pages

Wednesday, February 28, 2018

[TUDUNG DISCO] Neelofa batal ke acara TN50 bersama PM Najib malam ini, Neelofa hilang 100,000 pengikut di Instagram


KUALA LUMPUR 28 Feb. - Enggan terus terheret dalam kontroversi, Neelofa, 29 mengambil keputusan membatalkan kehadirannya dalam program TN50 yang dijadual berlangsung di Malaysia International Trade & Exhibition (MITEC), Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam ini.
Menurut Neelofa, dia membuat keputusan itu sebagai menghormati acara berkenaan agar ia tidak terkait dengan kontroversi baharu membabitkan dirinya ketika ini.
Keputusan ini dibuat atas rasa penuh tanggungjawab dengan situasi semasa ini dan untuk memastikan Majlis Penyerahan Kanvas Belia TN50 pada malam ini berlangsung dengan penuh jayanya, “ kata Neelofa kepada Utusan Online.
Keputusan tidak hadir juga dibuat selepas berbincang bersama melibatkan kedua-dua belah pihak, penganjur TN50 dan juga pihak pengurusannya selain Naelofar Hijab.
“Diharapkan dengan keputusan ini, ia dapat memberi ruang kepada orang ramai untuk menghayati segala mesej dan agenda penting negara, yang bakal diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam ini.
“Sekali lagi, saya memohon maaf atas keputusan ini,” katanya.
Neelofa dikritik hebat ketika ini gara-gara syarikat NH melancarkan koleksi tudung terbaharunya #BeLofa di sebuah kelab malam terkemuka, Isnin lalu.
Ekoran kontroversi baharu itu, pelbagai pihak tampil mengkritik dan membuat teguran terhadap pengacara MeleTOP ini, termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. 

Neelofa hilang 100,000 pengikut di Instagram

Sehari selepas kontroversi majlis hari lahir dan pelancaran produk di kelab malam, Neelofa kehilangan 100,000 pengikut di laman sosial Instagramnya.

PAPARAN skrin laman sosial Instagram Neelofa yang menunjukkan penurunan jumlah pengikutnya sebanyak 100,000 sejak kontroversi pelancaran koleksi tudung terbaharunya.
Neelofa sebelum ini memiliki 5.5 juta pengikut menerima kecaman hebat daripada netizen yang mengkritik tindakannya mengadakan majlis tersebut di sebuah kelab malam popular di Jalan Tun Razak, di sini kelmarin.

Malah, sehingga hari ini Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor masih menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen sehingga ada yang mendakwa mahu memboikot artis itu.
Sehubungan itu, pengacara program MeleTop itu bertindak menutup ruangan komen di entri terkininya.
Dalam pada itu, biarpun dihimpit dengan kontroversi, koleksi baharunya, Be Lofa habis dijual hanya dalam tempoh 24 jam - UTUSAN ONLINE

Kes terowong: SPRM beku 4 akaun ‘Datuk Seri’ berjumlah RM3.6 juta

Kenderaan mewah yang disita susulan penahanan seorang ahli perniagaan yang dipercayai menerima wang bagi menutup kes siasatan projek terowong.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan 4 akaun bank milik syarikat seorang “Datuk Seri” yang mempunyai wang berjumlah kira-kira RM3.6 juta.
Perkembangan ini menyusuli penahanan ahli perniagaan itu kerana dipercayai menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup kes siasatan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Menurut sumber, SPRM turut menyita kenderaan Toyota Vellfire, Mercedes Benz, Land Rover dan Hyundai Starex dianggarkan bernilai kira-kira RM1.3 juta serta 3 buah televisyen bernilai RM167,900.
Difahamkan turut disita ialah sebuah rumah bernilai kira-kira RM2.5 juta di Petaling Jaya.
Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penyitaan itu dan berkata pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan.

[10GAMBAR, VIDEO][CHINI, PEKAN] Sambutan hebat ceramah Ayahanda Tun di kubu kuat Najib Razak












((Live)) MEDIA MERAH Bersatu Dari Pekan Chini 9. 00 malam - CERAMAH PAKATAN HARAPAN.


((Live)) MEDIA MERAH Bersatu Dari Pekan Chini 9. 00 malam - CERAMAH PAKATAN HARAPAN.



Indonesia rampas kapal mewah Jho Low di Bali


Indonesia hari ini merampas kapal layar mewah Jho Low yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB di Bali.
Aset itu antara dijejak oleh Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.

“Kita sudah memeriksa anak kapal sejak semalam dan kini kita sedang bertindak kerana sudah menerima kelulusan mahkamah untuk merampas bot itu,” kata Agung Setya, pengarah ekonomi dan jenayah khas polis Indonesia.

Berita itu dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa yang memetik stesen TV tempatan MetroTV. -MK

PAS dalam masalah besar, kata penganalisis politik


SELAIN daripada perpecahan dalaman yang disebabkan Amanah, PAS dijangka akan hilang banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang kerana parti itu dilihat seperti mahu menjadi serupa seperti Umno, kata penganalisis politik dalam sebuah forum hari ini.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Faisal S Hazis berkata, dalam pemasaran politik, parti-parti akan cuba untuk membezakan diri mereka dengan menonjolkan perbezaan ideologi sesama parti lawan.
"Tetapi sejak PAS mula berbaik dengan Umno dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mereka menunjukkan yang tujuan perjuangan mereka adalah sama, iaitu Islam," kata Faisal.
Tambah beliau lagi, apabila sesebuah parti hilang sifat tersendirinya, pengundi tidak akan dapat membezakannya dengan parti lawan.
"Dan jika ia berlaku, anda akan melihat pengundi memilih parti itu, dan bukan parti lawan," katanya.
Faisal bercakap bersama Dr Johan Saravanamuttu dari Sekolah Kajian Antarabangsa Rajaratnam di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura dan Ibrahim Suffian dari Merdeka Center semasa forum “Pertandingan pelbagai penjuru - bencana atau rahmat"  di Kuala Lumpur, hari ini.
Hilang pengaruh
Satu lagi sebab ialah kerana PAS kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu.
"Ikut sejarah, apabila PAS keluar dari mana-mana pakatan, tak kiralah Barisan Nasional (BN) pada 1970-an atau Barisan Alternatif pada 1990-an, ia memberi keputusan yang buruk semasa pilihan raya," kata Johan.
Menggunakan analisis terbaru Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming iaitu "Battle for Selangor" sebagai contoh, Johan berkata PAS hanya memperoleh keputusan yang baik di Selangor apabila ia masih dalam pakatan.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), PAS menang 15 daripada 20 kerusi negeri yang ia bertanding dan lapan daripada 20 kerusi pada PRU12 (2008). Tetapi, pada 2004, parti itu tidak memenangi walau satu kerusi dalam 21 kerusi yang ia bertanding.
Semasa PAS bersama Barisan Alternatif pada 1999, PAS menang empat daripada 23 kerusi. Namun, pada 1990 dan 1995, ketika ia bertanding sendirian, PAS hilang semua kerusi negeri yang ia bertanding di Selangor.
Faisal berkata perpecahan undi Melayu seterusnya yang disebabkan oleh Amanah dan Bersatu memberi kesan yang lebih buruk kepada PAS.
Menggunakan kerusi parlimen Hulu Langat dan Temerloh sebagai contoh, Faisal berkata penyandang kerusi itu, Che Rosli Che Mat dan Nasrudin Hassan mungkin akan hilang kerusi mereka disebabkan bilangan pengundi bukan Melayu yang tinggi.
Mengikut data PRU13, Hulu Langat mempunyai 45.59% pengundi bukan Melayu, manakala Temerloh mempunyai 33.67% pengundi. – 7 Oktober, 2017. - themalaysianinsight

Dr M: Kuok tak pernah bagi duit semasa saya terajui BN


Dr M: Kuok tak pernah bagi duit semasa saya terajui BN.
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa hartawan Tan Sri Robert Kuok tidak pernah memberikan apa-apa sumbangan kewangan kepada Barisan Nasional (BN) semasa beliau memegang jawatan perdana menteri.

“Tidak, dulu kita tak perlu banyak duit. Kita tak payah minta banyak pun,” kata pengerusi PPBM itu kepada pemberita di ibu pejabat PPBM hari ini.
Beliau berkata BN pada masa itu tidak memerlukan wang “sebanyak” yang diperlukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Robert Kuok tak payah bagi apa-apa kepada kita,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin mendakwa Kuok menyumbangkan wang kepada DAP, serta membiayai kempen untuk menggulingkan kerajaan.
Berikutan itu, pemimpin Umno mengecam Kuok sebagai tidak bersyukur.
Najib berkata Kuok tidak dapat menikmati kekayaannya tanpa bantuan kerajaan, sementara Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz mencabar Kuok kembali ke Malaysia untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Bagaimanapun, pemimpin MCA mempertahankan Kuok di mana Setiausaha Agung Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata kenyataan pemimpin Umno “mengecewakan”, manakala seorang lagi pemimpin MCA Datuk Seri Ti Lian Ker berkata Kuok berhak menyokong mana-mana parti yang dia mahukan.
Dr Mahathir berkata dakwaan terhadap Kuok adalah fitnah.
“Robert Kuok orang terkaya sekali dari Malaysia dan kita tahu dia sayangkan Malaysia, itu sahaja.
“Pendiriannya, dia dilahir di Malaysia dan dia rakyat Malaysia dan dia patriotik terhadap Malaysia, bukan kepada mana-mana parti.”

Tuesday, February 27, 2018

(ZAMAN NAJIB) Kapal TANGKI HILANG, kapal itu ditahan Maritim jumaat lalu di Jeti Tanjung Piai


KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan sebuah kapal tangki MT Pratama 128 hilang awal pagi, hari ini.
Kapal berkenaan sebelum ini ditahan oleh Maritim Malaysia atas kesalahan mengikut Ordinan Kapal Dagang (MSO) 1952 sebelum dilabuhkan ke jeti Tanjung Piai, Johor.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata, pihaknya akan berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia untuk memaklumkan keadaan semasa.
Kapal berkenaan ditahan bersama lapan anak kapal dan kemudian dilabuhkan di jeti Tanjung Piai johor pada Jumaat lalu.
"Saya mengesahkan kapal berkenaan hilang. Pasukan penyiasat sedang mengambil keterangan pegawai bertugas," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.
Zulkifli berkata, setakat ini punca sebenar kapal berkenaan hilang masih dalam siasatan.
Difahamkan, Maritim Malaysia kini sudah menggerakkan asetnya termasuk aset udara bagi mengesan kapal berkenaan.
Kapal tangki MT Pratama 128 mula didaftarkan pada tahun 1977 dan sudah dua kali didaftarkan semula.
Kapal berkenaan juga pernah ditahan pasukan marin Indonesia kerana membawa minyak mentah secara haram 12 Januari lalu.


Kapal tangki MT Pratama 128 ditemui di Dumai


Kapal tangki MT Pratama 128 yang dilaporkan hilang sudah dijumpai di Perairan Pulau Rupat, Dumai oleh Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) tengah hari tadi.
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata, siasatan awal mendapati kapal berkenaan dilarikan krew kapal itu sendiri.
Setakat ini siasatan mendapati tiada unsur rompakan dan pelanunan dalam insiden ini," katanya.
Zulkifli berkata, kapal terbabit diletakkan di batas pelabuhan berhampiran perairan Tanjung Piai.
"Kapal itu diawasi dengan radar dan rondaan dari pengawal, namun kami percaya krew terbabit mengambil kesempatan ketika pengawal rondaan pulang ke jeti.

[EKORAN TENTANGAN UMNO] Seratus polis bakal kawal majlis Dr M di Pekan esok


Pihak polis bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan berhubung lawatan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad ke kawasan parlimen Pekan yang dijadualkan berlangsung esok, kata ketua polis daerah Pekan, Amran Sidek.
"PDRM bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," beliau memberitahu Malaysiakini.
Beliau menambah kira-kira seratus anggota akan memantau keadaan.
Beliau juga mengesahkan notis telah dihantar oleh penganjur program memberitahu pihak polis mengenai program tersebut.
"Pihak penganjur juga telah dipanggil untuk temubual dan 13 syarat diberi untuk dipatuhi," kata Amran memetik Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman.
Penganjur dapat permit polis
Setiausaha HARAPAN Pahang Kamarzaman Mohamed Yunus memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mendapat permit polis untuk menganjurkan majlis berkenaan.
"Kami baru dapat permit. Saya baru pulang dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan," katanya.
Ahli jawatankuasa Umno Bahagian Pekan Abdul Rahim Yahya memberitahu Malaysiakini program itu lebih baik dibatalkan kerana 'akan ada pergaduhan.
Rahim berkata ramai pemuda di kawasan itu telah memberitahunya mengenai lawatan Mahathir dan mereka merancang melakukan "banyak perkara".
Mahathir dijangka tiba di kawasan Chini tengahari esok sebelum melawat kawasan penempatan Orang Asli. Beliau juga dijadualkan akan berceramah di suatu majlis di Chini pada malam esok. - MK


VIRAL Slide Bukti Kerjasama Pas -UMNO pula



AMANAH minta pemimpin PAS jelaskan audio ambil duit Umno


Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan hari ini mahu pemimpin PAS tampil untuk mengesahkan kesahihan satu rakaman audio yang didakwa sebagai 'bukti' penyaluran wang oleh Umno kepada parti itu.
Rakaman itu kemudiannya dimuat naikkan oleh Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan di laman Facebook.
Beliau walau bagaimanapun berkata, sejauh mana kebenaran audio tersebut tidak dapat dipastikan.
Rakaman itu mendakwa parti itu meminta RM2 juta daripada Umno dan ia dibuat dengan pengetahuan seorang pemimpin kanan PAS.
Antara lain, wang berkenaan adalah untuk kegunaan pada pilihan raya negeri Sarawak dan cara untuk menjatuhkan DAP.
Rakaman audio selama seminit 18 saat itu dikatakan mempunyai sambungan yang akan didedahkan kemudian.

Malaysiakini sedang mendapatkan respon daripada pemimpin-pemimpin PAS yang dinamakan itu berhubung dakwaan tersebut.

Bagaimanapun PAS Kelantan melalui Setiausahanya, Datuk Ceh Abdullah Mat Nawi menyifatkan dakwaan itu satu fitnah yang perlu dibuktikan.
"Satu usaha jahat yang tidak berpaksikan kepada politik realiti, tetapi politik fitnah, persepsi atas keyakinan bahawa walaupun perkara tidak benar, tetapi disebut banyak kali, maka akan dipercayai orang.
"Konsep ini Islam tidak terima, konsep yang mana kita saja-saja memburukkan seseorang dengan menyatakan banyak kali supaya dipercayai," katanya di Kota Bharu, hari ini.

[VIDEO] Saya Tak Pernah Beli Kuda""Saya tak ada kuda," Dr M jawab Najib




Seperti dijangka Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan membiarkan kritikan secara langsung seteru politiknya berlalu begitu saja.

Ekoran isu bijirin mahal dari Amerika Selatan, quinoa, Datuk Seri Najib menyindir Dr Mahathir dengan menggunakan 'peluru' kuda.

Kata Najib berbanding quinoa, kos memberi makan kuda Dr Mahathir jauh lebih mahal berbanding diet sihat yang diamalkannya.

Hari ini Dr Mahathir 'menempelak' semula Najib dengan menjelaskan beliau tidak memiliki kuda di Argentina, sebaliknya ia adalah milik rakan beliau di sana.

[ROS LULUS ATAU TIDAK] HARAPAN guna logo tunggal hadapi PRU14


Pakatan Harapan (HARAPAN) sudah bersedia untuk bertanding di bawah satu lambang, kata pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut beliau keputusan itu diambil pada mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Petaling Jaya hari ini.
Kata Dr Mahahir pendirian berkenaan diambil ketika Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih membisu mengenai status gabungan berkenaan.
"Ini adalah keputusan kami, iaitu semua parti (dalam HARAPAN) akan bertanding menggunakan satu logo.
"Sama ada permohonan pendaftaran kami diluluskan atau sebaliknya, kami akan menggunakan satu logo sebagai identiti pada pilihan raya umum (PRU) akan datang," katanya.


Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu dan Pengerusi DAP Tan Kok Wai.
Langkah untuk mendaftarkan HARAPAN bermula sejak 24 Julai 2017 apabila mereka menghantar draf perlembagaan kepada ROS secara dalam talian.


Kata Dr Mahathir proses menggunakan perkhidmatan dalam talian itu dibuat atas persetujuan dan kehendak ROS sendiri.
Empat hari kemudian HARAPAN dinasihat supaya membuat ubah suai pada logo mereka bagi menampakkan nama penuh gabungan berkenaan.
Pada 30 Jan lalu Dr Mahathir memberitahu ROS masih tidak memberikan sebarang kata putus mengenai status pendaftaran HARAPAN dan mendakwa ia disengajakan untuk mengganggu persediaan gabungan terbabit menghadapi PRU ke-14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya Ogos ini.
Akhirnya pada 21 Feb lalu Malaysiakini melaporkan HARAPAN memulakan proses perundangan bagi menyaman ROS kerana agensi terbabit didakwa gagal memberi maklum balas terhadap permohonan mereka untuk didaftarkan secara rasmi.
Kata Dr Mahathir semua parti bersetuju menggunakan lambang sama namun keputusan belum dibuat mengenai logo apa yang terpilih bagi mewakili calon-calon HARAPAN.
Pada masa sama kata beliau HARAPAN akan meneruskan proses perundangan ke atas ROS dan ia akan didengar di mahkamah pada Khamis ini. -MK

[KES MOHON KELUAR ISLAM] ABIM: Bertenang, hormati keputusan mahkamah


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Kuching hari ini.
Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa empat orang yang ingin membatalkan status agama Islam mereka tidak boleh melakukannya melalui mahkamah sivil.
"ABIM menyeru agar semua pihak dapat menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah diputuskan sebulat suara oleh lima orang panel hakim.
"Keputusan dibuat selepas meneliti permohonan berkenaan, termasuk hujah berkaitan," kata Timbalan Presiden ABIM Mohd Khairul Anwar Ismail.
Menurut Borneo Post, panel lima anggota itu sebulat suara memutuskan, berdasarkan undang-undang kes, bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kes-kes murtad.
Mahkamah Persekutuan diminta membuat keputusan sama ada Mahkamah Syariah Sarawak boleh mendengar kes murtad yang tidak diperuntukkan secara nyata dalam Ordinan Mahkamah Syariah 2001.
"Mahkamah tersebut memutuskan bahawa walaupun Mahkamah Syariah Sarawak tidak memiliki kuasa dalam kes itu, namun isu berkenaan masih tertakluk dalam bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS)," kata Mohd Khairul lagi.
Menurut beliau lagi ABIM menggesa agar isu ini tidak dijadikan isu keagamaan.
"ABIM juga menggesa agar semua pihak tidak menjadikan isu ini sebagai isu keagamaan yang boleh membangkitkan sentimen penganut agama, seterusnya berpotensi mencetuskan kemarahan dan pergaduhan yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian negara.
Hormati antara satu sama lain
"ABIM juga meminta semua pihak agar menghormati kedudukan agama Islam dan larangan mendakyahkan fahaman atau ajaran selain Islam kepada penganut agama Islam, sebagaimana yang termaktub dalam peruntukan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan," kata Mohd Khairul.
Beliau berkata semua pihak dapat bertenang dan tidak menimbulkan provokasi.
"Hal yang demikian, ABIM memohon agar semua pihak dengan jiwa besar agar dapat bertenang.
"Dan bukannya memainkan sentimen keagamaan dan perkauman mahupun menimbulkan provokasi, sebaliknya terus menghormati antara satu sama lain," katanya.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata walaupun tidak ada peruntukan seperti itu dalam Ordinan Mahkamah Syariah 2001, terdapat peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 yang boleh digunakan oleh Mahkamah Syariah.
Panel yang diketuai oleh Zulkefli turut dianggotai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop dan hakim-hakim Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan dan Tan Sri Ramly Ali.
Empat pemohon itu mengemukakan soalan kepada Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Tinggi pada tahun 2015 menolak permohonan mereka untuk membatalkan status agama Islam mereka dan keputusan itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun 2016. - MK

Rakyat DITEKAN Kiri Kanan, CEO Reen Kongsi Bank TUTUP Akaun Peniaga Kecilan

POS INI PENTING UNTUK SESIAPA GUNA AKAUN BANK PERSONAL BUAT NIAGA KECIL KECILAN .
Pada 25.2.17 saya menerima satu surat dari CIMB BANK . Isi surat (rujuk gambar ) menyatakan bahawa akaun bank simpanan saya akan ditamatkan pada 1 mac 2018 .
Saya agak blur , saya terus call beratus kali pihak cimb bank dan tidak dapat .
Harini 26.2.18 , setelah beratus kali call akhirnya dapat . Alhamdulillah ! Saya bertanyakan status akaun saya kenapa ditutup .
Pihak bank mengatakan bahawa pihak mereka akan menutup akaun bank secara berperingkat . Dibawah saya senaraikan sebab sebab akaun bank yang mereka akan tutup
*bisness kecil kecilan seperti ds , agent dll .
*terlalu banyak transaksi duit keluar masuk sebab account saving ada had . Habis tu kau banyak duit simpanan takkan nak simpan bawah katil ??? .
Saya bertanyakan kenapa akaun saya ???
Saya guna untuk bisness ialah current account .
Mereka kata ,
"Pihak atasan detect akaun cik ada melakukan banyak transaksi keluar masuk duit dalam jumlah yang banyak dan ia merupakan bisness . "
Saya cakap "baiklah . Jadi macamana pihak bank detect ? "
Mereka jawab lagi
"Pihak kami akan tahu sebab dari akaun berlainan yang memasukkan duit ataupun bank in cash deposit . Pihak kami akan buat penutupan akaun secara berperingkat walau berniaga sebagai dropship kecil kecilan sebab untuk berniaga kena buka akaun semasa . "
Allahu ! Kesiannya para surirumah yg baru nak berniaga . Takkan nak buka akaun semasa , mesti kena ada ssm , modal pun 1k kena pula bawa introducer lagi . Kena declare cukai lagi . Hatta niaga untuk rm5 jee satu barang . 😢😢😢
Saya tanya lagi
"Dan bila saya boleh buka akaun baru ? "
Mereka jawab
"Tak boleh bukak dah dgn CIMB . Dan penutupan akaun ni bukan cimb sahaja tapi semua bank buat hal yang sama . "
Ps : so harap korang jangan guna akaun personal lagi . Saya guna akaun personal bukan untuk berniaga , saya ada current acc company . Tapi banyak transaksi keluar masuk sebab saya bukan satu bisness . Dan duit akan masuk ke account saya dahulu baru dimasukkan ke akaun company .
Share semoga ramai lagi tak jadi mangsa macam saya . Tiada budi bicara lagi . Mereka mendapay arahan dari pihak atasan .
Reen ,
CEO Reen Group Holdings .
#reenbeauty #reencosmetic

Monday, February 26, 2018

kisah sedih menunggu BR1M yang Tak Masuk


MCA: Nazri tak ada hak minta Kuok lepaskan kerakyatan


Serangan pemimpin Umno terhadap tokoh perniagaan Tan Sri Robert Kuok dengan dakwaan memberi dana kepada parti pembangkang boleh menjejaskan perpaduan kaum, kata MCA.
Setiausaha Agung MCA Ong Ka Chuan dalam satu kenyataan berkata tuduhan yang dilemparkan beberapa pemimpin Umno dan Raja Petra Kamaruddin merupakan percubaan menyebarkan kebencian dan perpecahan.
"Mangsa (kepada tuduhan itu) bukan saja Kuok, tapi juga hubungan antara kaum," kata Ong.
Ong turut memetik Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang menggesa Kuok melepaskan kerakyatan.
"Menteri Pelancongan tidak ada hak meminta mana-mana rakyat Malaysia melepaskan kerakyatan. Itu bukan bidang kuasanya," katanya.
Ong menekankan Kuok bukan saja ahli perniagaan yang berjaya, tapi juga individu yang banyak berjasa kepada negara.
Sementara itu, jurucakap MCA Ti Lian Ker berkata serangan Nazri terhadap Kuok tidak akan membantu BN dan sebaliknya memberi manfaat kepada DAP.
"Robert Kuok sebagai ahli perniagaan mempunyai hak untuk menyokong mana-mana parti yang beliau mahu.
"Secara peribadi, saya percaya beliau sebagai ahli perniagaan boleh menyokong banyak parti politik dan ahli politik sama ada daripada BN atau Pakatan Harapan.
"Tidak perlu berlebihan sehingga bersikap tidak sopan dalam perkara ini," kata Ti dalam satu kenyataan.
Ti merujuk kenyataan Nazri sebelum ini terhadap Kuok.
Ti menggesa rakan sejawatnya di BN kekal bertenang dan tidak melampaui batas.
Nama Kuok diheret ke dalam politik susulan artikel oleh raja Petra yang menuduh ahli perniagaan itu mendanai DAP dan The Malaysian Insight.
Selain Nazri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut merespons isu ini dengan mendakwa Kuok sebagai tidak kenang budi.

VIDEO Tarian Perang Pejuang Negara V/S Penyamun Negara

Pejuang Negara V/S Penyamun Negara
Credit Kepada Pengedit Video Nie..

VIDEO Ucapan Tun M di sesi Teh Tarik di Melaka


Santai Teh Tarik Bersama YABHG Ayahanda Tun Mahathir Mohamad Calon Perdana Menteri Malaysia Yg ke7

Lokasi Kampung Tampoi Melaka.


Kenapa UMNO susah hendak guna bahasa Melayu? - Rais Yatim

Rais berkata tidak susah untuk UMNO berbahasa Melayu dengan betul, sambil menasihati pemimpin parti itu supaya memelihara bahasa sepertimana mereka menjaga kuasa yang dipegang ketika ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: : UMNO diminta menjaga kedaulatan bahasa Melayu dan tidak memperkotak-katikkan penggunaannya dalam urusan harian parti.

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim berkata, situasi itu dianggap mudah dipraktikkan selain menyifatkan tiada kesukaran untuk bertutur bahasa Melayu dengan betul.

Dalam catatan terbaharu di laman Facebook miliknya, Rais memberitahu penggunaan perkataan winnable candidate seharusnya membawa maksud 'calon yang boleh menang' dan war room adalah 'bilik tindakan'.


Sebelum ini Rais dilaporkan berkata, penggunaan bahasa Inggeris oleh UMNO melambangkan parti itu seolah-olah menyertai kumpulan yang mahu 'membunuh' bahasa Melayu dalam aktiviti seharian.

BACA: Kenapa bijak pandai UMNO guna 'Back to school'? - Rais Yatim

BACA: Pembunuhan budaya: 'Dah gilo somacam dongan budayo Facebook ni' - Rais Yatim

Ketika dihubungi, Rais menegaskan tidak susah untuk UMNO berbahasa Melayu dengan betul, sambil menasihati pemimpin parti itu supaya memelihara bahasa sepertimana mereka menjaga kuasa yang dipegang ketika ini.

"Tidak apalah orang yang pegang kuasa kerap lupa sebab terlalu aksi. Kuasa macam duit juga.

"Tidak pandai jaga, ia mudah hilang. Bila hilang amat sukar hendak dapat kembali," katanya.

Rais sebelum ini berpendapat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak diyakini boleh mengatasi sepenuhnya isu kekasaran bahasa mahupun isu berita palsu di platform media sosial.

Tegasnya, ia hanya boleh diselesaikan dengan strategi pembudayaan semula selain penyusunan semula hal kemanusiaan oleh rakyat bersama kerajaan. - Astro Awani

[KENAPA?] Azmin Hadir Kerja Pakai Pendakap Leher


SHAH ALAM: Datuk Seri Azmin Ali (gambar) dilaporkan hadir bekerja pagi Isnin dengan memakai pendakap leher selepas menderita sakit belakang.

Beliau menjalankan tugas menguruskan negeri Selangor dan menghadiri acara rasmi seperti biasa walaupun terpaksa memakai pendakap itu.

"Saya rasa semakin baik pagi ini dan boleh bergerak tanpa rasa sakit yang teruk," kata Azmin.

Menteri Besar Selangor itu berkata, beliau mempengerusikan mesyuarat kewangan negeri di pejabatnya pada pukul 9 pagi Isnin.

Difahamkan, jadual beliau agak ketat pada Isnin kerana terpaksa berada di Institut Jantung Negara kemudian untuk merasmikan Skim Rawatan Jantung.

"Lepas itu, saya perlu kembali kepada latihan fisio pada pukul 4.30 petang," kata Azmin.

Beliau mengalami kecederaan itu sewaktu mengemas rumah bagi menyambut kehadiran ahli keluarga baharu iaitu cucu sulungnya.

Kata beliau, pakar bedah saraf menasihatkannya agar menjalani latihan intensif fisio selama sebulan. - mStar

Kerana quinoa 'bisnes' anak Najib diperhatikan


Tiba-tiba sejenis makanan yang diusahakan sejak ribuan tahun dulu - quinoa - popular di kalangan masyarakat. Ia disebut pada majlis dihadiri Datuk Seri Najib Razak di Bangi pada 22 Feb lalu.
Ia mudah menarik perhatian ramai kerana ia dibangkitkan secara spontan oleh perdana menteri ketika sesetengah anggota masyarakat mengeluh akibat kenaikan kos sara hidup ketika ini.
Tempias daripada polemik mengenai bijirin quinoa itu kemudian terkena kepada anak lelaki Najib, Norashman, ekoran salah satu hantarannya dalam Instagram.
Melalui gambar itu anak Najib terbabit mempromosikan produk quinoa yang dipasarkan di bawah jenama Quib.
Sekeping imej Norasham yang dimuat naik pada 2014 menunjukkan dia bergambar di depan stok quinoa, diiringi dengan kapsyen: "Amat gembira quinoa jenama kami akhirnya berada di rak (dapat dijual). Dapatkan quinoa terbaik sekarang di Grocer Village yang berdekatan."
Ia kemudian mengundang spekulasi bahawa Norashman terlibat dalam perniagaan quinoa.
Semakan maklumat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan Norashman adalah pengarah bagi Rasa Food Asia Sdn Bhd iaitu syarikat yang mengedarkan quinoa jenama Quib.
Dua lagi pengarah syarikat itu ialah Kaveh Wong Tz Toe dan Mohd Fadli Abdul Farish.
Bagaimanapun Norashman bukan salah seorang pemegang saham syarikat berkenaan. Dua per tiga syarikat itu dikuasai Mohd Fadli manakala selebihnya oleh Wong.
Melalui laman sesawang Quib, qunioa organik mereka dijual pada harga RM29.50 untuk paket 400g, manakala bungkusan seberat 25kg dijual pada harga RM1,250.


Pada Khamis lalu Najib memberitahu beliau menggantikan beras dengan quinoa sebagai dietnya untuk menjaga kesihatan.
Kata perdana menteri quinoa itu diperkenalkan oleh anak lelaki beliau.
Sehari kemudian Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengeluarkan kenyataan untuk menegaskan Najib diet diambil perdana menteri itu tidak bergantung kepada quinoa semata-mata.
Malah kata PMO diet berkenaan disarankan oleh doktor, selain Najib giat melakukan senaman untuk menjaga kesihatan.
Kenyataan dibuat Najib itu segera mengundang reaksi daripada pemimpin pembangkang. Antaranya ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - MK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews