pages

Wednesday, November 29, 2017

[CYRPTOCURRENCY] BNM serbu premis ambil deposit haram - Koperasi Dinar Dirham [Beku RM15.3 juta]


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu sembilan premis sekitar Lembah Klang yang mempunyai kaitan dengan Koperasi Dinar Dirham Berhad kerana disyaki mengambil deposit haram.
BNM dalam satu kenyataan, berkata serbuan itu dilakukan hari ini dengan Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara dari Jabatan Peguam Negara; Polis Diraja Malaysia; Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Cyber Security Malaysia.
Dalam serbuan itu, katanya, enam pengarah syarikat disyaki berperanan sebagai dalang dan ejen yang terbabit dengan pengambilan deposit haram ditahan serta menyita pelbagai dokumen bagi membantu siasatan.
"Lapan buah kenderaan bernilai RM1.5 juta disita dalam operasi berkenaan dan BNM membekukan 114 akaun dari 12 bank berjumlah RM15.3 juta.
"Sejumlah wang tunai dan mata wang asing berjumlah RM1.4 juta turut dirampas selain menyita logam seberat 22.5 kilogram (kg)," katanya.
Kenyataan itu berkata, Koperasi Dinar Dirham dipercayai menjalankan kegiatan yang salah mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.
Katanya, serbuan itu sebahagian daripada usaha berterusan antara agensi bagi mengekang sebaran bentuk skim kewangan haram.
Tambahnya, pihak berkuasa juga sedang bekerjasama dengan Unit Perisikan Kewangan Brunei untuk menjalankan siasatan berhubung operasi syarikat itu di negara berkenaan bagi kesalahan sama.
"Mengikut Seksyen 137(1) FSA, menjadi kesalahan bagi sesiapa saja menerima deposit tanpa memiliki lesen. Penyiasatan berhubung pengubahan wang haram juga akan dilakukan mengikut AMLA," katanya.
Individu yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 137(1) FSA boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil yang diperoleh melalui aktiviti atau instrumentaliti haram, ketika kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.
Orang ramai dinasihati berhati-hati dengan kegiatan syarikat tanpa lesen untuk membuat pelaburan dan perlu merujuk kepada institusi kewangan berlesen yang tersenarai di laman sesawang BNM (www.bnm.gov.my).

Tuesday, November 28, 2017

Video banjir Kelantan, 1,729 dipindahkan



Gelombang pertama banjir di Kelantan bertambah buruk apabila 1,729 mangsa dipindahkan sehingga 8 pagi ini berbanding 1,078 orang malam tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di 29 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di tujuh jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Bachok.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kota Bharu mencatatkan jumlah tertinggi membabitkan 624 mangsa daripada 176 keluarga yang ditempatkan di lima PPS, manakala di Pasir Mas, 417 mangsa daripada 125 keluarga dipindahkan ke 11 PPS.

Hujan kadangkala lebat yang berterusan sejak malam tadi itu juga menyaksikan 274 mangsa daripada 89 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Pasir Puteh dan 189 daripada 50 keluarga lagi ditempatkan di tiga PPS di Machang.

Selain itu, seramai 138 mangsa daripada 34 keluarga ditempatkan di lima PPS di Tanah Merah, 81 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Bachok dan enam mangsa daripada dua keluarga di sebuah PPS di Kuala Krai.

Dalam pada itu, menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas melebihi paras bahaya dan semakin meningkat kepada 10.06 meter pada 7 pagi tadi berbanding 9.68 meter pada 9 malam tadi (paras bahaya 9 meter).






Monday, November 27, 2017

Najib: Kejayaan pemimpin BN bergantung pada peranan isteri


Kejayaan, keberkesanan dan kesejahteraan dibawa seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) terutamanya kepada rakyat bergantung kepada peranan dimainkan isteri pemimpin berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata isteri pemimpin itu memainkan peranan penting dalam menjadi teman setia yang memahami tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan suami mereka.
"Jika isteri jadi teman sejati, dapat hiburkan hati kita dan memahami tugas kita selain memahami hati dan jiwa kita, saya yakin setiap wakil rakyat BN akan lebih berjaya.
"Bab ini (perlu) beri perhatian supaya suami kita dapat jalankan tugas dengan baik terutama sudah dekat nak pilihan raya (umum) ini," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Penutup Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) di Bandar Hilir, Melaka, malam tadi.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri Perdana Menteri dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Pada majlis sama malam ini, Bakti dinobatkan sebagai johan keseluruhan program itu dan Najib turut menyampaikan piala iringan kejohanan kepada Rosmah selaku Yang Dipertua Bakti.
Najib berkata isteri-isteri wakil rakyat BN perlu mengamalkan pendekatan mesra rakyat dan memberikan sumbangan besar kepada rakyat tanpa wujud sebarang jurang pemisah.
"Ada kumpulan jika isteri (pemimpin) mainkan peranan, lebih meresap pengaruhnya. Misalnya persatuan ibu tunggal dan anak yatim di kawasan kita. Waktu musibah di kawasan kita, kalau isteri turun bersama-sama itu lebih baik.
"Isteri atas badan amal kebajikan mereka boleh lakukan amal dan pendekatan mesra rakyat bersama (pemimpin BN) membantu rakyat, sumbangan ini cukup besar kepada kerajaan BN," katanya.
Justeru, beliau berkata isteri pemimpin itu perlu mempelajari dan memahami segala usaha membantu rakyat yang dilaksana kerajaan BN bagi memudahkan mereka membantu suami masing-masing.
Najib berkata kerajaan banyak melakukan kebaikan untuk rakyat namun kurang mendapat penghargaan, maka usaha menghebahkan dan menerangkan perkara itu melalui fakta mampu dilakukan terutama oleh isteri pemimpin BN.
"Pemimpin sering berdepan dengan tohmahan dan fitnah namun ia (usaha menerangkan dengan fakta) boleh memperbetulkan persepsi terutamanya persepsi rakyat,” katanya. -Bernama

Sunday, November 26, 2017

((LIVE)) Ceramah PPBM di Felda sungai Tiang, Pendang Kedah

PENDANG PASTI BERUBAH..

((LIVE)) CERAMAH PENDANG PASTI BERUBAH di Sungai Tiang, Pendang
Bersama
YB Dato'Seri Hj Mukhriz Mahathir
Timbalan Presiden PPBM
YB Dato' Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
Tuan Abdul Razak Khamis
Ketua Penaja PPBM Bahagian Pendang
Gempur Pendang !!

((LIVE)) DS Mukhriz UMUM YB Dato' IR Amiruddin Hamzah ADUN PAS Anak Bukit SERTAI PPBM


((LIVE)) SIDANG MEDIA KHAS PPBM KEDAH!
Mengumumkan Ketua Pembangkang negeri Kedah, YB Dato' IR Amiruddin Hamzah ADUN PAS menyertai PPBM!


Kuok: Penjahat Cina 'musnahkan' Asia Tenggara


Hartawan Robert Kuok percaya bahawa walaupun kaum Cina umumnya membantu membangunkan Asia Tenggara, terdapat di kalangan 'mereka yang jahat' telah merosakkan bahagian rantau ini.
Usahawan yang berpangkalan di Hong Kong itu mengatakan bahawa perkara itu disebabkan kepimpinan yang lemah dan kurangnya institusi-institusi pengawasan yang kuat.
"Orang Cina yang baik telah membantu membina Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina serta menjadikan negara-negara ini seperti yang ada hari ini.
"Tetapi ada juga Cina jahat dan tidak berhati perut, yang pada akhirnya telah menghancurkan banyak bahagian Asia Tenggara.
"Kenapa orang-orang ini dibenarkan memusnahkannya? Ini kerana kepimpinan yang lemah," kata Kuok dalam petikan memoirnya yang disiar di South China Morning Post (SCMP) hari ini.
Kuok berkata beliau pernah memberikan amaran mengenai "penjahat Cina" dan keperluan menubuhkan institusi pengawasan yang kuat di Jakarta semasa presiden Suharto.
Menurut Kuok, beliau pada mulanya memohon Jakarta menggunakan kepakaran usahawan Cina untuk membangunkan ekonomi Indonesia.
Bagaimanapun, beliau berkata sesetengah usahawan Cina ini boleh menjadi "penjahat yang sangat besar" dan oleh itu penting bagi kerajaan memiliki badan pengawasan yang kuat.
"Apa yang saya katakan ialah dalam ekonomi laissez-faire, anda mesti benarkan perniagaan berkembang dengan bebas, tapi pada masa yang sama anda mesti mempunyai badan pemantauan yang sangat terlatih dan berdisplin.
"Di mana terdapat penyelewengan dan jenayah yang dilakukan, anda mesti turun dengan cepat dan memberikan hukuman yang keras kepada penjahat ini.
"Anda harus menunjukkan contoh kepada mereka supaya orang Cina yang jujur ​​akan membantu negara anda dan orang-orang yang tidak jujur ​​dihalang," katanya di Jakarta ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin dari berbagai negara Asia Tenggara.
Namun Kuok berkata nasihatnya tidak diendahkan, bukan hanya di Indonesia tetapi juga di kebanyakan negara lain di Asia Tenggara.
Sebagai perbandingan, beliau berkata Singapura bagaimanapun dapat menangani perkara itu di bawah pentadbiran bekas perdana menterinya, Lee Kuan Yew.
"Dengan unsur-unsur tidak baik dapat dikawal, lihat apa yang telah dicapai oleh Singapura dengan memanfaatkan tenaga orang Cina di seberang laut," kata Kuok. - MK

Dr Maza Hentam Parti PAS yang suka Pecah Belahkan Rakyat


Saturday, November 25, 2017

[JANGAN FANATIK MELULU] Mufti Perlis ulas Kejian UMNO, PAS terhadap Tun Hasmah Tak Pakai Tudung

sumber: Friends of BN

[CARI PENDATANG JUMPA JUTAAN WANG] Imigresen rampas RM12.1 juta dalam 2 operasi pelacuran

Sepasukan penguatkuasa imigresen terkejut dengan penemuan RM12.1 juta menerusi operasi membanteras kegiatan pelacuran di Sabah, yang merupakan rampasan wang tunai terbanyak dalam sejarah jabatan itu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dipetik China Press sebagai berkata, operasi itu dijalankan di 2 lokasi di Kota Kinabalu, Khamis lalu, di mana pasukan penguatkuasanya menemui wang tunai lebih RM11 juta dalam bilik sebuah hotel.
Beliau ketika menghadiri program di Akademi Jabatan Imigresen di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini berkata, berdasarkan maklumat risikan, mereka kemudiannya menemui lebih RM1.1 juta lagi dalam sebuah bangunan lain.
Katanya, pihaknya belum tahu pemilik wang tunai itu dan siasatan dijalankan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Mustafar berkata, jabatan itu berjaya menyelamatkan 17 warga Filipina berusia lebih 10 hingga 40 tahun yang dipaksa melacur, selain menahan 2 lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Filipina.
Katanya, kes itu diserahkan kepada unit khas yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Datuk Jaafar Mohamed untuk siasatan lanjut. - FMT

Ku Nan: Jangan lagakan UMNO dan PAS!



Semua pihak digesa supaya tidak melaga-lagakan hubungan antara PAS dengan Umno kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Kita tunggulah, jangan laga-lagakan Umno dan PAS dan bangsa lain termasuk komponen parti.

“Tunggu sahaja apa yang akan berlaku. Bukan hanya dengan PAS, barangkali dengan parti-parti lain pun kita boleh bergabung, tidak ada masalah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Nadi Negara 2017 di PWTC hari ini.

Menjelang Persidangan Agung Umno 2017 bulan hadapan, isu itu dijangka bakal menjadi topik hangat para perwakilan parti.

Tengku Adnan yang senang di sapa sebagai Ku Nan berkata demikian ketika ditanya mengenai Datuk Seri Najib Razak yang pernah menghulurkan salam perpaduan kepada PAS ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015.

Rentetan itu, PAS dilihat berada di 'belakang' Umno apabila sikap mesra yang ditunjukkan pemimpinnya dalam dasar Umno dan kerajaan.

PAS bagaimanapun menafikan kerjasama dengan Umno, sebaliknya permuafakatan di antara dua parti itu atas konsep taawun iaitu penyatuan atau kerjasama dalam perkara kebaikan dan bukan perkara kejahatan.

Gelar menteri 'korup', MP DAP bertelagah dengan Pandikar


Sidang Dewan Rakyat pada sebelah petang 'hangat' apabila berlaku pertelagahan di antara Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai dan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung kenyataan wakil rakyat DAP itu menggelar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai 'korup'.

Kenyataan 'korup' itu mengundang kritikan daripada beberapa ahli Parlimen BN bahawa ucapan Tan tersasar daripada perbahasan Bajet 2018.

Pandikar kemudian menegur Tan dan menggesa agar wakil rakyat DAP itu menarik balik perkataan yang bersifat menyentuh seseorang ahli Parlimen lain.

Bagaimanapun, Tan tetap dengan pendiriannya sambil mendakwa gelaran 'korup' itu dilontar berkait dengan persepsi orang ramai terhadap menteri itu.

Setelah ditegur berkali-kali oleh Pandikar, akhirnya Tan menarik balik perkataan 'korup' dan menukar kepada 'tidak ada integriti'. - MK

Thursday, November 23, 2017

Kecoh... MP Cheras diarah keluar dewan



Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee mengarah bentara Parlimen mengiringi Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai keluar dewan setelah ingkar dengan arahannya supaya duduk.


Kekecohan bermula sewaktu Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Loga Bala Mohan Jaganathan sedang berucap, Tan ingin bangun mencelah walaupun belum lagi diberi laluan.



Ini membuatkan Loga membuat dakwaan bahawa terdapat beberapa operator pusat-pusat perjudian sekitar Cheras menggunakan nama Tan untuk menjalankan operasi perniagaan itu.



Kenyataan Loga itu menimbulkan rasa tidak puas hati Tan yang mengarahkan supaya timbalan menteri itu menarik balik kata-kata dakwaannya.



Ketika itu, beberapa ahli parlimen BN dan pembangkang masing-masing mencelah dan menghangatkan lagi suasana dalam dewan.



Bagaimanapun, Ronald membuat keputusan mengarahkan Tan keluar dewan setelah melanggar peraturan dewan.


Terdahulu, berlaku pertelagahan di antara Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai dan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung kenyataan wakil rakyat DAP itu menggelar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai 'korup'.



Kenyataan 'korup' itu mengundang kritikan daripada beberapa ahli Parlimen BN bahawa ucapan Tan tersasar daripada perbahasan Bajet 2018.



Pandikar kemudian menegur Tan dan menggesa agar wakil rakyat DAP itu menarik balik perkataan yang bersifat menyentuh seseorang ahli Parlimen lain.



Bagaimanapun, Tan tetap dengan pendiriannya sambil mendakwa gelaran 'korup' itu dilontar berkait dengan persepsi orang ramai terhadap menteri itu.



Setelah ditegur berkali-kali oleh Pandikar, akhirnya Tan menarik balik perkataan 'korup' dan menukar kepada 'tidak ada integriti'. - MK

Tuesday, November 21, 2017

Tulisan Terkini Tun M: Takut Kalah


1. Najib takut kalah.
2. Untuk elak dari kalah Najib sanggup buat apa saja. Bahawa perbuatannya boleh ditakrif sebagai penipuan, haram, bertentangan dengan undang-undang, tidak bermoral, memalukan, melawan arus dan adat tidak mengapa. Jika dianya dipandang hina, pedulikan. Rasuah, sogokan dilakukan secara terbuka tanpa segan silu. Jabatan Kerajaan diperalatkan secara salah. Pembangkang ditekan, disoal, ditahan, di penjara oleh polis, didakwa di mahkamah.

3. Jabatan Hasil Dalam Negeri tuntut cukai tanpa asas, senarai hitam peniaga dan perniagaan, tahan pasport, beku wang dalam bank.

4. MACC tuduh kononnya penyokong pembangkang terlibat dengan pembersihan wang haram, diugut untuk ditangkap dan dihadap ke mahkamah. Wang didalam bank dibekukan. Tak dapat berniaga, tak dapat teruskan projek. Rugi. Perbuatan MACC jelas berunsur politik kerana tindakan yang sama tidak diambil terhadap jenayah oleh anggota parti BN dan UMNO.

5. Pemimpin parti lawan dituduh seleweng duit Kerajaan, disoal berjam-jam, dimasuk lokap, dipakai baju lokap, didedah kepada orang ramai, diambil gambar untuk disiar dalam akhbar dan T.V.

6. Tetapi parti lawan tidak akan terganggu meneruskan kempen mereka. Najib dikenali sebagai perompak, penyamun, kleptokrat. Perbuatan kami diasaskan kepada perkara-perkara yang diketahui umum memang berlaku.

7. Takut kepada parti-parti lawan yang telah bergabung Najib cuba halang gabungan dari dilakukan.

8. Dengan itu kelulusan untuk daftaran gabungan tidak diberi setelah berbulan permohonan dibuat.

9. Caranya mudah. Tidak lulus secara rasmi. Tidak tolak secara rasmi. Tetapi tidak beri jawapan samada lulus atau tidak. Hanya tidak jawab. Dalam pertimbangan. Belum lulus tidak berbeza dari tidak lulus.

10. ROS tidak jawab surat. Tunggu Menteri. Menteri hilang. Ada tetapi tidak ada. Jadi tidak dapat jawab.

11. Sebulan, dua bulan, suku tahun, setengah tahun. Tak jawab. Bukan tolak. Hanya tak jawab.

12. Mungkin dilulus 5 minit sebelum bubar Parlimen.

13. Maka bermasalahlah Gabungan Parti Lawan. Logo dan simbol tidak dikenali oleh orang ramai, oleh pengundi. Maka terkelirulah mereka bila mengundi.

14. Kempen parti lawan bermasalah. Tak dapat adakan sepanduk, tak dapat adakan bendera, tak dapat pamer slogan, perkenal calon dan bermacam lagi.

15. Harapan Najib pengundi tak dapat undi gabungan parti lawan.

16. Harapan Najib BN tak kalah.

17. Tetapi BN tetap kalah.

18. Rakyat bukan bodoh. Mereka tahu akan segala-galanya. Mereka tahu Najib seleweng duit 1MDB berbillion. Mereka tahu 2.6 billion masuk akaun Najib dalam AmBank.

19. Mereka tahu duit Felda, duit KWSP, duit KWAP, duit Tabung Haji telah hilang.

20. Mereka tahu tanah Kerajaan disamun beli, dijual, mereka tahu peranan Rosmah, Jho Low, Riza Aziz menghilangkan duit berbillion.

21. Mereka sedar nama Malaysia sudah jadi kotor kerana Najib. Apakah mereka ingin kotorkan lagi negara tercinta ini.

22. Mereka tahu semua. Awak boleh sogok tetapi sogokan tidak lagi berkesan.

23. Mereka mahu Kerajaan baru. Dan ini mereka akan dapat dengan mengalahkan BN, UMNO dan Najib.

24. Buatlah apa pun. Majoriti rakyat sudah pun putuskan. Najib akan disingkir.

25. Derita mereka hanya dapat ditamatkan dengan memilih Pakatan Harapan.

26. Najib! Kamu patut takut. Dosa kamu akan membawa kekalahan di dunia.

27. Itulah nasib yang menunggu kamu.

28. Ya. Kamu patut takut. Bagi yang membuat dosa ada balasan lagi di akhirat.

[Hanya 2 Berkecuali] 6 MP PAS BERSAMA PH dalam Undi Belah Bahagian Dewan Rakyat


Ahli Parlimen PAS yang mengundi menolak Bajet 2018 dalam usul pengundian blok (belah bahagian) malam semalam, mungkin tidak menerima arahan mengenai cara mengundi, kata seorang rakan mereka. 

Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berkata mereka mungkin terkejut. 

“Mungkin mereka tidak dapat arahan (mengenai pengundian blok). Terkejut,” kata Idris kepada Malaysiakini. 

Beliau bagaimana pun enggan menjawab apabila ditanya sama ada arahan yang dimaksudkannya adalah supaya ahli parlimen PAS mengambil pendirian berkecuali dengan tidak mengundi. 

Namun, katanya setiap wakil rakyat PAS bebas membuat keputusan mereka sendiri, dan tiada tindakan akan diambil terhadap mereka. 

Malam semalam, pembangkang hampir berjaya menolak Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa Bajet peringkat jawatankuasa diluluskan dengan 52 anggota parlimen mengundi untuk menyokong manakala 51 yang lain membantah. 

Idris, yang adalah naib presiden PAS, dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff memilih untuk tidak mengundi. 

Bagaimanapun, enam ahli parlimen PAS yang lain mengundi menentang belanjawan itu, iaitu Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Ahmad Marzuk Shaary (Bachok), Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun), Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh), Izani Husin (Pengkalan Chepa) dan Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian). 

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan pemimpin tertinggi lain, Datuk Takiyuddin Hassan, Nasrudin Hassan, Nik Abduh Nik Aziz, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali dan Che Rosli Che Mat tidak hadir. 

Idris kemudian membidas mereka yang memfitnahnya dan Siti Zailah kerana menjauhkan diri dari undi blok tersebut. Di dalam catatan Facebook, beliau berkata bahawa undi blok malam tadi bukanlah protes terhadap kenaikan kos sara hidup. - MK

[ACAH2 LAWAN TAPI SEBENARNYA JURUCAKAP UMNO?] Gagal daftar parti bukti PPBM tak layak tadbir negara, kata PAS

KOTA BHARU: Kelemahan PPBM untuk menyelesaikan masalah remeh pendaftaran parti itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membuktikan kepimpinan parti itu tidak layak untuk mentadbir negara ini, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata PPBM tidak mempunyai kualiti kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat apabila soal pendaftaran dan kegagalan mengadakan mesyuarat agung parti tidak dapat diselesaikan sekian lama.
“Semua ini menunjukkan kelemahan pengurusan. Tidak sepatutnya seorang pemimpin yang pernah jadi seorang perdana menteri selama 22 tahun, tiba-tiba nak urus pendaftaran dan pengurusan parti pun tak boleh selesai … macam mana nak dapatkan sokongan masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.
Mohd Amar berpendapat kegagalan Pakatan Harapan (PH) untuk didaftarkan adalah lebih baik kerana memberi peluang kepada PAS untuk bertanding 1 lawan 1 dengan BN.
“Bagi kita kalau tak ada langsung PH lebih baik… biar PAS sahaja yang lawan dengan Umno (dan BN),” katanya.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata kegagalan PPBM mengadakan perhimpunan agung tahunan sejak pendaftaran parti itu diluluskan serta permohonan pindaan perlembagaan PPBM yang belum diluluskan turut menyebabkan permohonan pendaftaran PH tidak dapat dilakukan.
Ini selain kegagalan DAP yang menganggotai PH menyelesaikan laporan pemilihan semula ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 12 Novomber lepas. - FMT

Undi BERKECUALI Selamatkan BN, PAS kah HANTU itu?


VIDEO Dewan Rakyat KECOH lagi, BN didakwa MENIPU dalam undi belah bahagi


KUALA LUMPUR, 20 NOV: Dewan Rakyat kecoh seketika apabila wujud kejanggalan dalam proses undi belah bahagi perbahasan belanjawan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
“Sebenarnya BN sudah kalah, tidak seharusnya dibenarkan diluluskan di peringkat jawatankuasa,” tegas Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.
Pengerusi, Datuk Ronald Kiandee didakwa telah melengah-lengahkan pengundian yang akhirnya memberi kelebihan kepada pihak kerajaan sebanyak satu undi sahaja, apabila membenarkan tiga Ahli Parlimen BN yang datang lewat untuk terus mengundi.
Dewan langsung kecoh apabila blok pembangkang melaungkan seruan ‘Tipu!’ berkali-kali membantah pengiraan yang memakan masa 20 minit walaupun hanya berbeza satu undi.
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang bangun bagi menentang penyalahgunaan proses yang berlaku, menegaskan bahawa Speaker perlu bertindak secara adil.
“Semua ahli-ahli yang di dalam dewan sahaja yang boleh mengundi. Soalan yang berbangkit ialah sama ada kita boleh tunggu sampai semua ahli parlimen tiba,” jelasnya dalam sidang media di lobi parlimen sebentar tadi.
“Proses pengundian dilengahkan sehingga tiga ahli parlimen tiba pada saat-saat akhir. Semua yang hadir sahaja boleh mengundi, tidak boleh tunggu sepanjang malam,” tambahnya, merujuk Aturan 47 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sambil menyifatkan tindakan Speaker sebagai satu penyalahgunaan kuasa.
Bagi Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa wujudnya penipuan pengiraan undi di dalam Dewan Rakyat menghakis keyakinan umum terhadap proses demokrasi ketika pengiraan undi dalam pilihanraya.
“Kalau dalam dewan pun berlaku penipuan dari segi kiraan, bagaimana kita nak yakin dengan pilihanraya di luar sana?” soalnya.
“Sebenarnya apabila loceng berbunyi, itu tandanya diminta kepada semua ahli parlimen masuk ke dewan. Apabila telah diberi masa, di situ mulanya pengiraan.
“Tetapi malangnya (Speaker) melengah-lengahkan. Mungkin dia tengok waktu tu belum cukup undi, dia tunggu lagi. Ini yang kami pertikaikan,” tegas beliau.
Ada wakil rakyat berkecuali
Sementara itu, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke pula berkata, blok pembangkang telah terlepas peluang untuk menghantar mesej yang kuat kepada kerajaan berkenaan kenaikan kos harga barang dan harga petrol.
“Kita sebenarnya di blok pembangkang ada peluang keemasan ini kerana kita mempunyai 53 orang ahli.
“Tetapi yang mengundi untuk menolak jawatankuasa KPDNKK ini hanya 51 orang. BN menang hanya dengan satu undi. Ada dua orang dari blok pembangkang yang berkecuali,” jelasnya.
Beliau bagaimana pun enggan menamakan siapakah dua individu tersebut bagi menghormati proses parlimen, dan membiarkan pihak dewan merakamkan nama mereka.
“Ada yang bukan dari HARAPAN mengundi bersama kita, dan ada dua orang berkecuali. Dua orang inilah yang menyebabkan kita tidak dapat menewaskan belanjawan di peringkat jawatankuasa pada malam ini.
Kertas undian bagi setiap blok tidak boleh diubahsuai apabila ia telah ditandatangani oleh ketua blok dalam proses undi belah bahagi.
Namun Dewan Rakyat menyaksikan malam ini bagaimana dua blok pihak kerajaan mendapat semula borang tersebut untuk diubahsuai bagi menambah undi ahli dewan yang tiba pada saat akhir.
Lima ahli parlimen BN didakwa bergegas masuk ke dewan, tiga daripadanya muncul setelah kertas undi ditandatangani, termasuk Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said. – Roketkini.com

Sunday, November 19, 2017

[NASIB MELAYU] 95 peratus miskin adalah Bumiputera


KUALA LUMPUR – Kadar kemiskinan di Malaysia pada masa ini disumbangkan oleh kaum Bumiputera.
Naib Presiden Perkasa, Datuk Ruhanie Ahmad berkata, sebagai bangsa teras, kaum Bumiputera sudah jauh ketinggalan dalam bidang sosioekonomi.

“Pergilah Pavilion, kita gigit jari tengok kedai-kedai dalam tu. Berapa ‘kerat’ orang Bumiputera yang ada kedai dalam tu?

“Adalah seorang dua yang berniaga itupun gerai-gerai di luar, bukan kedai, sedangkan Melayu adalah bangsa teras,” katanya dalam ucapan pembukaan dalam Forum Belanjawan 2018 - Di mana keistimewaan Bumiputera?, di sini malam tadi.

Beliau berkata, sejak akhir-akhir ini wujud pelbagai petanda di mana kedudukan sosioekonomi Bumiputera dalam bahaya.

"Ini bukan kerana kerajaan tidak mempedulikan keselamatan, kelangsungan dan kesejahteraan sosioekonomi tetapi disebabkan kerajaan menyamatarafkan perjuangan dengan bukan Bumiputera.

“Walaupun tak salah tetapi ia bertentantangan dengan Perkara 153 Perelembagaan Persekutuan di mana segala dasar dan program affirmatif dan ‘empowerment’ sosioekonomi Bumiputera tidak boleh disamaratakan dengan kaum-kaum lain di Malaysia,” katanya.

Ruhanie berkata, dengan apa yang berlaku hari ini, menjadikan Bumiputera menjadi kelas kedua di belakang kaum Cina.

“Kita jadi warga kelas kedua. Tapi Perkasa tak reda perkara ini berlaku. Bila bajet 2018, ini bukan ibu segala bajet.

“Saya pernah jadi Pengerusi Mara, MRSM diwujudkan untuk melonjakkan modal Bumiputera. Bila bajet yang kerajaan beri sama nilai dengan SK (J) Tamil, saya tak boleh terima.

“Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil hanya 10 hingga 12 orang saja. Bumiputera adalah bangsa teras, perlu lebih,” katanya.
Jelasnya, tindakan kerajaan yang mahu Bumiputera melabur dalam amanah harta adalah tidak tepat.

“Kita bukan nak itu, tetapi kita mahukan kuasa membeli. Tetapi, siapa yang perjuangkan nasib Bumiputera?

“Tak ada yang berani bersuara. Kerana itu, banyak isu-isu yang melibatkan kaum Bumiputera, tidak ada yang bantah,” katanya - SH

[RUPANYA M'SIA TIDAK EKSPORT DURIAN BIJI] Viral palsu China tolak 20 kontena musang king

KUALA LUMPUR, 30 Safar 1439H, Ahad – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menafikan maklumat viral berhubung kegagalan 20 kontena durian Musang King memasuki China yang dikesan mengandungi racun serangga.
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kementerian itu, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan berkata, maklumat viral berkenaan adalah tidak berasas dan tidak sahih.
Katanya, buat masa ini durian segar berkulit dari Malaysia masih belum diberikan akses pasaran ke China.
“Daripada gambar yang viral, rupa durian itu tidak sama dengan bentuk dan sifat Musang King Malaysia. Setakat ini, Malaysia hanya diberikan kebenaran untuk mengeksport durian separa proses seperti pes dan produk-produk industri asas tani berasaskan durian,” katanya menerusi laman Facebooknya.
Beliau berkata demikian mengulas penyebaran gambar viral semalam, berhubung 20 kontena durian Musing King yang didakwa dikembalikan semula ke Malaysia kerana tidak dibenarkan memasuki China.
Gambar viral itu dimuat naik seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Michael Chan.
“Durian-durian Musang King dijual murah. Jangan diperbodohkan, ini adalah durian-durian yang ditolak oleh negara China kerana kandungan racun perosak yang tinggi dikesan,” tulisnya yang meminta orang ramai tidak membeli durian Musang King itu.
Mengulas lanjut Sallehuddin berkata, Malaysia ketika ini sedang dalam proses memohon untuk mendapatkan akses pasaran bagi buah durian dalam bentuk biji yang disejuk beku pada suhu bawah -80 selsius melalui proses individual quick freezing (IQF) dan mengekalkan suhu pada suhu -18c.
“Ini adalah antara kaedah terbaik bagi memastikan durian Malaysia kekal segar dan berkualiti sepanjang rantaian nilai pengeksportan,” katanya.

Saturday, November 18, 2017

Trend Pergi UMRAH UNTUK RIAK


Terkenal selepas pergolakkan rumah tangga dengan bekas suami, Hafiz Hamidun, Joy Revfa sekali lagi dikecam apabila memuat naik gambar berdoa di masjid Nabawi, Madinah beberapa hari lalu. Ramai mempertikaikan keikhlasan usahawan itu ketika beribadah kerana gambar terbabit.

Jika dilihat pada gambar itu, ketika orang ramai sedang kusyuk beribadah, Joy pula duduk mengadap arah bertentangan, bergambar sambil menadah tangan berdoa. Bagaimanapun perkongsian itu menimbulkan rasa tidak senang orang ramai kerana bimbang timbul perasaan riak ketika beribadah.

Dalam gambar lain, wajah Joy turut dilihat bertata rias, lengkap dengan gincu dan ‘eyeliner’ sehingga ada yang mempersoalkan bilakah wanita itu beribadat? Tidak habis disitu, ada juga melemparkan rasa skeptikal terhadap selebriti yang sering ke tanah suci hanya untuk bergambar samata.
Menyedari dirinya dikritik, Joy tidak berdiam diri. Dalam satu komen, Joy sempat membalas kecaman peminat dengan menjelaskan gambar tersebut dimuat naik ketika beliau makan dan bukan ketika beribadat.
Apapun memang bukan kerja manusia untuk mengukur keikhlasan seseorang dalam beribadat. Tetapi sebaiknya rebutlah peluang beribadat ketika berada di tanah suci dan lupakan seketika dunia media sosial. (rtky/w)

Pesawat TUDM MENDARAT CEMAS TANPA TAYAR di Labuan petang tadi


LABUAN: Pesawat angkut C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, pesawat terbabit menghadapi masalah kekaki pesawat 'landing gear' yang menyebabkan ia tidak dapat mendarat secara normal.

TUDM menerusi kenyataan di sini, sebentar tadi, berkata pesawat itu membuat pendaratan cemas tanpa tayar selepas enam jam berlegar-legar untuk membakar minyak di udara.
"Juruterbang dan semua anak kapal tidak mengalami sebarang sebarang kecederaan dan landasan ditutup sementara sehingga diberitahu kelak," kata kenyataan itu. - BH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com