pages

Tuesday, January 2, 2018

POOL PARTY DI PERAK: Netizen DESAK AMBIL TINDAKAN terhadap Penganjur

Pengguna laman sosial di Facebook mendesak kerajaan menjalankan siasatan terhadap penganjur parti dalam kolam (pool party), yang diadakan sempena sambutan tahun baru 2018 di taman tema air terkemuka, Lost World of Tambun.
Rata-rata netizen meluahkan kekesalan apabila acara sambutan sebegitu diadakan di Malaysia, yang disifatkan sebagai melampau dan keterlaluan.
“Rasanya sambutan macam ini pernah nak buat, tetapi dapat bantahan. Di Perak pula terlepas,” tulis Azlan Ali.
“Pihak berkuasa patut ambil tindakan keras pada penganjur,” tulis Johari Razali.
Pemilik akaun, Eisya Fadzin berkata, penganjuran acara seperti itu jelas mengikut budaya Barat, malah katanya ia dilihat terlalu bebas.
Yuswan Al-Teluk Intani pula mendesak jabatan agama supaya membuat pemantauan dan menyiasat berkenaan penganjuran itu.
“Mohon pihak berkuasa bandar, PBT (pihak berkuasa tempatan), pihak berkuasa agama mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ini,” tulis Ahmad Mat Amin.
“Terikut dengan cara Barat inilah padahnya, lelaki perempuan bercampur kejinya,” tulis Ammayatasaalun Ammayatasaalun.
“Ya Allahurabbi, apa nak jadi dengan generasi muda sekarang ini,” tulis Norliza Che Ahmad.
Sejak semalam, satu video tular menunjukkan sambutan tahun baru berbentuk acara parti dalam kolam (pool party), bercampur antara lelaki dan perempuan.
Berdasarkan carian Ismaweb, parti itu adalah salah satu acara dalam program sambutan tahun baru iaitu ‘2018 Magic Countdown’.
Dengan bayaran tiket serendah RM40, pelbagai acara diadakan seperti persembahan naga manusia (human dragon), bunga api dan tarian ‘glow in the dark‘ dengan iringan musik rancak.

2 comments:

  1. Melayu pun ramai gak

    ReplyDelete
  2. Cina ipoh memang suka benda-benda camni, lebih2 kalau dapig dah memerintah nanti.. hak asasi la katakan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com