innity

pages

Monday, October 2, 2017

[TERLAMBAT] 1,000 ayam 'licin' dalam masa sejam: KALAULAH BN BUAT SEPERTI JAMAL di Seluruh Negara

Jamal turut menjual ayam pada Program Jelajah Jual Ikan Segar Dengan Harga Patut di pekarangan Sekin Fisherman and Resort, Sekinchan
SABAK BERNAM - Program Jelajah Jual Ikan Segar Dengan Harga Patut bukan saja menjual ikan rakyat pada harga RM5 sekilogram, malah buat pertama kalinya menjual ayam dan beras pada harga terendah.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, harga ayam siap dijual hanya RM5 sekilogram, manakala harga beras lima kilogram dijual RM10 berbanding RM14 dijual di pasaran.

Menurutnya, sebanyak 1,000 ekor ayam dan beras itu habis dijual hanya dalam tempoh sejam sejak operasi jualan itu dibuka kepada orang ramai seawal jam 7 pagi, semalam.

“Apa yang kami buat ini diharap dapat melegakan rakyat di sekitar Sungai Besar khususnya di Sekinchan,” katanya pada sidang medianya di Pekarangan Sekin Fisherman and Resort, Sekinchan, di sini.

Jamal yang juga Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia berkata, program kali keempat yang dilaksanakan itu dan tiga daripadanya di Sekinchan itu dapat menurunkan harga pasaran ikan di seluruh negara.

“Saya dapat setiap hari maklumat menerusi (aplikasi) WhatsApp daripada pasar awam, pasar raya dan sebagainya.

“Saya lihat minggu ini ada berlaku sedikit penurunan harga ikan daripada RM12 sekilogram turun kepada RM9 atau RM8 sekilogram,” katanya.

Jamal berkata, tujuan utamanya menjual ikan bukan hendak berniaga, tetapi ingin memberi penekanan dan kesedaran serta memberitahu kepada rakyat bahawa harga ikan rakyat yang dijual di pasaran terlalu tinggi.

“Kita tahu peniaga pun nak untung, tetapi janganlah ambil untung yang berlebihan. Kalau nelayan dapat untung RM4, peraih pula untung RM10 dan ini adalah satu perkara yang keterlaluan,” katanya. - SH

10 comments:

  1. Najib mana mampu faham kesusahan rakyat, dia anak sapa, membesar dalam keadaan penuh kemewahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni org najib la yang buat. nak harapkan orang kit siang atau orang mahathir buat, maki hamun aje la yang tau.

      Delete
    2. Jangan cakap 2.6 Billion wei...42 Juta Duit SRC jer dah boleh jual ikan ayam murah sampai GE14.....2.6 Billion lagi ler....wayang JJ sama jer ngan LBL-LanunBugisLanun....

      Delete
  2. Org tengah no.org cina babis..... kasi hancur orang tengah ni... all babis

    ReplyDelete
  3. Madey mana mampus faham..anak2 dia saja dia nak tengok kaya raya makan harta haram duit negara.. lepas tu jawab SAYA TAK TAHU.

    Jenuh PM selepasnya nk betulkan eknomi yang rosak 22 tahun. Nasib baik zaman Najib kartel dan penyagak rakyat rak boleh cari makan macam dulu. semua kena bypass. Itu pasal mereka mengamuk skrg nak tumbangkan Najib!

    ReplyDelete
  4. Harap dia teruskan usaha ini sampai bila2. Baru senang org sekincan.Jgn buat gimik 1 dua hari je.

    ReplyDelete
  5. Hebat Jamal, harap org Sekincan pilih dia...

    ReplyDelete
  6. oooo, kira betul ler harga semua brg dh mahal ek?
    tivitiga dn mintri cakap semua wo keh?
    Butul la, Gst gigit sampai tulang , ayoyooo

    ReplyDelete
  7. Make jadi petualang negara la Jamal hingus tu

    ReplyDelete
  8. Hahahaha ..terbaik jamal ..buat lagu tu kan bagus ..aku beri 5 bintang ..tp undi aku kali ni tetap untuk pakatan supaya usaha kau menjadi kenyataan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com