pages

Thursday, December 7, 2017

Artis ADIBAH NOOR pula BERSUARA...

Setiap kali artis bersuara mereka akan diserang habis-habisan dan dicerca kononnya bukan bidang, cari publisiti murahan.

Apakah wujud undang-undang tertentu yang mewajibkan golongan selebriti bercakap tentang ruang lingkup seni dan hiburan semata-mata?

Mungkin inilah yang bermain dalam pemikiran pelakon dan penyanyi Adibah Noor selepas melihat beberapa selebriti diserang hanya kerana menyatakan pendapat berkenaan isu semasa dan politik.

Malah serangan yang dilontarkan kepada mereka kebanyakannya bernada sama pula, kata Adibah lagi.

"Bila artis bersuara, mulalah depa guna template yang sama untuk hentam artis itu cukup-cukup.

"Artis itu akan dilabel propembangkang, 'bukan bidang kau maka jaungan nak pandai-pandai', dah sendu maka nak cari publisiti murahan," katanya di Twitter sebentar tadi.

Segala serangan itu, kata penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu lagi, seolah-olah menggambarkan mereka tiada hak langsung untuk bersuara.


Pada 5 Disember lalu, penyanyi terkenal Sheila Majid meluahkan pandangannya tentang keadaan ekonomi negara seperti nilai ringgit yang lemah serta harga barang yang mahal, yang menyebabkan rakyat merasa marah.


11 comments:

  1. Terlebih dahulu saya nk mintak maaf kalau apa yg saya tulis ni menyakitkan hati sesiapa. Saya rakyat Singapura. Melayu. Ramai org2 Malaysia yg benci pd kami semua. I dont know for what reason. Apa2 pun, saya puji kepimpinan PM Malaysia sekarang. Malaysia bertambah maju dibawah pentadbiran beliau. Tetapi seperti mana org2 Malaysia membenci kami org2 Singapura, begitu jugalah berlaku pada PM Najib. And I dont know for what reason. Saya pasti tulisan saya ni akan di maki dikutuk dan apa2 saja. And again I dont know for what reason. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng dedak ni pusing kot mana pun boleh kenal. Konon dari Singapura la, UK la, Autralia la....hakikatnya setipa hurup yang ditulis tu boleh claim dgn Jebon.

      Delete
    2. Saudara anon 10.51pm. Kalau benarlah awak tu rakyat singapura....nasihat saya ....ada mata pandang ..ada telinga dengar...ada mulut diam. Jangan jadi berok...tak tau hujung pangkal lebih baik diam. Jangan jadi bangang

      Delete
    3. masih ada lagi yang buta hati dari singapore ya...sungguh memalukan.

      lain kali jgn baca berita harian boleh,bacalah straits times so u can know the reason why ada rakyat malaysia
      yang benci dgn MO1.

      Delete
    4. Yg replies di atas ni semua satu aje saya nak cakap, "KESIAN"

      Delete
  2. Kalau yg mcm sotong monopos tu boleh pulak...asalkan menyokong beend.

    ReplyDelete
  3. Bersuara x salah, tapi bila dah bersuara kena tahanlah dgn sepak terajang dunia politik, kene kutuk kaw kaw atau puji melangit.

    ReplyDelete
  4. Kalau betul sokong, kalau dah tak betul baguslah menegur. Teruskan buat teguran selagi caranya betul dan aman.
    Ahli politik longkang dan mental senget je yg tak boleh ditegur. Nak memimpin rakyat tapi nak jadi syaitan sampai tak boleh ditegur. Bahalul.

    ReplyDelete
  5. Buat komen bodoh tanpa fakta memang lah kena hentam

    ReplyDelete
  6. Its no more politik. Ia idup mati rakyat . Derita Rakyat bila 100 dh mcm 10 ringgit. Dasar macai penjilat tegar trus menyalak slagi mulut disumbat dedak. Macai2 ni la yg sbnrnya akan terbangsat dan celaka klu bn kalah.

    ReplyDelete
  7. yg sokong bn ni semua yg kaya raya dan ada kepentingan,mereka tidak merasai kesusahan rakyat golongan b40, lenyap bn maka kenyaplah suara suara ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com