pages

Sunday, November 19, 2017

[NASIB MELAYU] 95 peratus miskin adalah Bumiputera


KUALA LUMPUR – Kadar kemiskinan di Malaysia pada masa ini disumbangkan oleh kaum Bumiputera.
Naib Presiden Perkasa, Datuk Ruhanie Ahmad berkata, sebagai bangsa teras, kaum Bumiputera sudah jauh ketinggalan dalam bidang sosioekonomi.

“Pergilah Pavilion, kita gigit jari tengok kedai-kedai dalam tu. Berapa ‘kerat’ orang Bumiputera yang ada kedai dalam tu?

“Adalah seorang dua yang berniaga itupun gerai-gerai di luar, bukan kedai, sedangkan Melayu adalah bangsa teras,” katanya dalam ucapan pembukaan dalam Forum Belanjawan 2018 - Di mana keistimewaan Bumiputera?, di sini malam tadi.

Beliau berkata, sejak akhir-akhir ini wujud pelbagai petanda di mana kedudukan sosioekonomi Bumiputera dalam bahaya.

"Ini bukan kerana kerajaan tidak mempedulikan keselamatan, kelangsungan dan kesejahteraan sosioekonomi tetapi disebabkan kerajaan menyamatarafkan perjuangan dengan bukan Bumiputera.

“Walaupun tak salah tetapi ia bertentantangan dengan Perkara 153 Perelembagaan Persekutuan di mana segala dasar dan program affirmatif dan ‘empowerment’ sosioekonomi Bumiputera tidak boleh disamaratakan dengan kaum-kaum lain di Malaysia,” katanya.

Ruhanie berkata, dengan apa yang berlaku hari ini, menjadikan Bumiputera menjadi kelas kedua di belakang kaum Cina.

“Kita jadi warga kelas kedua. Tapi Perkasa tak reda perkara ini berlaku. Bila bajet 2018, ini bukan ibu segala bajet.

“Saya pernah jadi Pengerusi Mara, MRSM diwujudkan untuk melonjakkan modal Bumiputera. Bila bajet yang kerajaan beri sama nilai dengan SK (J) Tamil, saya tak boleh terima.

“Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil hanya 10 hingga 12 orang saja. Bumiputera adalah bangsa teras, perlu lebih,” katanya.
Jelasnya, tindakan kerajaan yang mahu Bumiputera melabur dalam amanah harta adalah tidak tepat.

“Kita bukan nak itu, tetapi kita mahukan kuasa membeli. Tetapi, siapa yang perjuangkan nasib Bumiputera?

“Tak ada yang berani bersuara. Kerana itu, banyak isu-isu yang melibatkan kaum Bumiputera, tidak ada yang bantah,” katanya - SH

5 comments:

  1. Itu yang sepatutnya .. yang di perjuang kan ..BRAVO .. Dato Ruhanie

    ReplyDelete
  2. Takper...yanmg penting..5% tu dah billionaire

    ReplyDelete
  3. Datuk Ruhanie perlu bersabar menunggu giliran menerima dedak dari kepala bapak....

    Apabila dah terima dedak, maka lain pula kenyataan beliau, hari imi bumiputra kelas kedua, tetapi bila dah dapat dedak dari kepala bapak,

    Ubah menjadi "najib prmbela kaum bumiputra"

    kah kah kah kah...

    ReplyDelete
  4. Melayu BR1M adalah projek ternakan besar2an UMNOBN, direstui PAS.
    Dulu doktrin disemarakkan melalui BTN (ada juga perkataan Negara).
    Sekarang doktrin ala Korea utara dimampankan melalui media utama,sekolah,U. Malah sebuah Institiut Latiham Memperkasa Umno sudah tertuboh sebagai ganti.
    Malaysia ditahap membentuk masyarat jumud totok tahap extreme.
    Penjawat,GLC,Pelajar,Ketua kampong Imam,dihantar utk basuhan otak.
    Bak advertising blast ,dan perception constructio, Caitrompah taek dilantik utk jerit kehendak UmnoBN. Jeritan adalah juga utk mempamir seolah UMNoBn dpt sokongan.
    Agama,Rezeki,Payung, Peluang Sukan semuanya diInstitusikan. Malah tiket bola pun dibawah kawalan UMNO.U dont have to ask or know anything, UMNO KNOWS.
    Marhaen hanya perlu sandarkan keupayaan berfikir sendiri.

    ReplyDelete
  5. Bersyukurlah...terima umno najib seadanya, yg jual tanah orang melayu pun umno najib juga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com