innity

pages

Friday, January 5, 2018

['POWER'NYA ISA'] Isa Samad minta tangguh beri keterangan: KPN


KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, yang sepatutnya memberi keterangan berkaitan kes penukaran hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak, semalam, meminta penangguhan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata sebaliknya Isa dijangka memberi keterangan hari ini.
"Pagi tadi (semalam) saya dimaklumkan Tan Sri Isa akan memberi keterangan di Menara 238 (Ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial) pada jam 10 pagi.
"Namun saya kemudian menerima maklumat yang beliau tidak dapat hadir hari ini (semalam).
"Ini kerana beliau (Isa) minta tangguh sehingga esok (hari ini)," katanya ketika dihubungi BH, malam tadi.
Semalam, pada satu sidang media di Putrajaya, Mohamad Fuzi memberitahu wartawan bahawa Isa dipanggil untuk direkod keterangan berhubung isu pemindahan hak milik tanah FELDA bernilai lebih RM250 juta yang meragukan.
BH sebelum ini melaporkan FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak di sini, yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.
LAPORAN eksklusif BH mengenai FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, pada Disember 2017.
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.
Isa adalah Pengerusi FELDA dari 2011 hingga Januari 2017; Pengerusi FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017
Pada 12 Disember lalu, FELDA membuat laporan berhubung kemungkinan berlaku penipuan dalam urusan penukaran hak milik tanah miliknya di Jalan Semarak, oleh syarikat Synergy Prominade Sdn Bhd.
Kes disiasat sebagai penipuan dan pemalsuan dokumen mengikut Seksyen 420 dan 471 Kanun Keseksaan.

6 comments:

  1. Malaysia tidak zalim...kalau di negara lain dah kena hukum tembak jika terbukti...
    Di Malaysia, Ketua Menteri selamba aja bila didakwa ( belum terbukti, ditangguh oleh Orang Kena Dakwa)..

    ReplyDelete
  2. Minta tangguh untuk cari dalih lain.. Haprak betul...

    ReplyDelete
  3. Kawan najib ni boleh mintak tangguh pulak ye?? Cuba kalau org biasa, atau org pakatan pedulik ape pagi,petang ke tengah malam pun redah je ,masa tu jugak dia krna angkut ........tapi kalau orang UMNO, Boleh kawtim pulak ye.......

    Negara ni ade 2 set undang undang ke?

    ReplyDelete
  4. Kawan2 tengok aje ler. Episod wayang kulit seperti Drama Kasitah Gadam menjelang PRU KE 13 akan berulang. Kali ini Drama abad ini akan di bintangi oleh super hero dibawah latihan SUPER MORON. Bintang drama inialah TAN SRI ISA ... Kadirah pun Tan Sri. Nampak nya Hotel Bamboo River banyak di kunjungi oleh orang kaya bergelar.

    Malangnya negaraku

    ReplyDelete
  5. Ape eh rahsia najib yg dia pegang? Hehe... Sape tau?

    ReplyDelete
  6. Minta tangguh...dibenarkan..adalah diplomasi terbaik..

    Jangan politikan semua perkara.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com