pages

Thursday, January 11, 2018

[CALON PM BUKAN TAK ADA] Azmin, Mat Sabu dan Wan Azizah tak sama macam Dr Mahathir, kata Amanah

Amanah mempertahankan keputusan Pakatan Harapan (PH) dalam mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali sebagai perdana menteri, dengan berkata ia mengambil kira sentimen sebahagian pengundi Melayu yang sukar untuk menolak Umno pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata gabungan itu bukan ketiadaan calon berwibawa, dan boleh saja menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Datuk Seri Azmin Ali atau Presiden Amanah Mohamad Sabu.
“Kita boleh letak Mohamad Sabu, kita boleh letak Azmin Ali, kita boleh letak Kak Wan, tetapi hakikatnya keyakinan orang Melayu terhadap seseorang itu tak sama seperti keyakinan terhadap Dr Mahathir, kerana Dr Mahathir pernah jadi perdana menteri,” katanya dalam program Fokus terbitan Amanah yang disiarkan langsung menerusi Facebook malam tadi.
Khalid mengulas kritikan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan di kalangan penyokong pembangkang terhadap pengumuman PH pada konvensyen Ahad lepas untuk melantik Dr Mahathir, 92, sebagai perdana menteri sekiranya menang pada PRU akan datang.
PH turut mengumumkan akan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah melalui proses undang-undang untuk membolehkan beliau aktif semula dalam politik.
Khalid menafikan pembangkang tidak mempunyai calon perdana menteri sehingga “mengitar semula” Dr Mahathir, yang pernah menerajui kerajaan selama 22 tahun.
“Yang ada di dalam Pakatan Harapan ini bukan bodoh-bodoh… yang masuk dalam Pakatan Harapan ini, yang bersama dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan ini, semuanya orang yang mempunyai kefahaman dan mempunyai prinsip, ada kemampuan tapi rakyat tak tahu,” katanya.
Khalid berkata kehadiran PPBM sebagai parti berasaskan Melayu dalam pakatan pembangkang kali ini memberikan peluang untuk mendekati pengundi tegar Umno termasuk di luar bandar.
“Macam undi daripada orang-orang tua di kampung, orang-orang Felda dan sebagainya yang dah karat (dengan) Umno-BN ini… Kita nak mereka undi kita supaya jumlah undi kita bertambah,” kata Khalid.
Menurutnya, sebelum ini apabila pembangkang memasuki kawasan Felda, tidak ramai yang hadir.
“Tapi sekarang bila Dr Mahathir bersama, maka ramai yang keluar dan ini adalah satu perkara yang kita tak boleh nafikan, bahawa ada satu lonjakan baru tambahan yang dibawa Dr Mahathir.
“Itu sebabnya kita dia diletakkan calon perdana menteri.” - FMT

6 comments:

  1. Apa? rakyat tak yakin dgn mat sabu, wan azizah dan azmin? Hakikatnya memang dari dulu rakyat tak yakin dengan ahli parlimen PAN. Jadi ahli parlimen pun dengan bawa lari position tu dari PAS hingga ada yg sanggup melanggar baiah... kita tengoklah nanti malapetakan parti PAN ni!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiah ni apa lancau ?

      Delete
  2. Pemilihan Dr.Mahadhir sgt tepat..mmg beliau berumur 90 lebih..tapi bukan kudratnya yg kita mahukan..tetapi akal dan pemikirannya yg kita perlukan untuk memacu Malaysia yg kian busuk namanya dimata dunia..

    ReplyDelete
  3. Anon:11.41...Kita sama2 nntikan PAN ka atau Parti Suci yang akan tersungkoq...Blogger MSO dlam postingnya....'PINGGIRKAN PAHAT DAN MURAI'

    ReplyDelete
  4. Yeop,

    Mintak PH tampal gambar Dr.Maharhir sebagai simbol PH atas kertas undi PRU 14. Bungkus umno.Gerenti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com