pages

Thursday, January 4, 2018

Saya tak akan jadi PM sampai usia 100 tahun - Dr M




Walaupun tidak menyatakan dengan jelas, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata soal sama ada beliau perlu dinamakan sebagai calon perdana menteri "sementara" bagi Pakatan Harapan (HARAPAN) atau tidak bukanlah perkara besar, memandangkan usianya yang sudah lanjut.
"Tahun ini usia saya 92 tahun. Saya sudah nak masuk 93 tahun. (Dan) Jelas saya tidak akan menjadi perdana menteri atau apa sahaja sehingga berusia 100 tahun," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Ditanya lagi sama ada HARAPAN perlu menggunakan istilah "perdana menteri sementara", beliau berkata: Terpulang kepada mereka (parti komponen). Kami adalah pakatan bebas, kami boleh menggunakan apa sahaja istilah yang kami mahu."
Semalam, Malaysiakini melaporkan PKR lebih cenderung untuk menggunakan istilah "perdana menteri sementara" manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP berpandangan istilah itu tidak akan memberi kesan seperti yang mereka harapkan.
Menurut sumber, istilah itu tidak mendatangkan keyakinan dan menimbulkan tanggapan HARAPAN tidak mampu untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil.
Malaysiakini juga melaporkan yang HARAPAN dijangka mengumumkan Mahathir sebagai calon perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri ketika konvensyen gabungan itu Ahad ini.
Soal istilah itu dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN esok. Pengumuman tersebut akan dibatalkan jika tiada kata sepakat dapat dicapai antara semua parti komponen.
Mengulas laporan Malaysiakini itu, Mahathir berkata beliau akan akur dengan keputusan keempat-empat parti.
"Saya akan ikut keputusan kesemua empat parti," katanya.
Berkenaan pendirian PKR dalam soal itu pula, Mahathir berkata beliau tidak tahu kerana parti tersebut "tidak memaklumkan apa-apa".

5 comments:

  1. Tu la aku dah kata PKR tu bangang...nantila tengok PAKATAN HARAPAN akan hancur disebabkan PKR bangang.Aku puji DAP walau pun umumnya ianya sebuah parti cina tetapi mereka konsisten dan menaroh kepercayaan kepada rakan2 dalam PAKATAN.....PKR ni pula asyik2 nak lantek Jijah je jadi TPM!!??.....sesuai ke tuu??....sedangkan Sultan Selangor pun rejek Jijah nak jadi MB......apa sebah?? ...sebabnya memang tak sesuai langsong Jijah nak jadi Mb....dahla perempuan, tua pulok!!....aku yakin dan percaya sekiranya Jijah dilantek menjadi TPM maknanya PAKATAN HARAPAN menempah kekalahan terok!!...
    Ikhlas aku kata memang Tun pun sudah tidak sesuai dah untuk dilantek sebagai PM....tetapi apakan daya dengan keadaan sekarang Tun amat diperlukan....memandangkan dengan pengalaman2 beliau selama 22th memerentah Negara dengan begitu berjaya sehingga disegani oleh dunia.Tetapi aku nak tanya lagi....apa pula kejayaan Jijah??... selain dari menjadi boneka kepada Anuar!!...fikir2kanlah wahai orang2 PKR yang bangang.Ubah2kanlah sikap ego kamu2 semua jika inginkan kejayaan didalam PRU14 nanti.Melainkan jika kamu mahu kepada kekalahan silakanlah teruskan keegoian kamu itu sehingga Selangor pun akan kembali kepada BN.Kalau itu terjadi baru padan dengan muka kamu wahai orang2 PKR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib pun tak sesuai, jijah pun gak sesuai. Zahid dengan Tun M saja yg masih layak. Jasi elok pertembungan ni diketuai oleh Tun M lwn Zahid

      Delete
  2. Punya banyak parti dalam pembangkang, ngaku tada calon PM hahahaha

    Dah tahu xyah dok bertandingla oooiii...bungkusla jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUKAN XDE ORANG YANG LAYAK JADI CALON PM DALAM PAKATAN HARAPAN, TAPI SEMUA ORANG DALAM PAKATAN HARAPAN NI HANYA BERJUANG UNTUK RAKYAT DAN X KEJAR JAWATAN PM.MENJADI PM BUKAN KEUTAMAAN KEPADA MEREKA.BUKAN MCM BARISANG,ASYIK BERGADUH,RASUAH DAN SALING MENJATUHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN SEBAB BEREBUT JAWATAN.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com