innity

pages

Sunday, October 1, 2017

PPIM beri respon selepas SULTAN JOHOR arah dobi mesra Muslim DITUTUP!


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganggap tindakan sebuah kedai dobi di Muar yang hanya mahu berurusan dengan pelanggan Islam adalah bukan isu besar, sebaliknya membandingkan perkara itu kepada majikan yang tidak mengambil staf bukan Cina.
Ketua PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata dasar kedai dobi Elit Laundry yang mengundang kemarahan Sultan Johor itu seharusnya difikir dengan terbuka dan tidak perlu dianggap sensitif.
“Saya tidak fikir orang buat ini untuk menyakitkan hati siapa-siapa. Sebab dia faham tentang Islam,” katanya mempertahankan pemilik dobi berkenaan, yang dibidas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana jahil agama dan bersikap pelampau.
Nadzim sebaliknya beralih kepada isu diskriminasi di tempat kerja.
“Contoh tempat kerja hanya untuk orang Cina sahaja,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, pelbagai pihak mempersoalkan tindakan kedai dobi layan diri itu selepas tular gambar papan tanda “mesra Muslim” yang memaklumkan kedai itu hanya menerima pelanggan Islam atas “faktor kesucian”.
Dalam temubual bersama The Star, Sultan Ibrahim berkata ia amalan yang memalukan, dan mengarahkan pemilik dobi berkenaan memohon maaf kerana memalukan rakyat Johor.
Pemilik yang enggan memperkenalkan namanya ketika dihubungi berkata papan tanda itu sudah diturunkan dan memohon maaf kerana melaksanakan polisi tersebut.
Sebelum kenyataan Sultan Johor, langkah kedai dobi itu menerima pujian beberapa tokoh agama negeri, termasuk Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor Datuk Nooh Gadut dan Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin yang menyifatkan ia “cantik” kerana menjamin kesucian.
Bagi Nadzim, isu kedai dobi itu terlalu diperbesar-besarkan.
“Pada saya tak ada isu, tidak seharusnya diambil sebagai isu. Diambil secara baik.
“Tetapi diperingkat orang ramai tak perlu dijadikan politik,” katanya.
Nadzim berkata pengguna ada hak untuk memilih.
“Bagi saya kita harus berlapang dada. Kita tidak harus jadikan isu,” katanya lagi.
“Macam saya, akan pergi kedai itu sebab saya nak bersih. Kalau orang lain tak nak itu hak dia,” katanya- Free Malaysia Today

2 comments:

  1. Xble ckp banyak nanti bangsa tuuuut sentap

    ReplyDelete
  2. Aku setuju 100 prtus.. Bnde kecik riuh satu dunia..pusat judi bila nk arah tutup plk.,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com