innity

pages

Sunday, February 11, 2018

[INI MAKNANYA BAIAH TALAK 3 ITU ZALIM] PAS mahu hapus baiah talak tiga


PAS dilaporkan akan menggugurkan sumpah baiah yang melibatkan perceraian talak tiga.
Sumpah berkenaan mewajibkan semua wakil rakyat PAS di Kelantan berbaiah sebelum pilihan raya umum (PRU) yang lalu untuk memastikan mereka tidak melompat parti dan jika berbuat demikian isteri mereka tercerai dengan talak tiga.
Ketua Dewan Ulamaknya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang dipetik Berita Harian sebagai berkata, kandungan sumpah baiah itu akan diselaraskan bagi setiap negeri dan dijangka tidak lagi menyentuh perceraian.
Menurut Mahfodz, tindakan itu diambil kerana PAS tidak lagi berdepan keadaan genting seperti pernah berlaku dalam politik Kelantan.
"Oleh kerana kita sudah tidak lagi berdepan suasana genting seperti di Kelantan, kita akan selaraskan di seluruh negeri dan kemungkinan tidak akan ada lagi baiah membabitkan perceraian suami isteri.
"Secara umumnya sumpah baiah bermakna kita memberi ketaatan dan walak kepada parti, sekiranya melanggar baiah itu, maka secara umumnya Allah akan melaknat orang yang berbaiah itu," katanya seperti dipetik Berita Harian.
Dalam perkembangan sama, Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Idris Ahmad dilapor berkata, perkara itu pernah dibincangkan namun tidak secara mendalam oleh Majlis Syura Ulamak.
“Kemungkinan besar kita akan gugurkan, tetapi keputusan itu nanti akan datang daripada Majlis Syura Ulamak,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

7 comments:

  1. Ini satu lagi Parti Ngok. Semasa zaman mursyidul am yang mereka dewa-dewakan bukan shj melanggar baiah melibatkan isteri tertalak 3 bahkan mereka mengkafirkan orang Islam yg tak sehaluan dgn mereka. Hingga kehari ini "AMANAT" Hadi kekal "menggkafirkan" orang Islam (penyokong UMNO). Apa cerita ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceritanya - sapa2 tak sokong PAS msk neraka. Nak masuk syurga sokong PAS. Yg peliknya bicara PAS tak sebut ttg cara atasi kemiskinan, akhlak berasaskan kebersihan.

      Benaknya memusing2 fikir ttg hudud×3, negara Islam dah jadi negara berkebajikan. Nak berkebajikan tang mana, model ekonominya jual balak, harapkan royalti minyak. Dah bagus sgt nak tadbir, tarik ler FDI byk2 mcm mendiang Lim Chong Eu di Penang tu.

      Delete
  2. Digugurkan agar tidak ada sapa2 yg blh pertikaikan sekiranya lebai2 ni nak lompat parti,,,king markers le katakan.

    ReplyDelete
  3. Hmmmmm masih nak spin yang baiah talak tiga tu ok.

    Zaman rasululah tak pernah dengar baiah sehingga sanggup menceraikan isteri disebabkan perselisihan pendapat. Bahkan talak itu satu yang halal tapi dibenci Allah.

    Di mana letaknya pemikiran pemimpin PAS? Layak ke untuk memimpin negara?

    ReplyDelete
  4. Dah boleh le aku join umno lepas ni

    ReplyDelete
  5. Dalam agama PAS,...Tuhan adalah hamba kepada mereka.Tuhan akan laknat sesiapa saja yang diarahkan oleh PAS.

    ReplyDelete
  6. Tanpa rasa bersalah dan berdosa. Inikah Islam?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com