Ia dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu Tuanku Ismail Petra dalam satu istiadat di Istana Balai Besar, Kota Bharu.

Dalam titah ucapannya baginda menjelaskan penganugerahan DK kepada Dr Mahathir itu dibuat sebagai menghargai peranan serta sumbangan beliau selama ini.
Semalam Malaysiakini melaporkan istana Kelantan menarik balik pingat yang membawa gelaran Datuk kepada Naib Presiden AMANAH Husam Musa dan pengerusi parti itu bagi Kelantan Wan Abd Rahim Wan Abdullah.
Sama seperti surat yang dihantar kepada Husam dan Wan Abd Rahim, makluman mengenai penarikan balik pingat buat Dr Mahathir juga ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.
Bagaimanapun untuk rekod penarikan semula pingat kebesaran istana Kelantan itu bukanlah sesuatu yang baru.
Sultan Kelantan pernah melakukan penarikan balik anugerah itu pada 2010 membabitkan beberapa individu termasuk Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali. - MK

5 comments:

  1. Tun buat kerja untuk negara, bukan untuk pangkat dan darjat, dia hanya buat apa yg perlu untuk kebaikan keseluruhan rakyat negara ini, keseluruhan rakyat memerhati dgn tenang, kita tunggu PRU sahaja untuk melaksanakan tanggungjawab.

    ReplyDelete
  2. Ambik balik lepas tu bagilah kat Najib. Terang lagi bersuluh istana dah masuk UMNO.

    ReplyDelete
  3. Tak kebulur nak asa pingat dr Kelantan... negeri mundur dan dan amat2 kotor

    ReplyDelete
  4. Pingat adalah sekadar satu bentuk ibu segala rasuah daripada pihak Tsar.

    ReplyDelete
  5. Tak payah kasi darjah lah. Zaman sekarang pak pacak pon dapat. Mendapat pingat darjah adalah satu yang menghinakan sekarang. Pingat darjah dia batalkan pon bapak dia yang kasi dulu. Tak mintak pon....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com