innity

pages

Saturday, October 7, 2017

Tun M: 'Najib bukan kuat sangat'



Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa negara tidak lagi selamat kerana undang-undang tidak dilaksanakan dengan betul.

Mahathir berkata demikian sebagai mengulas tuduhan terhadap Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang dikenakan penjara sebulan sebagai tidak berasas.

"Kita punyai agensi-agensi tertentu untuk melaksanakan undang-undang."Tetapi apabila kita ketepikan undang-undang yang berlaku ialah agensi-agensi ini tidak menjalankan tugas mengikut undang-undang" kata Mahathir dihadapan hampir 200 orang di perhimpunan solidariti Tian Chua yang diadakan di luar pejabat Chua di Jalan Sentul, Kuala Lumpur malam tadi.

Bekas Perdana Menteri itu turut mendesak mereka yang hadir mengundi Pakatan Harapan supaya dapat menubuhkan sebuah kerajaan yang menghormati kedaulatan undang-undang. - MK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com