pages

Monday, February 12, 2018

Ajinomoto ambil alih tanah Tabung Haji


Ajinomoto (M) Bhd merancang mengambil alih tanah seluas 88.604 hektar di Techpark@Enstek, Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan, daripada Lembaga Tabung Haji dan THP Enstek Development Sdn Bhd dengan bayaran sebanyak RM86.07 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Ajinomoto berkata pengambilalihan itu selari dengan rancangan jangka panjangnya untuk meluaskan operasi dan membesarkan kemudahan perkilangannya supaya selari dengan permintaan yang semakin meningkat ke atas keluaran produk syarikat.
“Kami merancang membangunkan kemudahan perkilangan yang baharu di kawasan itu yang dijangkakan dapat mengukuhkan kecekapan syarikat dalam menyediakan produk berkualiti kepada pelanggan.
“Pada masa ini, masih terlalu awal untuk menentukan jumlah kos pembangunan atau bila operasi akan bermula. Kos pembangunan akan dibiayai menerusi dana dalaman dan pinjaman bank, jika diperlukan,” kata syarikat itu.
Tabung Haji melantik THP Enstek Development Sdn Bhd sebagai peguam untuk jualan tanah itu.
- Bernama

1 comment:




  1. Dengan mendapat sebanyak rm86 juta, TH berkemampuan membeli jauh lebih luas lagi ladang sawit di luar bandar, atau membuat pelaburan dlm hartanah, yg dapat memberi pulangan keuntungan lebih banyak dp 88 hektar sawit di NS yg sekarang pesat membangun.




    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com