pages

Thursday, February 22, 2018

Indeks rasuah: Malaysia sama standard dengan Cuba



Indeks Tanggapan Rasuah (CPI) terbaru meletakkan Malaysia di kedudukan setaraf dengan negara komunis Cuba.

Kedua-dua negara ini diberikan 47 mata dalam skala kosong hingga 100.

Kosong bermaksud paling rasuah dan 100 pula sangat bersih.

Malaysia dan negara Caribbean itu juga berkongsi tangga ke-62 dalam indeks yang dilancarkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M) di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam indeks 2016 yang dikeluarkan tahun lepas, kedudukan Malaysia lebih baik apabila mendapat 49 mata dan berada di tempat 55.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com