innity

pages

Tuesday, January 2, 2018

Perhimpunan Agung PPBM SAH mengikut perlembagaan parti


KUALA LUMPUR : Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diadakan baru-baru ini dilaksanakan mengikut perlembagaan parti.

Menurut Setiausaha Agungnya Dr Shahruddin Md Salleh, PPBM tidak mengadakan persidangan cawangan kerana setakat ini belum ada satu cawangan pun yang telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

"PPBM pada waktu ini masih dalam proses mendaftarkan cawangan-cawangan di seluruh negara," jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Selain itu, Dr Shahruddin berkata persidangan di peringkat bahagian juga tidak diadakan kerana menurut tafsiran perlembagaan PPBM, persidangan bahagian hendaklah diadakan setelah bahagian-bahagian cukup tempoh setahun penubuhannya.

"Ini bermakna, bahagian PPBM yang paling awal didaftarkan akan genap tempoh setahun penubuhannya pada 24 Julai 2018. Selepas itu barulah boleh diadakan persidangan bahagian untuk memilih perwakilan ke Perhimpunan Agung," kata beliau.

Tambah Dr Shahruddin, Timbalan Menteri dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed sepatutnya boleh memperolehi fakta ini dengan mudah daripada pejabat Pendaftar Pertubuhan jika beliau membuat semakan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

"Sebagai seorang Timbalan Menteri di sebuah kementerian yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal pertubuhan, beliau sepatutnya bersikap lebih profesional.
"Ternampak jelas bahawa kenyataan beliau itu tidak bersasaskan fakta yang tepat, tetapi dibuat dengan bermotifkan politik," kata beliau.

Nur Jazlan sebelum ini menyatakan bahawa Perhimpunan Agung Tahunan PPBM yang telah berlangsung pada 30 Dis tahun lepas tidak mengikut perlembagaan parti.

Ini kerana menurut beliau PPBM tidak mengadakan persidangan di peringkat bahagian dan cawangan terlebih dahulu sebelum Perhimpunan Agung diadakan. - Astro Awani

3 comments:

  1. Nur Jazlan nih yang pengerusi PAC sebelum diberi 'promotion' berdegar nak siasat 1MDB! Sudah dia naik kepala otak dia pusing terus jadi "...if you can't beat them, join them...!"

    Apa nak heran kenyataan sebegini.

    ReplyDelete
  2. Nyata nurjalang terkucil otaknya

    ReplyDelete
  3. Sah kena tipu dengan pembodek mamak kerala... Dulu tipu ROS kata dah buat AGM, sekali ROS periksa AGM 12 orang je hadir...

    Lepas tu tipu kononnya armada dah disahkan dalam perhimpunan agung syok sendiri.... ROS cek lagi, kelentong je setiausaha parti munge tu...

    Kali ni mampus, kalau ROS periksa satu mesyuarat bahagian dan cawangan pun tak pernah dibuat... Macam mana boleh pilih perwakilan pulak..???

    Takkan setiausaha dan moohidin nak pergi jumpa ROS minta pengecualian lagi...??? Undang-undang tubuh parti sendiri pun tak hadam... Ada hati nak jadi pemerintah... PRU kelak jadi calon pilihanraya guna lambang dapig je la... Lambang babi....

    Muahahahahahahahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com