pages

Saturday, January 6, 2018

Subky: PAS jangan seronok dipuji Najib


Seorang veteran PAS berkata, parti itu tidak sepatutnya berasa seronok atau selesa apabila mereka dipuji Datuk Seri Najib Razak.
Kata Subky Latif, sikap yang betul buat PAS ialah jangan gembira apabila disangka baik oleh perdana menteri walaupun anggota parti mungkin tidak pernah seronok dengan caci-maki Umno selama ini.
Kejian itu, kata Subky, seolah-olah menunjukkan PAS tidak pernah mempunyai apa-apa yang baik padanya.
"Tetapi itu adalah lebih baik buat PAS," katanya dalam tulisan terbaru disiarkan Harakahdaily hari ini.
Untuk rekod Subky adalah bekas pemimpin kanan PAS yang pernah menjadi pengarang di Utusan Melayu, serta mengisi beberapa jawatan penting parti. Antaranya ketua penerangan serta anggota Jawatankuasa Pusat PAS.
Berbanding kebanyakan pemimpin semasa PAS, pandangan Subky biasanya dilihat lebih rasional dan terbuka walaupun masih terikat dengan arus perdana parti berkenaan.


Kata Subky pemimpin PAS pernah berpesan kepada penyokong parti itu bahawa mereka mesti berwaspada apabila dipuji musuh.
"Musuh itu sifatnya tidak pernah selesa dengan musuhnya. Apabila musuh kata kita baik, maka perkara pertama yang perlu diperhatikan, mengapa (kita) dipuji musuh?
"Kita kena kaji kemungkinan adanya yang tidak betul daripada kita apabila dipuji musuh. Tidak baiknya jadi persepsi pertama. Kebaikannya jadi perkara kedua," katanya lagi.
Akan dicurigai musuh
Ketika PAS kekal sebagai parti pembangkang, parti itu dilihat terus mesra dengan Umno. Sebahagian kenyataan dibuat presidennya menguatkan lagi tanggapan umum kepada PAS.
Turut menjadi perhatian ialah pujian diberi Najib kepada PAS dalam sekurang-kurangnya dua insiden.
Pertama semasa Najib memberi ucapan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno pada Disember tahun lalu, dan semasa berucap sempena tahun baru.
Dalam ucapan meraikan kedatangan 2018, Najib memuji Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dianggapnya "lebih baik".
"Kami daripada parti berbeza, tetapi kami mengatasi perbezaan itu atas maslahah kepentingan umum, seperti menyokong perjuangan Rohingya dan rakyat Palestin," kata perdana menteri.


Kenyataan itu kemudian dianggap "ikhlas" oleh Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.
Pada masa sama Ahmad Fadhli juga berpendapat Najib juga "boleh menjadi pembangkang yang baik" jika diberi peluang.
Kata Subky kedudukan yang selesa bagi PAS ialah apabila parti itu terus dikutuk seperti pernah dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dulu.
"Budaya politik matang dan sejahtera yang PAS layari sekarang memanglah suatu yang baik, tetapi apabila dipuji Najib (ia) menyebabkan PAS boleh tidak seronok. Yang PAS mahu ia digemari oleh sekalian rakyat dan rakyat menyokong," katanya.
Menurut Subky beliau memang sudah menjangkakan kesan pujian Najib itu PAS akan semakin dicurigai pihak lain.
Sebelum ini katanya PAS 'dibelasah' oleh parti yang pernah menjadi sekutu mereka dalam pilihan raya umum lalu. Apabila dipuji perdana menteri, katanya, semakin bertambahlah celaan mereka.
"PAS tidak minta Najib memujinya. Bukan salah PAS apabila dipuji Najib.
"Sepatutnya Najiblah yang disalahkan kerana pujiannya yang dua kali itu menyebabkan seteru PAS yang lain bertambah marah kepadanya.
"PAS tidak marah kepada yang lain apabila mereka marah PAS dan tidak boleh berkecil hati dengan Najib apabila pujian itu menyusahkan PAS.
"Pada PAS, Najib kekal berkuasa tidak menguntungkan PAS dan rakyat, dan Najib dikalahkan oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) pun ia tidak menguntungkan PAS dan rakyat," katanya.
Pendirian itu berlaku, kata Subky, kerana jika BN dikalahkan HARAPAN, perubahan yang berlaku ialah "orang" dan bukannya "sistem".
- mk

4 comments:

  1. PAS pun tak pernah ikhlas...

    ReplyDelete
  2. Najib sgt takut dgn PKR,dap dan amanah....Tun dan bersatu xperlu terlibat.... confirm pembangkang menang.....Anwar adalah PM....Zuraida menteri kanan
    ....bole pujuk ajak pas join pembangkang jgk...hj Hadi lantik TPM....habis cerita

    ReplyDelete
  3. Ganti orang dulu boh... Sistem diterajui oleh orang bukan berlaku sendiri.... BN kekal sistem kekal Pakatan perintah sistem akan berubah. PAS perlu pilih salah satu sbg rakan strategic BN atau Pakatan. Bersendirian maknanya PAS bunuh diri akan terus kalah...Sebaliknya kalau sertai salah satu parti BN atau Pakatan peluang utk turut serta dlm kerajaan masih ada spt di Selangor.

    ReplyDelete
  4. Kalau bersama sama dalam hal kebaikan umat islam takpe, nak puji ke nak diam je pun takde hal bagi PAS. Yang mengelepar sangat PH kenapa?

    Sbb mereka tahu pengaruh PAS boleh merosakkan rancangan mereka menghancurkan niat mereka nak berkuasa. Wlaupun mereka akan menghancurkan kuasa umat melayu, menghancurkan perlembagaan negara. Sebab DAP pasti agenda utamanya bila berkuasa mahu mencabut perlembagaan yang menletakkan melayu lebih berkuasa. Menolak agama Islam lebih dominan. Kemudian puakmelayu liberal dalam PKR, AMANAH dan yang jahil dalam BERSATU akan angguk kepala sebab bimbang akan hilang jawatan dalam kerajaan. Sebab DAP akan ugut tarik diri dari PH. check mate.

    Dalam kebencian meluap terhadap penyelewengan UMNO ke atas bangsanya sendiri akan menyebabkan umatvmelayu hilang sabar dan hilang kewarasan. Inilah dilema kita sekarang, tersepit sepat. Cina kafir sudah berkira-kira apa percaturan seterusnya. Bila nak check mate ke atas kuasa King Maker melayu.

    Semoga Allah selamatka negara ini dan umat melayu daripada diperdaya musuhNya yang pandai bersandiwara dan menyimpan pisau di belakang pinggangnya. Bila -bila masa sahaja akan menghiris tengkuk umat Islam. Ingatlah apa terjadi kepada umat Islam di Ughyur, Umat Islam di selatan Thai, Umat Islam di Rohingya bila kuasa umat melayu dipercaturkan kerana gila kuasa kumpulan hipokrit melayu yang nak berkuasa PPBM, UMNO, PKR, AMANAH ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com