innity

pages

Monday, October 9, 2017

[UMNO BERGOLAK] Pemuda Umno Perlis selar veteran UMNO [WAHABI vs AHLI SUNNAH?]


Ketua Pemuda Umno Perlis, Syed Atief Syed Abu Bakar, menyelar kenyataan veteran parti itu yang mendesak pucuk pimpinan menyaring pegangan akidah calon-calon beragama Islam yang akan bertanding dalam pilihan raya.
Dia juga mahu Kelab Veteran Umno ditutup jika pemimpinnya terus-menerus mengeluarkan kenyataan berbaur dendam dan kebencian peribadi, serta cuba memecah-belahkan kesepakatan dalam Umno.
"Seperti beberapa pertubuhan dan kelab yang menyokong perjuangan Umno, mereka juga diharap dapat memainkan peranan sama memperkuatkan parti.
”Sekiranya ahli-ahli veteran begitu kepingin dan terhegeh-hegeh mencari publisiti dengan membuat kenyataan terbuka mengenai Umno, mereka boleh bertanding memegang apa-apa jawatan rasmi dalam parti yang membolehkan mereka mengeluarkan kenyataan selaras dengan kapasiti jawatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik Sinar Harian.
Syed Atief (gambar) berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Kelab Veteran Umno yang mendesak pucuk pimpinan parti menyaring pegangan akidah calon-calon beragama Islam yang bakal diturunkan sebagai calon ketika bahang pilihan raya umum semakin dirasai.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub dalam satu kenyataan berkata, saringan perlu bagi memastikan calon berkenaan benar-benar berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Calon yang tidak berpegang dengan Sunnah Wal Jamaah khususnya berfahaman Wahabi dan Syiah tidak diberi peluang bertanding atas tiket BN.
“Ia juga bagi memastikan kumpulan berkenaan tidak menggunakan pengaruh politik untuk mengembang dan menyebarkan fahaman wahabi, syiah atau apa juga fahaman yang bertentangan dengan ajaran Sunnah Wal Jamaah,” kata Mustapga juga dalam satu kenyataan yang dipetik Sinar Harian.
Mengulas lanjut, Syed Atief berkata Majlis Tertinggi Umno juga mesti mengeluarkan larangan kepada pertubuhan itu daripada menggunakan nama parti.
Syed Atief berkata langkah itu perlu bagi mengelak veteran Umno terus menjadi kudis yang membarah kepada parti pemerintah itu.
”Cukup-cukuplah dengan perpecahan yang dibuat oleh seorang bekas veteran Umno yang pernah memegang jawatan presiden,” kata Syed Atief.

13 comments:

  1. Bibit pengenalan penubuhan Brahmin kasta cream.
    Sampai dah masa tu, RAHMA dah END.
    Allah tidak susun Islam ada paderi,samy.
    Iman tidak berparti.

    ReplyDelete
  2. Di mana masuknya wahabi, di situ berpecahlah umat. Parahnya, hingga kafir mengkafir, bahkan di sesetgh tempat, hingga berbunuh bunuh.

    ReplyDelete
  3. Ddlm GELAP itu sgl onar "PERECAHAN" fitnah rompakan rasuah konspirasi pmbunuhan yg barbarick serta sgl ibu skandal berlaku bebas dan berleluasa..

    Hanya dan hanya CAHAYA ddlm diri kita dan ddlm generasi anak cucu cicit kita ini shj yg pasti lg PASTI dpt menerangi KEGELAPAN itu mnjd BERCAHAYA kembali..

    Terangilah generasi ini dgn CAHAYA Integrity Transarency Merit Amanah LURUS telus dan tembus..demi ikatan yg "SATU" yg penuh Kaseh Sayang abadi dan azali dari ILAHI yg dibawa oleh seluruh nabi2..

    Yg GELAP akan lenyap dgn sendirinya apb CAHAYA yg terang mula memancar ddlm generasi kita ini krn CAHAYA itu TENAGA nya sgt "aktif" manakala yg GELAP itu lemah lg pasif!

    ReplyDelete
  4. Wahabi ego angkuh dgn ilmu kurniaan Tuhan, org lain semua sesat, jadi punca perpecahan umat.
    Syiah lebih sesat lagi, akibat ketaksuban kpd individu.
    Ulama' ASWJ dah selesaikan isu ni lebih seribu tahun lalu, wahabi duk bangkitkan semula.

    ReplyDelete
  5. Perjuangan UMNO yang asal sudah tercemar oleh MO1,,kini UMNO di hujung destinasi nya.....!! Say No To UMNO

    ReplyDelete
  6. Nak saring tu tujuan nya supaya yg sekepala dgn dia saja yg diterima,yg kunun nya wahabi harus nya di nyah kan.Tapi perangai mereka sendiri tak ubah macam syiah yg suka mengwahabikan orang lain .

    ReplyDelete
  7. Yang patut dipilih mereka yang berpegang kepada jemaah ampusana ampusini kelepeksana kelepeksini.

    Kalau tak sama, susah boss mereka nak tadbir negara.

    ReplyDelete
  8. Tanda balasan tunai allah

    ReplyDelete
  9. Umno ni kuburkan jer..banyak menyusahkan org Melayu..sesuka hati habis kan duit krajaan mcam bapak diaorsng punya

    ReplyDelete
  10. Ya allah cepat lah turun kan pembalasan untuk umno bn insyallah lenyapkan umno dari bumi malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama macam doa kt stadium kota bharu dahulu. sekali umno tak ada apa, pas pulak yang punah ranah. bila pas dah insaf suka doa yang buruk2, kau pulak nak doa jugak ulang tayang kerja pas dulu? nasib ko la labu lepas ni apa jadi pada parti dukungan ko tu. jangan kata abang tak payong....kikiki krik krik krik

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com