innity

pages

Friday, October 6, 2017

[TIDAK SIUMAN] Raja Petra, ada bukti tunjuklah - Tun M



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jika mempunyai wang yang banyak beliau tidak akan hidup seperti apa yang dapat dilihat hari ini.

"Saya akan beli kapal terbang, kapal (layar), macam-macam," kata bekas perdana menteri itu.

Sebaliknya kata Dr Mahathir beliau mempunyai rumah yang lebih kecil berbanding "menteri biasa" kerana perbelanjaan dibuat mengikut kemampuan kewangan yang ada padanya.

Justeru kata Dr Mahathir pihak yang membuat dakwaan beliau membayar Lim Kit Siang sebanyak RM1 bilion supaya dilantik mejadi pengerusi Pakatan Harapan sebagai "orang tidak siuman".

"Cuma orang gila saja yang boleh fikir saya ada RM1 bilion," katanya melalui satu kenyataan yang disiarkan Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini.

Sebelum ini laman sesawang Malaysia Today mendakwa Dr Mahathir membayar ahli politik veteran DAP itu sejumlah wang yang besar untuk menjadi pemimpin pakatan pembangkang.

Laman sesawang itu dikendalikan Raja Petra Kamaruddin.

Dakwaan berkenaan turut diterbitkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Dr Mahathir dilantik menjadi pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Julai lalu.

Semalam Lim menegaskan dia mungkin akan menyaman media tempatan yang mengulangi dakwaan berkaitan bayaran itu.

Kata Dr Mahathir pihak yang membuat tuduhan beliau mendapat jawatan kanan dalam HARAPAN sudah tidak siuman.

"Kalau siuman, tunjuk buktilah.
"Cakap (buat tuduhan memang) mudah. Ada bukti, tunjuklah. Bagi tahu dunia saya ada satu bilion ringgit," katanya.

7 comments:

  1. KEJAP KATA TUN MAHATHIR ADA 20 TAN EMAS, KEJAP KATA TUN MAHATHIR ADA DUIT NOT 500 DAN 1000 YANG JUMLAHNYA SAMPAI BERJUTA2.LA NI KATA TUN ADA DUIT LEBIH DARI RM 1 BILION..YANG HERANNYA BUKTI SAMPAI SEKARANG XDAK SAPA YANG TUNJUK..STEADY TUN MAHATHIR,SEMOGA ALLAH KURNIAKAN HIDUP YANG BERKAT,UMUR YANG PANJANG DAN KESIHATAN YANG BAIK KEPADA TUN MAHATHIR..

    ReplyDelete
  2. Sindiran Tun memang tajam, pencacai najib mana faham, kerja mereka adalah terima habuan haram buat cerita tak masuk akal, ada juga parti politik nama islam tutup sebelah mata, digarap pula pemabuk tidur tepi jalan london, tidak masuk akal 1 billion mereka reka cerita, Umur 92 tahun berapa lama lagi boleh hidup agaknya? Adakah rakyat menghargai jasa Tun?

    ReplyDelete
  3. Logiknya sapelah nak percaya kalau org gila cakap..

    ReplyDelete
  4. raja petra apa hal sibuk?

    ReplyDelete
  5. Yang rompak duit 1MDB terlepas pandang

    ReplyDelete
  6. Balik Malaysia dululah, baru boleh sembang kencang.. duduk sana tu sapa nanggung ya..

    ReplyDelete
  7. Raja Auta ni dari dulu kerja putar-belit,bohong dan fitnah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com