SILA KLIK

pages

Thursday, January 11, 2018

Serang Polis, Pelakon Datuk Farid Kamil Ditahan


Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil ditahan selepas dipercayai mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Farid hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

"Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi '300 artis hutang ah long'.

"Dia tiba-tiba bertukar berang sebelum menampar anggota polis berkenaan yang turut disaksikan oleh seorang anggota lain dan tiga orang awam.

"Selain menampar polis dia turut menyepak dua orang awam lain," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam pada itu, Mohd Zani berkata, Farid kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Sementara itu, Utusan Online melaporkan, Farid disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing sedang dijalankan terhadapnya. - mStar

3 comments:

  1. MINTAK NASIHAT DARI TUN MAMAK SAKAN
    AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR KONON
    TAK SAMPAI SEBULAN TUHAN DAH TUNJUKKAN
    NI LA BALA BILA HUKUM TUHAN DI PERMAINANKAN
    COMANGO PLURALIST AMALAN ANAKCUCU TOK WAN......


    LU FIKIR LA SENDIRI.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya farid kamil tempeleng macai binawe kat atas ni..

      Comango pluralist apak kau..!!

      Delete
    2. anon kat atas ni mmg layak sokong umgok..perangai mcm ni normal utk mereka..tgk bahasa dia pon dah tau perangai mcm mana..comango pluralist tu kau sembang ja tp tak tau apa..

      yg Menteri pompuan UMNO tu dikatakan lesbian kau senyap pulak..dlm MCA MIC ug sokong LGBT kau senyap pulak..ni la namanya perangai syaitan..ckp pasal org caci pasal porg tp diri sendiri tak nampak..

      org mcm kau yg bg Melayu lingkup..

      Delete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com