innity

pages

Monday, January 22, 2018

Beruntungnya penceroboh tanah di Malaysia, dengan syarat atas nama agama


ISU ini amat sensitif kerana melibatkan campur tangan pihak istana dan sensitiviti agama. Hakikatnya, tanah telah diceroboh. Pedang hanya mampu berkongsi beberapa komen di Facebook berkenaan isu ini.
“Beruntungnya penceroboh tanah di Malaysia, dengan syarat atas nama agama. Tidak dihukum, bahkan dapat tanah dan duit lagi.”
“Hakikat yang pening difikir. Dah dapat tanah baru untuk pindah. Tapi tapak lama makin aktif. Tapak baru makin meriah. Double untung.”
“Buat ‘ikut dan’ aja depa ni. Jumpa pokok tang mana-mana, ikat kain, bertahun-tahunlah duk tang tu. Lepaih ni kena ada enakmen ‘ikat kain secara haram di batang pokok atas tanah orang’, itupun kalau pemerintah berani ambil tindakanlah.”
“Di sekitar negeri xxxxx ,depa buat binaan di reserve jalan.. menjadi-jadi.. bila peniaga Melayu berniaga tepi jalan cukup laju dihalau dan dirobohkan kedai-kedai.”
“Manual dah hilang ni. Manual digunakan sekarang manual hawa nafsu.”
Kata Pedang: Hakikat yang terlalu pedih untuk ditelan.
Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

KITA TINGGALKAN PARTI PAS, TAPI JANGAN TINGGALKAN AHLI PAS


Oleh : Jamzuri Ardani

KITA TINGGALKAN PARTI PAS, TAPI JANGAN TINGGALKAN AHLI PAS.

Malam tadi selepas program Bicara Khas di studio OrenTV aku menemani YB Hj Mahfuz makan roti Pakistan di Restoran Pak Punjab di Jalan Ipoh. 

Lepas tu aku hantar dia balik rumah anak dia di Bdr Bukit Mahkota. Banyak perkara yang kami bualkan di sepanjang perjalanan.  Beliau masih menjadi mentor politik yang baik untuk aku sejak aku berkecimpung sbg aktivis politik sejak dari zaman pemuda lagi.

Diantara banyak perkara yang kami bualkan itu, ada satu pesanan beliau yang amat menyentuh perasaanku. Dia kata, “Kita ni cuma tinggalkan PARTI Pas, tapi kita jangan tinggalkan ahli-ahli Pas.  Mereka adalah kawan-kawan kita yang selama ni membantu dan mendoakan kita. Paling tidak pun kita jangan tinggalkan mereka dalam DOA kita.  Kita terus berdoa untuk kebaikan buat mereka”.

Allahurabbi ... bagai nak runtuh jantung aku mendengar pesanan beliau.

Sunday, January 21, 2018

Shahbudin: Biar Malaysia Cipta Rekod, Kleptokrat DITUMBANGKAN lelaki 93 TAHUN


Oleh : ShahbudinHusin 

Dahulu macam-macam perlekehan dilontarkan kepada Tun Mahathir Mohamad apabila beliau memulakan langkah untuk menyingkirkan Najib Razak, UMNO dan BN.

Ada seorang pemimpin UMNO berkata, “jangan bimbang dengan bekas Perdana Menteri itu, beliau sudah tua dan baling gelas pun tidak pecah dengan kudratnya.”

Hari demi hari berlaku dan apabila Tun Mahathir menunjukkan kesungguhan dan komitmen luar biasanya sehingga akhirnya dipersetujui untuk mengetuai Pakatan Harapan dan seterusnya dipilih sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan itu berjaya menumbangkan UMNO dan BN, selain berjaya memuktamadkan pembahagian kerusi, rata-rata pemimpin UMNO jadi lintang pukang dibuatnya.

Lebih kalut apabila Tun Mahathir menyebut tiga kawasan Parlimen bakal ditandinginya iaitu Putrajaya, Langkawi atau Kubang Pasu.

Mereka mula mengatakan lelaki yang berusia 93 tahun tidak boleh melakukan apa-apa untuk negara, tiada negara mahu memilih seorang yang seusia itu sebagai Perdana Menteri dan ada yang tetiba tidak faham mengapa Tun Mahathir mahu jadi Perdana Menteri semula, selain ada juga “ulama dalam semak” muncul bersuara kononnya lebih baik bekas Perdana Menteri itu mendalami agama daripada sibuk hal-hal politik.

Kenapa tiba-tiba jadi begitu pula nadanya?

Tidak malukah bercakap soal agama, berkopiah dan berserban tapi mempertahankan kleptokrat?

Jika benar Tun Mahathir tidak berupaya dan pemilihannya sebagai bakal Perdana Menteri tidak mampu menyumbang apa-apa kepada Pakatan Harapan dan negara, bukankah Najib, UMNO dan BN sepatutnya berasa gembira sekarang ini?

Seharusnya biarkan saja Tun Mahathir masuk gelanggang supaya beliau yang sudah tua dan tidak bermanfaat itu lebih mudah lagi untuk dikalahkan.

Dengan pelbagai kuasa dalam tangan, media propaganda ada beribu, wang tanpa had sehingga dedak boleh diberi berlambak-lambak, kenapa masih takut dengan lelaki berusia 93 tahun yang tiada apa-apa?

Dalam dunia politik pelbagai negara, memang tidak dinafikan banyak daripadanya sudah memilih orang muda sebagai pemimpinnya. Tetapi, lain padang lain belalangnya.

Malaysia berbeza keadaannya kerana kita ada pemimpin kleptokrat yang sedang merosakkan negara dengan kerakusannya. Keadaan ini tidak berlaku di negara-negara lain.

Jika ada pemimpin berusia 93 tahun masih sudi turun padang, mengotorkan tangan, memimpin orang muda, diterima oleh pelbagai lapisan usia dan sanggup mengenepikan segala kenikmatan hidup sebagai negarawan semata-mata untuk menyelamatkan negara dan menyingkirkan sang kleptokrat, tidakkah kita seharusnya bersyukur dengannya?

Bayangkan apa jadi kepada negara ini dan masa depannya jika Tun Mahathir tidak berbuat apa-apa dan hanya selesa berehat di rumah saja?

Beliau yang membina sebahagian daripada negara ini dan sudah tentu beliau bertanggungjawab memulihkannya semula jika dirasakan wujud elemen-elemen kehancuran yang semakin nyata.

Jangan salahlah Tun Mahathir yang  masih sudi berjuang menyelamatkan negara sehingga tiada rasa malu menyanjung kleptokrat yang sedang merosak dan bakal membawa kehancuran kepada negara.

Kita hanya boleh menyalahkan dan marah kepada Tun Mahathir kiranya beliau ingin menjadi Perdana Menteri semula semata-mata kerana kuasa dan bukan untuk menumbangkan kerajaan kleptokrat.

Jika kita sayang dan mahu negara ini terus selamat, aman dan bahagia untuk seluruh rakyatnya, marilah kita menyokong perjuangan  lelaki tua ini.

Beliau tidak berjuang untuk dirinya, malah tiada apa-apa  lagi kemewahan diperlukan dalam kehidupannya. Usahanya total untuk negara.

Biar Malaysia mencipta rekod dan sejarah bagaimana seorang kleptoktat akhirnya tumbang di tangan lelaki tua berusia 93 tahun.

Sebaliknya, terus mengekalkan Najib, tiada apa-apa rekod atau sejarah baru akan tercipta, melainkan mungkin lebih banyak siri skandal, kemewahan, pembelian barang kemas, kehilangan wang dan tergadainya tanah kepada pihak asing terus menyakitkan hati dan kehidupan kita. (ShahbudinHusin 21/01/2018)

Saturday, January 20, 2018

(APA KATA DR MAZA) Zamihan nasihat Dr M bertaubat, jangan kembali berpolitik

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bertaubat atas kesilapannya sepanjang 22 tahun memerintah negara dan jangan terbabit dalam politik lagi.

“… masa kita berkuasa kita buat macam-macam. Kita sanggup keluarkan arahan yang melukakan hati rakyat, meragut nyawa rakyat. Tetapi bila orang lain memerintah kita kata tak betul, tak benar, tak maju, tak patut.

“Bagi saya, orang tua yang sudah berkuasa lebih 22 tahun sepatutnya masuk pondok, mengaji kitab, zikir banyak-banyak, bertaubat mohon maaf kepada manusia atas kesilapan yang lalu.
“…dan membuat amal jariah yang banyak untuk akhirat. Sepatutnya tak payah fikir politik kalau sudah tua bangka, nak dekat mati ini,” katanya dalam wawancara dengan Watan Online yang disiarkan secara langsung di Facebook hari ini.

Dr Mahathir kembali aktif berpolitik dengan menubuhkan PPBM pada 7 September 2016 dan dicalonkan Pakatan Harapan (PH) sebagai perdana menteri, jika gabungan 4 parti pembangkang itu memenangi pilihan raya umum ke-14.

Zamihan juga mendakwa Dr Mahathir kembali aktif berpolitik dengan niat tidak baik kerana pengerusi PPBM itu cemburu dengan kuasa dimiliki pemimpin sedia ada.
“Kita buat ‘comeback’ di penghujung usia, sebab dulu kita berkuasa dengan niat tak betul, hamba kepada dunia dan sekarang ini bila tengok orang lain berkuasa, kita rasa cemburu dan rasa nak buat penampilan semula dan ini sesuatu yang tidak patut.

“Sebab itu saya kata niat dia politik dunia.

“Nak kuasa politik untuk kesenangan dunia semata-mata dan melihat orang lain bodoh belaka. Dia seorang cerdik, orang lain tak pandai, tak bijak fikir selepas tak berwawasan. Yang cerdik pandai, membangun, maju aku. Mana boleh fikir begitu.”

Sementara itu, Zamihan berkata, haram untuk umat Islam mengundi DAP yang menolak hukum-hakam Islam kerana membantah usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi memberikan kuasa menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas pesalah Islam.

“Jika jelas DAP itu bertentangan dengan Islam dan anti Islam, maka haram untuk umat Islam menyokong aspirasi perjuangan DAP, mengundi DAP bukan haram kering, tetapi haram basah.

“Orang DAP nak marah saya tidak apalah, saya tidak ada kepentingan pada Umno, Amanah, PAS, PKR. Kita NGO. Kita bersuara demi kebenaran. Mencari keredaan Allah, bukan orang kata bayar duit pada kita.

“Haram mengundi, haram menyokong, haram membantu dan banyak-banyak benda haram itu kesimpulannya haram jadah,” kata pendakwah kontroversi itu yang dilarang mengajar dan memberi ceramah di Perak kerana memecah belahkan umat Islam di negeri berkenaan.

Pada 11 Oktober lalu, Zamihan direman 3 hari di bawah Akta Hasutan selepas ceramahnya di Shah Alam mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menyelar sebuah kedai dobi di Muar melaksanakan dasar “mesra Muslim”.

Zamihan turut mempersoalkan tahap kebersihan orang bukan Islam yang mengundang kemarahan ramai.

Pada 16 Oktober lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik tauliah Zamihan untuk mengajar agama kerana isi kandungan ceramahnya disifatkan “rasis” dan “kurang beradab”. - FMT

Friday, January 19, 2018

(MASIHKAH KO INGAT) UMNO kata PAS Parti Ajaran SESAT




PENYOKONG TAKSUB PASTI MEROYAN 

2012 
"Ancaman Akidah Ummah" Antara pengunjung yang hadir Antara yang hadir lagi antara pengunjung yang hadir YB Dato' Yahya Khatib Mohamad, 

Kehadiran pengunjung amat memberangsangkan sehingga ada yang datang dari Baling, Kedah semata-mata untuk mendengar wacana ini. banyak persoalan ditimbulkan namun ada yang tidak sempat dijawab disebabkan kekangan masa. Tapi Insya Allah usaha pembongkaran akan diteruskan di lain masa.

Ana tidak mahu mengulas panjang kerana terlalu banyak perkara menarik yang ingin dikongsikan, Namun ada satu perkara yang menjadi persoalan iaitu isu "Undi PAS masuk syurga". Persoalannya ialah...

     1) Orang Islam yang undi PAS masuk?
     2) Orang Islam yang tidak undi PAS masuk?
     3) Orang bukan Islam yang undi PAS masuk?
     4) Orang bukan Islam yang tidak undi PAS masuk?
     5) Orang Islam bukan rakyat Malaysia yang tidak undi PAS masuk?
     6) Nabi s.a.w yang tidak undi PAS masuk?
     7) Sahabat-sahabat nabi s.a.w yang tidak pernah undi PAS masuk?

Bukan niat untuk menimbulkan keraguan, bukan juga berniat untuk menghina tetapi sekadar untuk kita semua membuka mata hati dan minda untuk muhasabah dan berfikir... Wallahu a'lam.

nalurirakyat.blogspot.com

P/S: PGU13 Pas Ganti UMNO PGU14-Pas gabung UMNO ... sesat sesatlah

Kerja Cetak sijil masuk Syurga atau Neraka Orang Politik @ Politahi

Thursday, January 18, 2018

[PADAN MUKA MELAYU] Proton tawar diskaun untuk ahli kesatuan Hokkien


Ahli kesatuan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia kini layak mendapat diskaun atau potongan harga istimewa sehingga setinggi 10 peratus bagi membeli semua kereta Proton. 

Menurut akbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau, potongan harga itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB), Li Chunrong semasa sebuah majlis makan malam dengan pengusaha Hokkien tempatan Jumaat lalu. 

"Mana-mana rakyat Malaysia berketurunan dari Fujian yang membeli kereta Proton akan menikmati harga paling istimewa," kata Li. 

"Semua warga Malaysia yang berasal dari Fujian yang membeli kereta Proton akan mendapat harga diskaun terpilih kami," katanya dipetik berkata demikian. 

Surat-menyurat Naib Presiden (Jualan dan Pemasaran) PONSB, Abdul Rashid Musa dengan persatuan itu menunjukkan urus niaga tersebut bersifat 'kerjasama dua pihak'. 

Berdasarkan surat-menyurat yang dilihat Malaysiakini, tawaran itu sah dari 12 Januari ke 31 Mac tahun ini. 

"Kami berharap bahawa ini akan menjadi titik permulaan yang baik untuk lebih banyak kerjasama akan datang," kata Abdul Rashid. 

Mengikut senarai harga yang dilampirkan itu, diskaun antara 5 hingga 10 peratus ditawarkan. Sebagai contoh, mereka yang membeli kereta Proton Perdana 2.4 akan mendapat potongan sebanyak RM12,911.

'Tun Razak yakin, percaya pada Mahathir'



Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, dalam satu wawancara mengenai sumbangan Tun Abdul Razak Hussein, bercakap dengan penuh mesra dan kasih sayang terhadap bekas perdana menteri itu.

Siti Hasmah berkata demikian dalam temuramah yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Dr Mahathir.

Abdul Razak menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1976 semasa tewas dalam pertarungan melawan kanser. Beliau menjadi perdana menteri negara ini sejak tahun 1970.

Siti Hasmah juga mendedahkan bahawa Dr Mahathir adalah antara beberapa orang yang mengetahui tentang penyakit Abdul Razak.

Mahathir kemudian mengetahui tentang keadaan Abdul Razak dari doktor swastanya. - MK

Siapa calon PM PAS? Ketua Pemuda, Khalil jawab



Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengesyorkan tiga ciri-ciri parti itu untuk melantik perdana menteri, iaitu seseorang calon beragama Islam, berketurunan Melayu dan mempunyai sifat adil serta amanah.

Muhammad Khalil berkata demikian ketika berucap di Ceramah Perdana Ambang PRU14 di Marang, Terengganu malam tadi.

Beliau mengulas pertanyaan Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung siapa calon perdana menteri PAS sekiranya menang pilihan raya umum ke-14 nanti. - MK

Wednesday, January 17, 2018

Harga petrol: Rakyat Malaysia kuat merungut, kata PM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, bahawa rakyat Arab Saudi tidak banyak mengadu mengenai kenaikan kos petrol di negara mereka seperti yang dilakukan oleh rakyat negara ini.
"Harga minyak naik. Kita naik 3sen orang complaint (mengadu).

"Sana (Arab Saudi) naik 136 peratus semalaman. Dia merungut tapi tak macam kita
," kata Najib dalam ucapannya pada majlis perjumpaan dengan lebih 5,000 pesara polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
Katanya, Arab Saudi mencontohi Malaysia dalam melaksanakan cukai GST dan rakyat Malaysia yang melawat negara itu tidak mengeluh tentang perlu membayar GST di sana.
"Mereka hanya mengadu di Malaysia," kata Najib, yang berada di Arab Saudi minggu lalu dalam rangka lawatan kerja.
Perdana Menteri berkata GST itu bertujuan untuk mengagihkan semula pendapatan di Malaysia. - MK

Tuesday, January 16, 2018

'Dengar-dengar orang Umno tak senang dengan Najib'



Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mendapat khabar angin yang mendakwa terdapat ahli-ahli Umno yang tidak begitu senang dengan kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita mengenai dakwaan Datuk A.Kadir Jasin berhubung pakatan sulit antara PAS dan Umno di Kelantan.

Monday, January 15, 2018

Gubal peraturan anugerah pingat kebesaran


ULASAN | Mutakhir ini banyak kita dapati kes jenayah melibatkan individu yang memegang pingat kebesaran Datuk, Datuk Seri dan sebagainya.
Senario ini agak membimbangkan. Ia boleh menyebabkan penerima pingat kebesaran tidak lagi dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Keadaan ini juga serba sedikit boleh menjejaskan reputasi baik institusi beraja itu sendiri.
Saya berpendapat sudah tiba masanya satu undang-undang khusus perlu digubal untuk mempastikan hanya individu yang benar-benar layak saja dicadangkan untuk dianugerahkan pingat kebesaran oleh sultan, raja mahupun yang dipertuan negeri (YDN).
Kelayakan tersebut perlulah melihat kepada kriteria-kriteria khusus iaitu sejauh manakah sumbangan sebenar penerima kepada masyarakat, agama bangsa dan negara.
Elok juga dapat ditetapkan satu had umur minimum seseorang untuk layak dianugerahkan pingat kebesaran. Misalnya berumur 45 tahun ke atas - melainkan beliau dengan jelas memberikan sumbangan yang tidak dapat dipertikaikan terhadap masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Dicadangkan juga satu jawatankuasa bebas di peringkat negeri atau persekutuan dibentuk bagi melihat, menapis, mempertimbangkan dan seterusnya mencadangkan nama-nama penerima pingat kepada sultan, raja atau YDN.
Ini bertujuan untuk mempastikan hanya mereka yang benar-benar berkelayakan sahaja dianugerahkan pingat kebesaran demi menjaga kualiti penerima pingat-pingat tersebut.
Selain daripada itu dicadangkan seandainya penerima pingat kebesaran ini disiasat atau didakwa terlibat dengan sesuatu jenayah, pingat dan gelaran tersebut secara otomatik digantung buat sementara waktu.
Sekiranya diputuskan bersalah oleh mahkamah, pingat tersebut akan dilucutkan secara automatik dan hendaklah dikembalikan.
Walaupun segala urusan penganugerahan pingat kebesaran ini adalah di bawah bidang kuasa sultan, raja dan YDN, kerajaan boleh menggubal undang-undang tertentu sebagai garis panduan untuk mempastikan hanya orang yang benar-benar layak dan bebas daripada jenayah menerima memegang pingat kebesaran tersebut.
Pingat kebesaran tidak patut dijadikan sebagai 'modal' untuk seseorang melakukan apa saja sehingga sanggup melanggar undang-undang negara. Sebaliknya ia wajar dijadikan sebagai motivasi kepada diri sendiri dan orang lain untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR ialah peguam bela dan peguam cara, serta pengasas dan mantan presiden HartaGuam.
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis

Friday, January 12, 2018

[INGATAN UNTUK HJ HADI] Ustaz Azhar Idrus: Jangan BERSEKONGKOL dengan KERAJAAN SYAITAN, SESAT


[HAJI HADI KENA LAGI] Ustaz Azhar Idrus: Sebelahi Orang Zalim MASUK NERAKA


Hak Melayu terancam? Bila DAP memerintah? - Mat Sabu


Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mendakwa segala penyelewengan yang berlaku dalam negara adalah disebabkan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, dan bukannya angkara DAP.


Pengundi Pas memang setia tapi...


Pas mempunyai penyokong yang setia terhadap parti berkenaan.

Bagaimanapun menurut Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, semangat penyokongnya itu, tidak menjamin kepada kemenangan parti berkenaan.

"Tengok kepada 'mood' sekarang ini penyokong Pas itu agak stabil.

"Kalau merosot sedikit sahaja tapi untuk menang saya nampak agak sukar," katanya kepada Sinar Online selepas menjadi tetamu bagi program FB Live Sinar Harian, semalam.

Katanya, penyokong Pas agak istimewa sepertimana juga penyokong BN.

"Pengundi Pas sama jugak dengan BN agak solid tak banyak terjejas," katanya.

Justeru, katanya Pas memerlukan penyokong-penyokong parti lain untuk memenangkan parti mereka dalam PRU nanti.

Dalam pada itu Mohamad Redzuan turut menolak bahawa dalam PRU14 nanti akan berlakunya Tsunami Melayu.

"Saya beberapa kali menyertai 'survey' turun padang, saya tak nampak tsunami melayu ini,walaupun tak puas hati tu ada terhadap BN," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meningatkan Pakatan Harapan agar tidak memandang rendah akan 'kehebatan' Umno.

"Walaupun ada sisi buruknya, kita kena ingat ada jasa Umno yang diingati oleh orang Melayu.

"Jadi jangan padang rendah akan Umno," katanya. - SH

Thursday, January 11, 2018

Serang Polis, Pelakon Datuk Farid Kamil Ditahan


Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil ditahan selepas dipercayai mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Farid hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

"Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi '300 artis hutang ah long'.

"Dia tiba-tiba bertukar berang sebelum menampar anggota polis berkenaan yang turut disaksikan oleh seorang anggota lain dan tiga orang awam.

"Selain menampar polis dia turut menyepak dua orang awam lain," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam pada itu, Mohd Zani berkata, Farid kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Sementara itu, Utusan Online melaporkan, Farid disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing sedang dijalankan terhadapnya. - mStar

'Mereka harus bersilat lebih dari kita'


Pengarah Pilihanraya AMANAH, Dr Mohd Hatta Ramli meluahkan keyakinan bahawa parti itu tidak akan terjejas sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan persempadanan kawasan pilihan raya.


[CALON PM BUKAN TAK ADA] Azmin, Mat Sabu dan Wan Azizah tak sama macam Dr Mahathir, kata Amanah

Amanah mempertahankan keputusan Pakatan Harapan (PH) dalam mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali sebagai perdana menteri, dengan berkata ia mengambil kira sentimen sebahagian pengundi Melayu yang sukar untuk menolak Umno pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata gabungan itu bukan ketiadaan calon berwibawa, dan boleh saja menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Datuk Seri Azmin Ali atau Presiden Amanah Mohamad Sabu.
“Kita boleh letak Mohamad Sabu, kita boleh letak Azmin Ali, kita boleh letak Kak Wan, tetapi hakikatnya keyakinan orang Melayu terhadap seseorang itu tak sama seperti keyakinan terhadap Dr Mahathir, kerana Dr Mahathir pernah jadi perdana menteri,” katanya dalam program Fokus terbitan Amanah yang disiarkan langsung menerusi Facebook malam tadi.
Khalid mengulas kritikan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan di kalangan penyokong pembangkang terhadap pengumuman PH pada konvensyen Ahad lepas untuk melantik Dr Mahathir, 92, sebagai perdana menteri sekiranya menang pada PRU akan datang.
PH turut mengumumkan akan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah melalui proses undang-undang untuk membolehkan beliau aktif semula dalam politik.
Khalid menafikan pembangkang tidak mempunyai calon perdana menteri sehingga “mengitar semula” Dr Mahathir, yang pernah menerajui kerajaan selama 22 tahun.
“Yang ada di dalam Pakatan Harapan ini bukan bodoh-bodoh… yang masuk dalam Pakatan Harapan ini, yang bersama dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan ini, semuanya orang yang mempunyai kefahaman dan mempunyai prinsip, ada kemampuan tapi rakyat tak tahu,” katanya.
Khalid berkata kehadiran PPBM sebagai parti berasaskan Melayu dalam pakatan pembangkang kali ini memberikan peluang untuk mendekati pengundi tegar Umno termasuk di luar bandar.
“Macam undi daripada orang-orang tua di kampung, orang-orang Felda dan sebagainya yang dah karat (dengan) Umno-BN ini… Kita nak mereka undi kita supaya jumlah undi kita bertambah,” kata Khalid.
Menurutnya, sebelum ini apabila pembangkang memasuki kawasan Felda, tidak ramai yang hadir.
“Tapi sekarang bila Dr Mahathir bersama, maka ramai yang keluar dan ini adalah satu perkara yang kita tak boleh nafikan, bahawa ada satu lonjakan baru tambahan yang dibawa Dr Mahathir.
“Itu sebabnya kita dia diletakkan calon perdana menteri.” - FMT

[MENDEBARKAN UMNO] Bekas Senator, Ahmad Hussin sertai Bersatu


KANGAR - Bekas Senator Perlis, Ahmad Hussin memilih Bersatu untuk meneruskan perjuangan politiknya, selepas lebih 40 tahun bersama Umno.

Ahmad, 69, yang berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan menyerahkan borang keahlian parti kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat Bersatu Perlis, pagi tadi.  

Bekas senator 2006-2012 itu merupakan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kangar, yang juga Pengerusi Biro Ekonomi dan Pertanian.

Ahmad berkata, Bersatu lebih serasi dengan dirinya kerana parti itu merupakan parti serpihan Umno, selain yakin dengan kepimpinan sedia ada.

“Saya mahu platform selain Umno, kerana parti itu sudah jauh tersasar dan tidak boleh lagi berpatah balik. Saya mula merasakan parti itu makin jauh daripada landasan ketika saya jalankan tesis berkaitan sekuriti negara,” katanya.

Menurut bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis (85-86) itu, walaupun menjadi ahli biasa Bersatu, beliau akan menegur kepimpinan parti itu sekiranya dilihat terpesong.

“Siapa yang tak betul, saya akan tegur untuk kepentingan rakyat dan negara. Saya tidak akan ikut pemimpin yang tidak bersih,” katanya.

Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK) (2014-2016) itu berkata, keadaan negara kini amat menyedihkan susulan banyak perkara membelakangkan perlembagan persekutuan.

“Selepas saya sertai Bersatu, saya akan dedahkan kepincangan dalam negara dan menegur pimpinan agar mentadbir mengikut perundangan,” katanya. - Sinar Harian

Wednesday, January 10, 2018

[NAJIB TAK RETI TADBIR] 'Gaji naik, BR1M naik pun tak selesai masalah'


Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik cara pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang gagal menangani masalah kenaikan kos sara hidup rakyat di negara ini.


Benarkah AMANAH dibela DAP? Ini jawab Mat Sabu, Jangan Lupa Nik Aziz, Haji Hadi PERNAH DIKEJI masa Bersama DAP


Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa parti itu dibela DAP, termasuk dari segi kewangan.

Jelas Mat Sabu, parti itu terpaksa melalui pelbagai halangan apabila menempuh kekangan kewangan untuk membayar gaji kakitangan pejabat, yang kadang-kala tidak menentu.

Namun, kepimpinan parti itu bertekad untuk mencari sumber kewangan untuk meneruskan survival perjuangan mereka.



Pembahagian Kerusi PH TIDAK ADIL, PPBM dapat kerusi SUSAH MENANG, DAP dapat kerusi MENANG


Tulisan: Penyokong BN (Apa komen anda?)
Sebagai sebuah parti yang berangan untuk menguasai negara, nampaknya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini dibuai mimpi-mimpi indah, apatah lagi ia berjaya mendapat 52 kerusi Parlimen dalam pengagihan kerusi oleh Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti.
PPBM tentunya berasa bangga kerana ia mendapat pengagihan kerusi paling banyak di Semenanjung berbanding PKR (51), DAP (35) dan Parti Amanah Negara (PAN) sebanyak 27 kerusi.
Daripada 35 kerusi yang akan ditandingi oleh DAP itu, 31 daripada kerusi itu adalah kerusi yang telah sedia dimenangi oleh DAP pada PRU-13 lepas.
Berbanding dengan PPBM, ini adalah kali pertama ia bertanding pada PRU dan untuk kerusi Parlimen, seorang sahaja ahlinya yang menjadi penyandang kerusi Parlimen iaitu Muhyiddin Yassin di Pagoh. Itupun kemenangan Muhyiddin adalah atas tiket Barisan Nasional.
Namun pada PRU-14, adalah sukar untuk Muhyiddin mempertahankan kerusinya dan sejak tahun lepas telah bersebar spekulasi bahawa beliau akan berpindah ke kawasan Muar, untuk bertanding di situ.
Namun ketika PPBM sedang asyik diulit mimpi, pengagihan kerusi itu hanya untuk ditandingi di Semenanjung sahaja belum masuk Sabah dan Sarawak.
Hakikatnya pada PRU-14 nanti, DAP masih sebenarnya menjadi dominan dalam Pakatan Harapan (PH) meskipun pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad diumumkan sebagai calon Perdana Menteri, iaitu calon kitar semula.
Kalau dikira betul-betul, ramai yang tidak sedar tentang strategi DAP ini. Ada 222 kerusi Parlimen dan setakat ini, pengumuman yang dibuat oleh PH itu baru melibatkan 165 kerusi. Ada baki 57 kerusi iaitu di Sabah dan Sarawak.
Persoalannya parti mana yang akan bertanding di Sabah dan Sarawak itu? Seperti yang dinyatakan oleh penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff, perkara penting yang perlu diingati adalah PPBM telah mengumumkan bahawa ia tidak akan meletakkan sebarang calon di di Sabah dan Sarawak di pada PRU 14.
Justeru ia menjadikan bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh PPBM di seluruh Malaysia pada pilihan raya umum kelak adalah kekal 52.
“Sebaliknya, penasihat DAP, Lim Kit Siang, telah mengisytiharkan bahawa DAP akan menggandakan bilangan kerusi Parlimen (dan kerusi Dewan Undangan Negeri) yang akan ditandinginya di dalam PRU-14 di Sabah, bermakna bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh DAP di Sabah di dalam PRU 14 ini ialah 8.
“Pada PRU-13 lalu juga, DAP telah meletakkan 11 calon di Sarawak. Pada pilihan raya negeri Sarawak lalu, Kit Siang juga telah mengisytiharkan strategi untuk memastikan DAP Sarawak menguasai kerajaan negeri pada 2021.
“Bagi tujuan itu, ia menjadikan kemungkinan untuk DAP bertanding lebih banyak kerusi Parlimen di Sarawak pada PRU- 14 itu ada,” katanya.
Walaupun pembahagian kerusi itu nampak seperti direstui oleh semua parti dalam gabungan berkenaan namun ada pemimpin PAN yang seolah-olah tidak bersetuju.
Jika tidak, masalah Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub yang disiarkan oleh Sinar Harian hari ini mencadangkan platform Pakatan Harapan digunakan untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi susulan wujud ketidakpuasan hati beberapa kumpulan dan individu dalam PAN mengenainya.
“Rundingan mengenai pengagihan kerusi ini kita bincang dari semua aspek seperti faktor kemenangan, kekuatan parti, sokongan pengundi dan kekuatan jentera. Semua ini kita adunkan dan kita bincang dalam menentukan kerusi,” kata Salahuddin.
Disebabkan pembahagian kerusi berkenaan juga maka PAN Johor dilaporkan memboikot Konvensyen Pakatan Harapan 2018, kerana parti itu hanya mendapat dua kerusi di Johor.
Realitinya, Pakatan Harapan umpama air di tasik, di permukaannya nampak tenang namun di dalamnya, penuh bergelora. Perasaan tidak puas hati terus membayanginya, daripada pemilihan nama calon Perdana Menteri hinggalah kepada pengagihan kerusi.
Tulisan :
Beruang Biru
BB731, Selasa
9 Januari 2018

Tuesday, January 9, 2018

Dr.Maza Jawab: Bolehkah Perjuangan Islam dengan MAKI HAMUN

BOLEHKAH PERJUANGAN AGAMA DENGAN MAKI HAMUN

Soalan: Dr MAZA, maaf ganggu. Terima kasih baca email saya. Nak tanya. Saya dapati terdapat pihak yang kononnya berjuang Islam tapi selalu maki-hamun orang lain. Pengikut mereka juga mempunyai akhlak yang sama.

Ulasan dan komen mereka suka nak maki orang yang tak satu pendapat ataupun jamaah dengan mereka. Kadang sampai panggil siapa tak sokong perjuangan mereka ‘musuh Allah’, padahal kami hanya tak setuju dengan cara mereka bukan tak setuju Islam.

Ada yang kata nak tegakkan Islam kena tegas sebab itu mereka selalu cakap kasar, jerit dan maki orang lain. Ada kata tegas macam Saidina Umar. Betul ka macam tu? Kadang-kadang saya tengok sampai mencarut dan terjerit-jerit memaki orang lain. Kenapa perkara macam tu boleh jadi bila orang berjuang Islam, undang-undang Islam, syariat Islam? Macam itukah perjuangan Islam?
Ezlan, Shah Alam.

Jawapan Dr MAZA;
Hasrat ingin menegakkan agama, jika benar-benar wujud merupakan sesuatu yang terpuji. Bahkan kita dituntut untuk menegakkan agama ini. Namun kita mesti faham apakah yang dikatakan Islam yang hendak ditegakkan itu. Seterusnya, hendaklah kita faham semua perkara ada disiplinnya. Di medan peperangan yang begitu getir dan sukar dikawal pun, Islam menetapkan disiplin-disiplin tertentu yang wajib dipatuhi. Kesemua disiplin tersebut bagi menunjukkan bahawa kita berjuang kerana Allah, maka kita mengikut kehendak dan peraturan Allah. Di samping itu, ia menunjukkan bahawa Islam merupakan agama yang bertamadun dalam pengajarannya.
Untuk menjawab persoalan ini, saya ingin menyebut beberapa perkara penting di sini;

1. Jika benar-benar sesuatu perjuangan dilakukan kerana Allah, pasti mereka yang mendakwa itu akan mengikut Allah. Ini kerana perjuangan Islam bertujuan mencari keredhaan Allah. Seperti apabila kita bersolat kita ingin mendapat keredhaan dan pahala dari Allah, maka kita ikuti rukun dan segala peraturan solat. Kita elakkan perbuatan yang boleh membatalkan solat. Demikianlah sepatutnya jika sesuatu perjuangan itu bertujuan mencari keredhaan Allah. Firman Allah:
وَقُلْ لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوًّا مُبِينًا
(maksudnya) “dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKU (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia”. (al-Isra: 53).

Kata Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini: “Allah memerintah Rasulullah s.a.w memberitahu kepada hamba-hamba Allah agar berkata dalam ucapan dan perbincangan mereka ungkapan yang terbaik dan kalimat yang baik. Jika itu tidak dilakukan, syaitan akan menghasut mereka. Maka ucapan itu akan membawa tindak balas, berlaku keburukan, permusuhan dan peperangan”. (Ibn Kathir, 5/87. Mekah: Dar al-Taybah).

2. Seseorang boleh, bahkan disuruh membantah ataupun mengkritik sesuatu perkara yang salah. Namun, agama mengajar agar kita berdisiplin dalam ucapan dan ungkapan kita. Sekumpulan Yahudi datang bertemu Nabi s.a.w dan memberi salam dengan mengucapkan as-sam alaikum yang bermaksud ‘maut ke atas kamu’. Nabi s.a.w menjawab ‘wa alaikum’ sahaja. Isteri Nabi, Aishah r.aha yang perasan dengan mainan ucapan salam mereka itu menjawab “as-sam ‘alaikum wal la’nah” maksudnya maut dan laknat ke atas kamu. Nabi s.a.w bersabda:
مَهْلاً يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِى الأَمْرِ كُلِّهِ » . فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَمْ تَسْمَعْ مَا قَالُوا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - « قَدْ قُلْتُ وَعَلَيْكُمْ
“Nanti dahulu wahai Aishah! Sesungguhnya Allah suka sikap lunak dalam semua perkara”. Jawab Aishah: “Wahai Rasulullah! Engkau tidak dengarkah apa mereka kata?”. Sabda Nabi s.a.w: “Aku telah pun jawab ‘wa alaikum’ (ke atas kamu)’ (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

3. Orang yang suka memaki orang lain merupakan golongan yang fasik (golongan pendosa). Mereka bukanlah penegak agama sebaliknya untuk memenuhi kehendak nafsu sendiri. Ini kerana tindakan mereka itu menjadikan diri mereka itu fasik iaitu pendosa, padahal mereka itu kononnya membantah orang yang melakukan dosa. Dalam riwayat al-Tabarani dari al-Mu’jam al-Kabir:
انْتَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى مَجْلِسٍ مِنْ مَجَالِسِ الأَنْصَارِ وَرَجُلٌ فِيهِمْ قَدْ كَانَ يُعْرَفُ بِالْبَذَاءِ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ، وَقِتَالُهُ كُفْرٌ.
Nabi s.a.w pernah hadir dalam suatu majlis orang Ansar. Padanya ada seorang lelaki yang terkenal dengan suka memaki hamun. Nabi s.a.w pun bersabda: “Memaki orang muslim itu perbuatan fasik dan memeranginya perbuatan kufur”.

4. Tujuan dakwah, nasihat, kuliah agama untuk mencari pahala. Sedangkan, maki-hamun mendatangkan dosa dan mengikis pahala yang ada. Maka, sudah itu bukan perjuangan menegakkan Islam. Sabda Nabi s.a.w:
أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ؟» قَالُوا: الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ، فَقَالَ: «إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ، وَصِيَامٍ، وَزَكَاةٍ، وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا، وَقَذَفَ هَذَا، وَأَكَلَ مَالَ هَذَا، وَسَفَكَ دَمَ هَذَا، وَضَرَبَ هَذَا، فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ، وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ، فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ، ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

5. Apabila kita melihat seseorang melakukan dosa, maka kita menegah dan mengkritik perbuatannya. Namun begitu kita tidak boleh berlebihan mencercanya, kerana ada kemungkinan di sudut yang lain, dia lebih baik ataupun ada kebaikannya yang lain.
Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini:
أَنَّ رَجُلاً عَلَى عَهْدِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - كَانَ اسْمُهُ عَبْدَ اللَّهِ ، وَكَانَ يُلَقَّبُ حِمَارًا ، وَكَانَ يُضْحِكُ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - ، وَكَانَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - قَدْ جَلَدَهُ فِى الشَّرَابِ ، فَأُتِىَ بِهِ يَوْمًا فَأَمَرَ بِهِ فَجُلِدَ ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ اللَّهُمَّ الْعَنْهُ مَا أَكْثَرَ مَا يُؤْتَى بِهِ . فَقَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - « لاَ تَلْعَنُوهُ ، فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ أَنَّهُ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari).

6. Memanggil orang lain dengan panggilan musuh Allah, ataupun musuh Islam dan seumpamanya merupakan sesuatu yang besar. Jika kita tahu bahawa seseorang itu tidak kafir atau sesat atau fasik, tetapi kita sengaja menuduh imannya yang sah itu sebagai kafir atau sesat, atau menuduh dirinya yang tidak fasik itu sebagai fasik, maka tuduhan itu kembali kepada yang menuduh. Sabda Nabi s.a.w:
وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ، أَوْ قَالَ: عَدُوُّ اللهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ
“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Hendaklah kita fahami bahawa bertegas, tinggi nada ucapan, keras amaran tidak sama dengan mengeluarkan perkataan yang buruk dan jelek kepada orang lain.  Kata Jabir r.a:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا خَطَبَ احْمَرَّتْ عَيْنَاهُ وَعَلاَ صَوْتُهُ وَاشْتَدَّ غَضَبُهُ حَتَّى كَأَنَّهُ مُنْذِرُ جَيْشٍ
“Nabi ketika berkhutbah merah kedua matanya, tinggi suaranya, keras marahnya, seakan baginda sedang member amaran tentang bahaya kedatangan tentera musuh” (riwayat Muslim).
Hadis ini menunjukkan seni pidato Nabi s.a.w. Itu pun mengikut isu yang Nabi s.a.w perkatakan. Adakalanya pidato Nabi s.a.w bernada sayu sehingga para sahabah menangis mendengarnya. Ada pelbagai riwayat tentang khutbah baginda. Apa yang penting hadis ini langsung tidak menunjukkan Nabi s.a.w itu menggunakan bahasa yang buruk ataupun memaki-hamun orang lain. Bahkan dalil-dalil yang telah kita nyatakan dan selainnya menunjukkan baginda sering memerintahkan kita memilih perkataan yang baik.

8. Menyamakan pendekatan dakwah yang buruk, suka mencerca dan memaki hamun orang lain dengan Saidina Umar merupakan penghinaan kepada khalifah agung tersebut. Ini memberikan gambaran buruk kepada khalifah yang mulia itu. Memang banyak riwayat menunjukkan sikap tegas dan keras Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab, namun bukan bererti dia memaki hamun. Kemudian, di sudut pendekatan, ada beberapa perbezaan antara beliau dengan kita semua. Beliau khalifah yang ada kuasa untuk menghukum rakyat bawahan seperti memukul bagi yang melanggar kesalahan. Sedangkan kita tiada hak tersebut. Dimensi zaman juga tidak sama, ketika itu tindakan beliau dianggap serasi dengan cara kehidupan di zaman itu. Di zaman kita, tidak perlulah seorang perdana menteri atau presiden negara membawa tongkat memukul rakyat yang melanggar peraturan jalanraya atau seumpamanya. Undang-undang yang detil sudah wujud, mahkamah dan pihak berkuasa berperanan sepenuhnya. Itu lebih serasi dan dihormati di zaman ini.

9. Kita akui kemungkinan ataupun kadang-kala seseorang terlepas cakap, terkasar ataupun ‘termaki’ orang lain. Ini selagi bukan tabiat kebiasaan, maka itu boleh dianggap sebagai kesilapan setiap insan yang mungkin berlaku. Rasulullah s.a.w sendiri pun pernah bersabda:
إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ أَرْضَى كَمَا يَرْضَى الْبَشَرُ وَأَغْضَبُ كَمَا يَغْضَبُ الْبَشَرُ فَأَيُّمَا أَحَدٍ دَعَوْتُ عَلَيْهِ مِنْ أُمَّتِى بِدَعْوَةٍ لَيْسَ لَهَا بِأَهْلٍ أَنْ تَجْعَلَهَا لَهُ طَهُورًا وَزَكَاةً وَقُرْبَةً يُقَرِّبُهُ بِهَا مِنْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti” (riwayat Muslim).

10. Namun, jika maki hamun, cercaan, dan perkataan yang buruk itu merupakan kelaziman individu, ataupun jamaah, ataupun kumpulan ataupun parti politik sekalipun menggunakan nama Islam, maka itu merupakan tanda perjuangan mereka tidak bertujuan mengangkat ataupun memuliakan agama. Ia perjuangan yang dipenuhi dengan emosi dan dikuasai oleh kepentingan diri dan kumpulan.  Nabi Muhammad s.a.w telah menghadapi ujian dan cabaran yang lebih berat. Pun begitu, Anas bin Malik meriwayatkan:
لَمْ يَكُنِ النَّبِىُّ- صلى الله عليه وسلم -سَبَّابًا وَلاَ فَحَّاشًا وَلاَ لَعَّانًا
"Bukanlah Nabi s.a.w itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain". (Riwayat al-Bukhari).

11. Hendaklah kita jauh mana-mana perjuangan sekalipun atas nama agama, nama menegak negara Islam ataupun apa sahaja jika ia membentuk sikap yang buruk dan bercanggahan dengan syarak. Hendaklah kita elakkan diri berada dalam kumpulan ataupun keadaan yang merosakkan diri kita. Sabda Nabi s.a.w:

الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِل
“Seseorang berada atas agama sahabat baiknya. Maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapakah dia jadikan teman rapatnya” (Riwayat Ahmad, dinilai hasan).

12. Kita wajib berhati-hati, kerana kumpulan, pertubuhan dan parti politik dan apa sahaja yang kita dampingi akan membentuk amalan agama kita. Jika teman rapat, kumpulan ataupun aliran yang kita ikuti itu suka memaki hamun orang lain, maka demikian terbentuk diri yang mendampingi itu. Nabi s.a.w menyebut dalam hadis:
مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً
 “Bandingan teman duduk berbual yang baik dan yang buruk seperti pembawa kasturi dan tukang besi. Adapun pembawa kasturi, sama ada dia berikan engkau kasturi, atau engkau beli daripadanya, atau engkau dapati bau harumnya. Sementara tukang besi, sama ada ia membakar pakaian engkau, atau engkau akan dapati bau yang busuk” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis ini, Nabi s.a.w bukan bermaksud menghina tukang besi, tetapi sebagai contoh kesan keburukan yang mengenai seseorang yang berada di samping orang tertentu. Apatah lagi memang tidak sepatutnya ketika tukang besi sedang melakukan kerjanya seseorang pergi berada di sampingnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com