pages

Monday, February 19, 2018

Benarkah DAP mampu kuasai Malaysia


ORANG MELAYU DAN DAP

1. DAP dilabelkan memiliki idealogi komunis oleh pemimpin UMNO demi menakutkan orang melayu untuk tidak mengundi PAKATAN HARAPAN. Asas kepada label ini ialah DAP dikatakan serpihan PAP di Singapura dan juga dikatakan pengasasnya adalah Chin Peng.

2. Apa yang pemimpin, ahli dan penyokong UMNO lupa beritahu ataupun tidak tahu ialah, PAP yang membentuk kerajaan Singapura bukanlah sebuah negara komunis. Singapura merupakan sebuah negara demokrasi.

3. Pendaftaran DAP dibuat di Malaysia dibawah Perlembagaan Negara dimana keahliannya adalah terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja tanpa mengira kaum.

4. Walaupun majoriti pemimpin dan ahli DAP adalah dari kalangan kaum cina, mereka tetap warganegara Malaysia.

5. Kaum cina pula hanyalah mempunyai tidak lebih dari 40% jumlah populasi penduduk Malaysia dan bukan semua kaum cina adalah ahli DAP. Kerusi parlimen yang ditandingi DAP juga tidak melebih 40% kerusi di Parlimen. 

6. Jadi bagaimana pemimpin, ahli dan penyokong UMNO boleh mendakwa DAP akan memerintah Malaysia jika PAKATAN HARAPAN menang pada pilihanraya dan membentuk kerajaan?

7. DAP juga tidak bertanding di kerusi majoriti orang melayu. Jadi jika majoriti orang melayu mengundi PAKATAN HARAPAN, maka semakin ramai wakil rakyat melayu PAKATAN HARAPAN yang akan duduk di parlimen.

8. Yang jatuh hanyalah pemimpin melayu UMNO yang gagal mempertahankan hak istimewa orang melayu malah sebenarnya merekalah yang mengkhianati orang melayu itu sendiri.

9. Malaysia akan lebih makmur, adil dan saksama apabila pemimpin korup UMNO dapat didakwa di mahkamah. Namun, ia hanya dapat dilakukan dengan mengundi PAKATAN HARAPAN, pemimpin korup ini boleh didakwa.

10. Undilah calon PAKATAN HARAPAN pada pilihanraya yang akan datang tanpa rasa takut dengan DAP kerana ketakutan sebenar kita ialah jika UMNO/BN terus berkuasa dan bermaharajalela memusnahkan masa depan tanahair kita.

KEPADA ALLAH KITA BERSERAH. KEPADA PAKATAN KITA SANDARKAN HARAPAN.

Azmi Murid
Lumut Perak
17hb Febuari 2018
23:28hrs

4 comments:

  1. Boleh fikirkah bagaimana yahudi yg bukan majoriti di amerika boleh menjadi kuasa politik penentu utama di sana? Begitulah percaturan yg akan digunakan oleh dap. Tak boleh fikir ke malas nak fikir wahai azmi murid?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh bila bg komen ko ni..Kita perlu takut hanya kepada TUHAN bkn takot dgn DAP..

      Delete
  2. Akui je lah org bernama Melayu tak layak utk duduk dalam kepimpinan tertinggi DAP.
    Akui je lah ahli DAP memang phobia utk lantik org bernama Melayu aka anti-Melayu.

    Akui je lah hanya nama macam Melayu tapi 100% Cina je yg dilantik oleh ahli DAP.

    Akui je lah meragui DAP ada asasnya sekarang ini.
    Akui je lah ini bukan kes 60 tahun dulu.

    Akui je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akui je lah yg kau ni anon 0136 pm adalah bodoh dan penakut lahanat..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com