innity

pages

Friday, January 12, 2018

Pengundi Pas memang setia tapi...


Pas mempunyai penyokong yang setia terhadap parti berkenaan.

Bagaimanapun menurut Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, semangat penyokongnya itu, tidak menjamin kepada kemenangan parti berkenaan.

"Tengok kepada 'mood' sekarang ini penyokong Pas itu agak stabil.

"Kalau merosot sedikit sahaja tapi untuk menang saya nampak agak sukar," katanya kepada Sinar Online selepas menjadi tetamu bagi program FB Live Sinar Harian, semalam.

Katanya, penyokong Pas agak istimewa sepertimana juga penyokong BN.

"Pengundi Pas sama jugak dengan BN agak solid tak banyak terjejas," katanya.

Justeru, katanya Pas memerlukan penyokong-penyokong parti lain untuk memenangkan parti mereka dalam PRU nanti.

Dalam pada itu Mohamad Redzuan turut menolak bahawa dalam PRU14 nanti akan berlakunya Tsunami Melayu.

"Saya beberapa kali menyertai 'survey' turun padang, saya tak nampak tsunami melayu ini,walaupun tak puas hati tu ada terhadap BN," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meningatkan Pakatan Harapan agar tidak memandang rendah akan 'kehebatan' Umno.

"Walaupun ada sisi buruknya, kita kena ingat ada jasa Umno yang diingati oleh orang Melayu.

"Jadi jangan padang rendah akan Umno," katanya. - SH

4 comments:

  1. Ulasan yang Cuba alih perhatian rakyat
    Hakikatla pakatan harapan pilihan terbaik dan telus

    ReplyDelete
  2. UMNO dah jadi keta burok dh Prof oiii... Nak overhaul dh mahai sngt, baik beli keta baru ja.
    APA pun yg patut kita tengok ialah siapa yg pandu keta tu.
    Kalau pemandunya pun peksa lesen pun tak pass jawabnya kelongkang LA kita. Analogy mudah utk kefahaman kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaek bro..i like ur analogy..

      Delete
  3. bak kata seseorang tu...lupakan mokhtar senik...lupakan ahmad maslan..depa ni semua pusing habih trotel pon tak jalan..sbb cpu dah corrupt..kena cari sheila majid..sbb dia tak buat keputusan lagi nk undi siapa...dan sheila majid ramai...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com