innity

pages

Monday, October 2, 2017

[VIDEO] Pegawai Pengiring Najib Hampir Jatuh Kena 'Tolak' Dengan Krew Formula 1


Sejak semalam tular di laman sosial sebuah video sebuah kejadian yang menjadi bualan ramai netizen di mana ianya berlaku semasa berlangsungnya perlawanan Formula 1 di litar Antarabangsa Sepang.

Video yang tersebar itu menunjukkan kelibat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa pegawai pengiringnya melalui sekitar kawasan perlumbaan, kemungkinan Pit Stop.

Semasa melalui kawasan itu, dilihat seorang krew pasukan Scuderia Ferrari telah bertindak menolak pegawai ke tepi apabila sebuah kereta mereka sedang ditollak memasuki kawasan berkenaan.

Lelaki itu sebenarnya cuba mengelakkan para pegawai itu dari dilanggar kereta Formula 1 tersebut, caranya mungkin dilihat agak kasar, tetapi mungkin kerana tidak mahu berlaku sebarang kecederaan kepada orang sekitar kawasan berkenaan.


Scuderia Ferrari merupakan pasukan terkenal dalam dunia Formula 1 di mana jentera mereka dipandu oleh Sebastian VETTEL dan Kimi RAIKKONNEN.

Lagi pun krew tu tolak sebab dia tak mahu kejadian tidak diingini terjadi, kalau orang tak sakit, takut kereta rosak tak pasal-pasal berbuluh ribu melayang. - Siakapkeli.my

5 comments:

  1. memalukan, nampak sgt tidak terlatih untuk bersedia atau alert sepjg masa, lembik, bayangkan jika mereka itu betul2 cuba mengancam PM Kesayangan kita Najib

    ReplyDelete
  2. non pit crew tak boleh sentuh kereta kan..otherwise kena penalty..kalau tak silap

    ReplyDelete
  3. Yang menyibuk ramai2 tu buat hapa

    ReplyDelete
  4. Tulah kalau tak tau tentang F1, tk payah nk menyibuk kt track tu... Tgk la brp ramai nk cover maharaja Najib tu....krew ferrari, tu dh memang tugas die bagi laluan kt kereta F1 tu.....yg nk pi tumbuk org tu buat ape,tolak mcm tu pun dh kira keganasan ke? Malu malu......

    ReplyDelete
  5. Najib adalah cash is king, apabila raja wang berjalan sudah pasti ayam itek ikut belakang, ayam itek mengekori belakang kerana tunggu dedak di tabur.

    Maka terjadilah kejadian tidak di ingini apabila ayam itek menggangu tugas kerja krew f1. Kenapa pemandu kereta lumba tersebut tidak langgar aje ayam itek ini? Kalau boleh kasi sapu semua sampah2 yg ada, pasti rakyat dan negara kembali aman bahagia!

    Dedak tu makanan binatang, yg korang sumbat tu kenapa? Dedak pula dibeli hasil rompakan terhadap rakyat.

    Macai, bertaubatlah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com