innity

pages

Saturday, October 7, 2017

Turki, Palestin terkejut orang Islam sendiri nak jatuhkan kerajaan ISLAM Kelantan - Mursyidul Am PAS


Bekas ahli PAS, Mat Zahid Junoh, 55 (empat dari kiri) bersama Md Nawai Ibrahim, 57 (dua dari kanan) serta sebahagian 50 ahli parti itu daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed selepas majlis jamuan rakyat di Kampung Mukim Paloh. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
Pemangku Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob dilaporkan memberitahu ada gerakan Islam di negara asing terkejut apabila "kerajaan Islam" Kelantan cuba dijatuhkan oleh pemimpin Melayu. 

Dipetik Harakahdaily Ahmad berkata wakil gerakan dari Turki dan Palestin terperanjat apabila dimaklumkan "kerajaan Islam" di negeri pantai timur berkenaan sedang cuba dijatuhkan. 

"Mereka terkejut kerana tidak menjangka ada orang Islam sendiri yang mahu menjatuhkan kerajaan Islam di Kelantan," katanya. 

Kelantan yang sekali lagi dikuasai PAS sejak pilihan raya umum 1990 kini berdepan dengan pelbagai isu termasuk pembalakan. 

Jika sebelum ini kerajaan Kelantan diserang oleh parti BN, kali ini kewujudan Parti Amanah Negara (AMANAH) dilihat mengubah suasana itu. 

BN sendiri dilihat tidak lagi aktif menyerang PAS. Beberapa tokoh PAS Kelantan sudah meninggalkan parti itu untuk menyertai AMANAH, termasuk bekas speaker DUN Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan bekas exco kanan negeri Datuk Husam Musa. 

Ahmad yang juga menteri besar Kelantan berkata pihak terbabit sedang menjalankan gerakan bagi melemahkan kerajaan negeri. 

Kenyataan itu dibuat ketika Ahmad menghadiri Majlis pecah tanah bangunan baru PAS Gua Musang semalam. 

Di bawah tajuk "Pemimpin Melayu mahu jatuhkan kerajaan Islam", Harakahdaily bangunan berkenaan dibina dengan kos kira-kira RM1.5 juta di atas tapak seluas hampir seekar. 

Wakil gerakan Islam Palestin dan Turki dikatakan melawat Ahmad baru-baru ini. - MK

4 comments:

  1. Berita Mkini dipetiknya mmglah cara ditulis menampakkan musuhnya cedera teruk sedangkan kawannya yg sekadar tembak dgn peluru kapur dikatanya meriam dan senjata otomatik digunakan. Malaysiakini dibiayai zionist utk mencelarukan umat Islam. Tun M yg dulunya dibenci sbb menjadi musuhnya seberang dianggap sgt burul sehingga tak ada satu pun yg baik itulah kerja lidah zionist, sekarang Tun M suci sesucinya kerana berada di sebelah kehendaknya. Itulah malaysiakini. Hati hatilah nila syaitan dah mula suka dan bersetuju dgn kita.

    ReplyDelete
  2. Wakil Kelantan terkejut Hamas dgn Fatah bertelagah di Palestin. Wakil Kelantan lagi terkejut kudeta oleh tentera di Turkey. Harakahdaily pun bicara baik2 tentang Guan Eng. Tahaluf siyasi katanya. Dalam politik, kata dulang paku serpih. Lee Lam Thye jgk tunjuk teladan yg baik.

    ReplyDelete
  3. pas lupa pada suatu ketika dulu ada pembangkang melayu kafirkan pemimpin islam.
    tentu wakil palestine dan turki merasa bangga kalau depa tahu.

    ReplyDelete

  4. Adakah konsep Khilafah dalam Khazanah Islam?
    https://bogotabb.blogspot.co.id/2017/10/adakah-konsep-khilafah-dalam-khazanah.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com