innity

pages

Sunday, October 8, 2017

[SOGOK RM5 JUTA] Teka-teki ‘H’ di pejabat Perdana Menteri, Tun M kenal siapa 'H'


SIAPAKAH gerangan ‘H’, orang kanan Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan cuba menyogok RM5 juta kepada seorang pemimpin muda parti pembangkang?

Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mendakwa beliau ditawarkan dedak lumayan itu untuk belajar di Oxford, dan meninggalkan parti Tun M.

Bagaimanapun Putrajaya menafikan dakwaan Saddiq. “Tidak wujud ‘H’ di PMO,” kata Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad.

Pegawai akhbar itu menambah: “Najib juga tidak mempunyai penasihat kanan yang dirujuk itu.” Maka ‘H’ kini menjadi teka-teki umum.



Dr M kenal siapa 'H'


Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku mengenali individu H yang didakwa cuba menawarkan RM5 juta kepada Ketua ARMADA BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Bagaimanapun kata Mahathir, beliau tidak mengenali rapat individu terbabit kerana insan yang mempunyai tingkah laku seperti itu tidak wujud dalam mana-mana jabatan semasa beliau memegang jawatan sebagai perdana menteri.
"Ya saya memang kenal dengan dia (individu H). Tetapi semasa zaman saya, orang-orang begini tidak ada dalam Umno atau pun dalam jabatan semasa pementerintahan saya.
"Orang-orang begini wujud untuk menjadi orang suruhan kepada ketuanya," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Syed Saddiq sebelum ini mempertahankan dakwaannya bahawa individu yang dirujuk sebagai 'H' di Pejabat Perdana Menteri (PMO) benar-benar wujud dan menjadi orang kanan Datuk Seri Najib Razak.



3 comments:

  1. H tu bukan hantu...SAYA TAK TAHU.......

    klu Forex suma tak tahu... yg ni boleh buat teka teki pulakkkkk....... kikikiikikiki

    kelaka laka la mamak ni...... kah kah kah kah....


    kikikikiki...

    ReplyDelete
    Replies


    1. Macam si anu tu.

      Saya tak kenal Antatuya.

      Saya tak kenal Jho Lo.

      Saya tak tahu dalam akaun saya ada RM42 juta.

      Saya tak ada terima RM2.6 billion tu.

      Dan lagi, dan lagi, dan lagi....

      Lebih lawak lagi pahlawan Bugis ni kan?

      Delete
  2. H itu adalah Najib Haramjadah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com