innity

pages

Wednesday, October 11, 2017

Zamihan DITAHAN Polis kerana hasutan

Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin ditangkap petang tadi, dalam  siasatan polis yang dipercayai ke atas kenyataan yang didakwa mengkritik Sultan Johor dalam kontroversi dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja”.
Beliau ditangkap selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan kertas siasatan dibuka selepas menerima laporan terhadap Zamihan semalam.
Zamihan telah ditangkap petang tadi jam 3.50 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Esok akan memohon penahanan reman di Mahkamah Jalan Duta,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd tanpa mengulas lanjut.
Semalam, raja-raja Melayu mengecam dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja” termasuk kontroversi dobi “mesra Muslim di Johor dan seumpamanya di Perlis sebagai tindakan yang bersifat keterlaluan, boleh menjejaskan keharmonian, dan membawa implikasi lebih mendalam sekiranya bersabit dengan dan dilakukan atas nama Islam.
Kecaman itu menyusuli penularan video Zamihan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, yang berkata kenyataan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu “tidak patut”, dan mempertahankan dasar kedai dobi itu kerana pakaian orang bukan Islam masih tidak cukup bersih, malah menganggap orang bukan Islam tidak membersihkan diri selepas membuang air besar.
“Ada sultan kata ‘dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negeri beta’, dan ‘ini bukan negeri Taliban…’? Tak patut Tuanku Sultan cakap macam itu,” kata Zamihan.
Beliau juga membuat kenyataan terhadap rakyat Cina Malaysia.
“Cina biasa kencing berak tak basuh. Bagaimana tentang darah haid mereka, pada pakaian dalam mereka, peluk dakap anjing, minum arak, tumpah arak, makan babi, sup babi. Itu semua sinonim dengan mereka,” kata Zamihan, sambil mencabar rakaman ucapannya ditunjukkan kepada pihak atasan termasuk sultan.
“Silakan! Apa kita nak takut kalau kita bercakap menjunjung kebenaran?” tambahnya.
Bagaimanapun, Zamihan hari ini memohon ampun kepada Sultan Johor dan menyerang beberapa media sambil mendakwa difitnah. Zamihan juga berkata beliau tidak menggunakan perkataan “kasar” terhadap Sultan Ibrahim.
Zamihan kemudian mengugut menyaman beberapa portal berita termasuk FMT, sambil menyerang FMT kerana mempunyai agenda “merosakkan hubungan antara kaum” dan memburukkan imej beliau. -FMT

8 comments:

  1. Tapi kata2 ust.zamihan memang tak kasar. Kalau dia dah mohon maaf itu kira selesailah.

    Perbezaan pandgn sepatutnya diraikan, selagi dia tak menggunakan ayat yg menghina Sultan, mengganggu ketenteraman. Adakah kita langsung tak boleh membetulkan Sultan secara umum itu yang salah? Maka polis mesti beritahu didik ini kpd rakyat supaya rakyat betul2 faham. Jgn tangkap shj, tetapi rakyat akan terus ulang kesalahan.

    ReplyDelete
  2. Gedebe tak kena tempat, haaa sekarang kau rasalah nikmat terlajak kata yang kau sendiri ungkapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tunggu juga tindakan kepada iklan yang berunsur perkauman yg berleluasa selama ini... peminpin2 negara x nak komen kerrrr ????

      Delete
  3. Zamihan ni belajar agama tak habis.
    Dia tak pernah b elajar pasal TAYAMMUM iaitu
    beristinjak menggunakan benda-benda kesat macam batu,
    kertas,dll. Dia cuma tahu bersih, tu cebuk guna air.
    Ini pandangan dari Dr.Rozaimi Ramle. Baru betul

    1. Isu pengasingan dobi layan diri adalah hak peribadi pemilik dobi. Namun jika pengasingan disebabkan alasan pakaian bukan Muslim kotor atau najis secara pukal adalah tidak wajar dan saya menjunjung titah Tuanku Sultan Johor dalam isu ini.

    2. Islam tidak pernah memperlekehkan mana-mana bangsa secara pukal. Islam sangat menghormati kemuliaan insan tidak kira dari apa bangsa sekalipun. Perbuatan menghina bangsa secara pukal bukanlah ajaran Islam walaupun yang menghina itu memakai serban dan berjubah.

    3. Benar Islam mengajarkan cara bersuci. Bahkan Islam adalah agama yang menitik beratkan tentang kebersihan. Namun, memandang lekeh suatu bangsa kerana tidak "basuh" anggota kemaluan setelah buang air secara semberono tidak wajar. Ini kerana istinja' (menyucikan diri setelah buang air) tidak hanya terhad dengan basuhan air. Bahkan ia boleh menggunakan tisu, batu dan semua benda yang kesat dengan syarat minima 3 kali sapuan dan menghilangkan fizikal najis berkenaan. Ini adalah rukhsah (kemudahan) yang Islam gariskan. Salman al-Farisi berkata:

    Maksudnya: sesungguhnya Nabi muhammad sallallah alaih wasallam melarang kami menghadap kiblat sewaktu buang air, larang kami beristinja' menggunakan tangan kanan dan melarang kami beristinja' menggunakan kurang dari tiga biji batu dan larang kami beristinja menggunakan tahi kering (haiwan) dan tulang. (HR Abu Daud dan Tirmizi,kata Tirmizi: hadis hasan sahih)

    Jelas dalam hadis ini beristinja' menggunakan batu dibenarkan dan ulama luaskan maknanya dengan mengatakan semua benda kesat selain tulang, tahi kering dan makanan dibenarkan. Walaupun istinja' Dengan air itu afdhal.

    Saya tidak pasti apakah hinanya beristinja' Dengan selain air?

    4. Berkaitan kenyataan beliau: "pakaian orang Islam perlu suci dan menyucikan" itu juga mengelirukan. Benar pakaian orang Islam perlu suci terutama jika ingin melakukan solat. Namun baju yang menyucikan itu bagaimana? Adakah beliau berwuduk dan mengangkat hadas dengan baju beliau? Atau beliau beliau berwuduk atau beristinja' dengan baju beliau? Sehingga baju beliau dianggap menyucikan?

    5. Kepada bangsa cina, saya menegaskan bahawa Islam tidak membenci bangsa anda. Jika ada ustaz yang menyemai kebencian kepada mana-mana bangsa itu hanyalah pandangan peribadi beliau dan ia tidak mewakili Islam. Saya kesal dengan kekeliruan ini.

    6. Saya kira elok juga kita "basuh mulut" kita sebelum nak cela orang lain tidak basuh diri selepas buang air.

    Dr Rozaimi Ramle

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dan sokong ustaz zamihan

    ReplyDelete
  5. Sepatut nya dah lama ditangkap ,tapi yg berlaku sebalik nya,beliau dan kuncu kuncu nya dimanjakan dan diberi jawatan bergaji sedap.Tapi duk kerja mengwahabikan orang sepanjang masa,macam perangai syiah

    ReplyDelete
  6. Ermm. X ble tegur langsung?

    ReplyDelete
  7. Patutnya dipanggil semua orang yang terlibat dan diadakan bahas dan perbincangan bersama dengan pemikir-pemikir Islam yang bertauliah.

    Dalam diskusi itu setiap orang boleh suarakan pendapat, fakta dan sebab-musabab masing-masing denga terang.

    Setelah dibahas dan dibincangkan secara teliti, barulah diputuskan sama ada dibolehkan atau tidak satu-satu hal itu.

    Tiada seorang manusia pun yang sempurna di muka bumi ni, tak kiralah siapa. Memang manusia dijadikan Allah swt tidak sempurna. Ini hakikat yang kita wajib terima. Kesempurnaan itu hanya milik mutlak Allah Taala saja.

    Maka itulah perlu diadakan mesyuarah berpandukan semua sudut Islam sebelum dibuat kata pemutus.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com