innity

pages

Friday, October 13, 2017

Zamihan Tidak Menghasut, Tidak Perlu Direman – Concerned Lawyers for Justice (CLJ)


Kuala Lumpur: Kenyataan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari yang sedang ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan di bawah seksyen 4A Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya yang menegur sultan sebuah negeri, berhubung isu dobi mesra muslim, tidak berunsur hasutan, kata Concerned Lawyers for Justice (CLJ) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Malah badan aktivis peguam itu juga berpandangan pendakwah tersebut tidak sepatutnya ditahan reman selama dua hari kerana pernyataan yang dibuat beliau sudah berada di domain awam, iaitu laman YouTube. 


“Di bawah seksyen 3(1)(a) Akta Hasutan 1948, cemuhan terhadap Raja sememangnya telah ditakrifkan sebagai hasutan. 

“Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak boleh dibaca secara sekerat sahaja, sebaliknya perlu dibaca secara menyeluruh, di mana seksyen 3(2) Akta Hasutan seterusnya memperuntukkan pengecualian daripada kesalahan menghasut, bagi seseorang rakyat yang menegur kesilapan seseorang raja. 

Seksyen tersebut memperuntukkan seperti berikut:- “…sesuatu perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain TIDAK BOLEH DISIFATKAN SEBAGAI MENGHASUT semata-mata oleh sebab perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu mempunyai kecenderungan — (a) bagi menunjukkan bahawa mana-mana Raja telah dikelirukan atau tersilap dalam apa-apa langkah yang diambil olehnya…” 

Oleh itu, “…setelah meneliti dan mencermati sepatah demi sepatah kata-kata yang diungkapkan oleh Ustaz Zamihan, tidaklah boleh ianya dikatakan sebagai berunsur hasutan. Hal ini demikian memandangkan beliau semata-mata mengemukakan pandangan dan pendapatnya, berasaskan kepada bidang keilmuannya, berkenaan dengan hukum-hakam fiqh berkaitan wacana kesucian dalam Islam. 

“Justeru, Ustaz Zamihan semata-mata membangkitkan teguran kepada sultan, berasaskan kepada disiplin keilmuan, mengenai apa yang beliau percaya dengan suci hati sebagai kekhilafan di pihak sultan sebuah negeri. Sama ada tegurannya itu benar atau tidak, itu adalah isu berlainan, yang boleh dibahaskan secara akademik; tetapi apa yang pasti, ianya jatuh di bawah pengecualian yang diperuntukkan di bawah Seksyen 3(2) Akta Hasutan yang disebutkan di atas tadi, dan oleh yang demikian, tidaklah boleh dianggap sebagai hasutan.” 

CLJ juga mengingatkan bahawa, “Sungguhpun di bawah Kanun Acara Jenayah, pihak polis sememangnya diberi kuasa menahan reman selama tempoh tidak lebih daripada 4 hari untuk permohonan pertama, [3] tetapi ini hanya terpakai sekiranya penahanan itu diperlukan untuk membantu siasatan pihak polis. 

Dalam kes Ustaz Zamihan ini, kenyataannya telah pun terbit dalam laman YouTube, dan sudah berada dalam domain awam. 

Justeru jika polis ingin menyiasat kenyataan tersebut, ia boleh dicapai di internet tanpa perlu menahan reman Ustaz Zamihan. 

Jika ingin juga menahan Ustaz Zamihan, maka sepatutnya beliau dipertuduhkan terlebih dahulu di Mahkamah, supaya ketika itu beliau mempunyai hak untuk membuat permohonan ikat jamin. 

“Perlu diingat, seseorang yang ditahan reman belum pun lagi dibicarakan dan dibuktikan bersalah oleh Mahkamah. Dia hanya ditahan untuk membantu siasatan oleh pihak polis sahaja. 

Dia akan terus kekal tidak bersalah di sisi undang-undang, selagi dia belum dibuktikan sebagai bersalah di Mahkamah. 

Justeru, melainkan terdapat sesuatu sebab kukuh untuk dia dinafikan kebebasannya (seperti untuk membantu siasatan polis), maka dia tidak sepatutnya ditahan.” 

CLJ menegaskan walaupun tidak menyokong kenyataan yang diungkap oleh Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari, namun CLJ juga insaf bahawa seseorang raja atau sultan atau pemerintah itu tidaklah suci sehingga tidak boleh ditegur langsung. 

“Barang elok diingat semula titah Sultan Nazrin Shah dalam Konvensyen Perkukuh Pasak Negara beberapa bulan yang lalu. 

““Islam menyuntik dimensi baru kepada tatacara pemerintahan Raja Melayu, beralih daripada pemerintahan berpaksikan individu kepada pemerintahan berpaksikan syariah; menegaskan dua konsep, adil dan muafakat. Islam menghapuskan konsepsi lama yang menganggap Raja sebagai ‘penjelmaan tuhan di bumi’, status yang meletakkan Raja sama taraf dengan tuhan …. 

Nyatalah Raja mendukung amanah berat; peranannya bukan sahaja dinilai oleh warga di dunia ini, tetapi akan turut diadili di Padang Mahsyar nanti. 

Di Mahkamah Rabbuljalil, berhadapan ALLAH Yang Maha Esa, Raja ketika itu sudah tidak ada Peguam Negara; ketika itu Raja juga bergantung kepada amar ma’ruf yang telah disempurnakan untuk menjadi Peguam Belanya.”

www.menara.my

7 comments:

  1. Rakyat tak nampak statement ustaz ni sesuatu yg menghasut berdasarkan ilmu pengetahuan yg dimilikinya...

    ReplyDelete
  2. Sapa yg minta pendapat ostad nih? Kalau xdak sapa yg minta dia bagi pendapat yg bercanggah dgn perkara yg dahpun dipersetujui kira dia seolah cuba nak menghasutlah. Dia nak suruh semua org baca pendapatnya secara sengaja & x sengaja.

    Tapi kalau ada org yg pi tanya dia minta pendapat. Lepaih tu dia tu yg pi sebaq kat semua org. Haaa... Hat org yg pi tanya dan pi kasi viral tu yg menghasut. Org ni yg patut kena tangkap. Saja nak pi tanya paihtu saja nak kasi ramai.

    ReplyDelete
  3. Post ini menghina DYMM Sultan Johor. Ayat "sultan johor bukan suci" cuba membuat pembaca benci baginda. Saya bantah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara,
      Tak perlu terbawa2 membela insan yg berkuasa. Rujuk dokumen berikut:
      1. Penyata Rasmi Parlimen atau Hansard 1993.
      2. Zainudin Maidin, The Other Side of Mahathir, Bab 4.
      3. Abdullah Ahmad, Conversation With Tunku Abdul Rahman, Bab 6.

      Delete
  4. Walaupun saya tidak berapa berkenan dengan cara penyampaian ceramah agama oleh Ustaz Zamihan ini, tetapi berhubung penangkapan beliau kononnya menghasut untuk memburukkan Sultan Johor, saya beranggapan ia agak keterlaluan, dan nampaknya institusi negara ini bukan sahaja dipergunakan untuk kepentingan oleh segelintir menteri, tetapi turut dipergunakan untuk kepentingan diri oleh golongan istana terutama dari Johor.

    Perlu disedari bahawa dalam isu ceramah oleh Ustaz Zamihan berhubung isu dobi untuk muslim sahaja, tak ada pun menghasut menghina Sultan Johor, beliau membuat teguran sahaja, kalau tak mau teguran payah la, sebab pasal apa selama ini Ustaz Zamihan mengkritik ramai orang lain, tetapi tidak pula beliau ditangkap atas tuduhan menghasut?

    Masalah kita di Malaysia sekarang ini, ada golongan istana yang terlalu nak menonjol hingga menyebabkan rakyat makin meluat dengan sikap mereka. Dalam isu golongan istana dari Johor ini, bukan setakat Sultan Johor, malahan Tengku Mahkota Johor pun sama, terlalu nak menonjol hingga berkelakuan yang tidak menyenangkan rakyat.

    Dalam isu dobi untuk muslim yang kononnya bersikap perkauman, patutnya Sultan Johor turut mengkritik syarikat-syarikat kaum Cina yang bila membuat iklan mengambil pekerja selalu ditulis "Chinese only", "Must Speak Mandarin" dan beberapa yang bersikap perkauman, tetapi pasal apa dalam isu ini Sultan Johor senyap sahaja tanpa berkata apa-apa?

    Dalam isu dobi muslim itu, lantak la pengusaha dobi itu hanya menerima pakaian umat Islam sahaja untuk didobi, itu hak dia sebagai pemilik kedai, macam kelab-kelab ekslusif juga la, tak bagi orang kebanyakan masuk, bagi tokey-tokey kaya, golongan istana masuk, tak ada pula dikritik oleh Sultan Johor atau anaknya.

    Rakyat melihat semua drama ini yang dimainkan oleh golongan istana terutama dari Johor, tak payahlah nak bermuka-muka, kerana makin lama makin orang meluat dengan gelagat kemaruk menonjolkan diri hingga bercakap sesuka hati dan bertindak sesuka hati.

    Sebab negeri lain ada raja juga, ada sultan juga, tapi tak ada la kemaruk buat kenyataan itu ini yang diri sendiri pun tak faham hukum hakam sesuka hati sahaja.

    Sedarlah walaupun golongan istana, walaupun berstatus seorang sultan, tengku mahkota, menteri atau VVIP, itu semua adalah status dunia sahaja, tidak mencerminkan status di sisi Allah Taala, tak payahlah nak nak membangga diri hingga membawa kembali budaya "Raja Bayangan Tuhan di Bumi" seperti zaman Hindu Buddha di zaman silam.

    Perlu diingat bahawa negara ini ada undang-undang yang berteraskan Perlembagaan Malaysia, malahan Sultan dan ahli keluarganya pun tertakluk kepada undang-undang tersebut, maka kita harap, pihak yang berwajib sekiranya melihat apa yang salah dibuat oleh golongan istana ini, maka ambillah tindakan yang sewajarnya berdasarkan undang-undang, kalau tidak elok panggil sidang parlimen untuk mansuhkan semua peruntukkan undang-undang dalam Perlembagaan Malaysia dan buat perlembagaan baharu yang membolehkan golongan istana membuat sesuka hati mereka.

    ReplyDelete
  5. Pihak berkuasa patut baca hansard parlimen semasa untuk mengurangkan kekebalan raja-raja berhubung tindakan golongan istana tertentu yang bersikap melanggar undang-undang dan membuat zalim terhadap rakyat tetapi tidak ditangkap, tidak direman, kerana yang membuat itu golongan istana. Keadilan jenis apakah ini? Patutnya ambik hansard tersebut dan suruh Sultan Johor baca, biar dia nafikan satu persatu apa yang tercatat dalam hansard itu beserta buktinya.

    Sedangkan Nabi Muhammad yang begitu mulia di sisi Allah, sedangkan para Sahabat Rasulullah seperti Umar Al-Khattab, Khalifah Al-Rasyidin yang kedua yang terkenal dengan sikap tegas dan garangnya boleh menerima teguran dari rakyat hatta teguran yang begitu keras seperti yang diterima oleh Saidina Umar Al-Khattab apabila dia meminta rakyatnya membetulkan jika dia membuat kesalahan, maka maju ke hadapan seorang badwi menghunus pedang menyatakan dia akan membetulkan kesilapan yang dibuat Saidina Umar Al-Khattab dengan pedangnya, tak pula Saidina Umar pergi bagi penampar atau menyuruh askar membelasah badwi tersebut, kerana apa yang dinyatakan oleh badwi itu adalah benar, jadi Saidina Umar Al-Khattab menerima kritikan itu dengan terbuka.

    Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang menunjukkan teladan yang baik kepada rakyatnya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat baginda dan khalifah-khalifah yang berakhlak mulia selepas itu, bukannya pemimpin yang bermuka-muka kononnya berjiwa rakyat, tetapi berlagak, sombong, suka pukul orang, suka buat ainaya kepada orang atau mempergunakan harta negara atau negeri sesuka hatinya.

    Sedarlah bahawa apa yang diperbuat oleh kita di dunia ini akan diadili oleh Allah di akhirat kelak, di akhirat Allah tak hairan pun orang tu pangkat atau darjat setinggi mana di dunia, sebab Allah adalah Raja Segala Raja, kekuasa Allah adalah tidak terbatas, bukan sekadar alam semesta ini, tetapi alam-alam lain yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dgn anda. Namun non pada sultan sahaja tapi pm 12th ada sekarang dan president PAS yAng keluarkan AMANAT KAFIR itu.Juga ustaz yg telah lacurkan agama, full of superficiality and hipokrasi

      Justice does not pilih bulu. Semua diadili di akhirat.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com