innity

pages

Tuesday, October 3, 2017

PM tidak boleh disaman salah guna jawatan awam


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain tidak boleh mendakwa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kapasitinya sebagai pegawai awam telah menyalahgunakan jawatan awam berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata ini kerana Najib merupakan seorang anggota pentadbiran dan Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan tidak memasukkan anggota pentadbiran untuk tersenarai dalam perkhidmatan awam.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas peguam utama yang mewakili Najib, Tan Sri Cecil Abraham selesai berhujah di dalam kamar di hadapan Hakim Abu Bakar Jais.
  
Mahkamah hari ini mendengar hujahan berhubung permohonan Najib untuk membatalkan saman dikemukakan terhadapnya oleh Dr Mahathir, 90, bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, 54, dan bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, 41.

Mohd Hafarizam berkata hujahan defendan adalah terdapat perbezaan antara perkhidmatan awam, jawatan awam, kakitangan awam dan anggota pentadbiran.

"Tan Sri Cecil berhujah bahawa Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan tidak memasukkan anggota pentadbiran untuk tersenarai dalam perkhidmatan awam.

"Siapakah anggota pentadbiran? Mereka ialah menteri, timbalan menteri, setiausaha politik dan dengan itu termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri," kata Mohd Hafarizam.

Peguam itu berkata Cecil juga berhujah bahawa dengan membaca kenyataan tuntutan itu, peguam mewakili defendan tidak menemukan sebarang butiran bahawa Najib ialah pegawai awam, bahawa beliau telah melakukan perbuatan yang telah menjejaskan dan bahawa tindakan Najib itu dilakukan dengan niat jahat.

"Tan Sri Cecil berhujah itulah hujahan pertamanya yang bermaksud  butiran mengenai salah guna kedudukan itu tidak ada," katanya.

Mohd Hafarizam berkata para plaintif dalam tuntutan mereka telah gagal untuk memperincikan bagaimana Najib telah menggunakan kuasanya untuk menjejaskan mereka (Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina). 

Beliau berkata mahkamah menangguhkan penghakiman ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Peguam mewakili ketiga-tiga plaintif, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu pemberita bahawa dalam hujahannya beliau menyatakan kes saman itu tidak sepatutnya dibatalkan pada peringkat ini dan menggesa mahkamah memutuskan bahawa kes itu perlu menjalani perbicaraan penuh. - Bernama

12 comments:

  1. Anggota pentadbiran...hmmmm
    Apa yang ditadbir semua jadi rosak menunggu binasa

    Kena gubal semula Penal Code ni.
    Mana boleh put aside accountability ?
    Setiap "anggota pentadbiran" apabila dilantik akan memegang jawatan. Maka yang memagang jawatan itu dalam Bahasa Melayu Malaysia mudah di istilah kan penjawat. Apa yang dia jawat ? Chairman of The Board of Advisors 1mdb. Kalau 1mdb is owned by Kementerian Kewangan Malaysia, 1mdb is a syarikat awam lah. Setiap pegawai dan perkerja 1mdb adalah penjawat awam.

    ReplyDelete
  2. Apa tindakan yang boleh diambil ke atas umno dan kunan politik dalam sekolah?

    ReplyDelete
  3. Apa kes? Mesti guling umno bn.salam tempat berpolitik
    Apa kata kpm?

    ReplyDelete
  4. Umno Dan kunan mesti didakwa dimahkamah?

    ReplyDelete
  5. Siasat dan hukum umno dan kunan nan

    ReplyDelete
  6. Salah politik disekolah

    ReplyDelete
  7. Semakin pelik dibawah pemerintahan Najib......kalau KM pulau Pinang dan MB Selangor kena kes, bole pulak disebut penjawat awam, tiba tiba kalau kena dkt Najib pulak, dia bukan dikira penjawat awam, pelik pelik......bekerja sbg ketua kerajaan tp dianggap bukan penjawat awam?? Kalau kakitangan kerajaan ditangkap, dikira sbg penjawat awam pulak!!! Hebat betul spin lawyer najib ni...

    ReplyDelete
  8. Takpe takpe kat sini bole lah ko lepas, nanti kt akhirat.... Ko dengan lawyer tu, sekali dgn hakim yg khianat tu semua kena........

    ReplyDelete
  9. ini hujah peguam kepada Najib, bukan keputusan Hakim, apa de

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi hakim yg buat keputusan, kalau die tahu hujah peguam najib itu tak betul ikut undang undang, tp masih juga buat keputusan menyebelahi Najib...... Itu dinamakan khianat.....ingat hadis Nabi, drp 3 orang hakim, hanya 1 yg terselamat drp api neraka

      Delete
  10. Kalau macamtu mmg semua menteri nak jwtan menteri sgt2 lah sebb tak akan boleh didakwa?
    Bodoh punya undang2 kalau takda ruang utk menteri dan PM didakwa melakukan kesalahan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com