innity

pages

Saturday, October 7, 2017

PAS: Jadi ke dok Nak Bergabung? Pas Dukacita To'Pa TERIMA MASUK ahli PAS dalam dok nak bergabung

Bekas ahli PAS, Mat Zahid Junoh, 55 (empat dari kiri) bersama Md Nawai Ibrahim, 57 (dua dari kanan) serta sebahagian 50 ahli parti itu daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed selepas majlis jamuan rakyat di Kampung Mukim Paloh. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

TINDAKAN Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed menerima borang permohonan menyertai Umno daripada ahli PAS mengguris hati pimpinan parti itu.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau berasa dukacita dengan tindakan itu.
"Saya berasa dukacita dengan sikap Tokpa (Mustapa) yang menerima borang ahli PAS masuk Umno di kampung saya.
"Sepatutnya dalam situasi PAS dan Umno nak bergabung (katanya Annuar Musa lah) benda- benda begini tak sepatutnya berlaku. Fokus sahaja kepada usaha penggabungan.
"Ke Tokpa (Mustapa) tak percaya kepada ketua penerangan Umno? Jadi ke dok nak bergabung ni?" tanya Fadhli dalam satu catatan di Facebooknya bagi melahirkan perasaan dukacita itu.
Semalam Berita Harian melaporkan yang 50 ahli PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong, Pasir Mas menyertai Umno.
Ia berlaku di kampung Fadli yang juga ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat itu.
Sebelum ini, Annuar Musa dilaporkan berkata, PAS dan Umno mempunyai DNAyang sama yang menyebabkan kedua-dua akan bekerjasama.
Annuar berkata, "Oleh kerana PAS itu daripada DNA yang sama maka saya berkeyakinan dia ada titik pertemuan."
"Ia tidak bermakna PAS masuk Umno, Umno masuk PAS, tidak bermakna PAS semestinya menyertai BN (Barisan Nasional)...tetapi titik-titik kebersamaan ini, matlamat perjuangan itu menjadi lebih penting. Atas dasar itu saya meramalkan akan terbentuk kerjasama yang lebih kukuh dari masa ke semasa antara Umno dan PAS.
"Tunggulah beberapa minggu, beberapa bulan lagi bila pilihan raya semakin dekat saya percaya antara pucuk pimpinan PAS dan Umno selagi mana titik kebersamaan dan taawun itu ada, akan ada pengumuman yang seharusnya menggembirakan umat Islam dan kaum Melayu terutamanya atas kepentingan agama dan bangsa," katanya kepada pemberita selepas program Dialog Perjuangan4All, di Balik Pulau, 3 Oktober lalu. – 7 Oktober, 2017. - the malaysian insight


50 ahli PAS DUN Tendong sertai UMNO


PASIR MAS: Melihat perjuangan PAS yang sudah keluar dari landasan sebenar, seramai 50 ahli parti itu daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong, di sini hari ini mengisytiharkan menyertai UMNO.
Mat Zahid Junoh, 55, yang mengetuai kumpulan itu, berkata dia yang menyertai UMNO atas kerelaan sendiri bersama dua anaknya kerana melihat ia lebih membela rakyat berbanding PAS.
Malah, beliau yang juga pesara tentera, berkata dia yang sudah menjadi ahli PAS selama 29 tahun sejak 1988, melihat keadaan PAS sudah semakin bercelaru terutama selepas ketiadaan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Kepemimpinan dalam PAS dilihat sudah berbeza berbanding dahulu selain suka menyalahkan parti lain sedangkan kesalahan diri sendiri tidak nampak, menyebabkan hati saya bertambah kuat menyertai UMNO.
"Saya mempunyai hasrat untuk menyertai UMNO sejak 10 tahun lalu, namun tidak mempunyai masa sesuai selain masih berharap PAS akan mula berubah.
"Saya tertarik dengan ikatan silaturahim yang ditonjolkan di kalangan ahli UMNO, malah parti ini dilihat lebih kuat memperjuangkan agama Islam," katanya ketika ditemui selepas mengetuai 50 ahli PAS menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, di sini, hari ini.
Seorang lagi bekas ahli PAS, Md Nawai Ibrahim, 57, berkata hasratnya untuk menyertai UMNO itu timbul kerana mahu melihat parti itu terus membela kebajikan rakyat terutama di negeri ini.
Katanya, kebersamaan dalam melakukan kebajikan yang dipamerkan oleh UMNO negeri ini dilihat lebih berkesan kerana banyak membantu rakyat terutama golongan miskin.
"Saya sudah berada dalam PAS hampir 30 tahun dan selama menjadi ahli, saya lihat tiada kesungguhan yang dilakukan parti itu dalam membantu rakyat terutama di Mukim Paloh, di sini kerana masih banyak kekurangan seperti jalan rosak dan rumah penduduk kampung yang daif," katanya.
Sementara itu, Mustapa berkata pihaknya menjangkakan lebih ramai ahli PAS di negeri ini akan menyertai UMNO selepas mereka mula sedar kelebihan parti itu yang lebih tersusun.
"Angka 50 adalah besar dan kita jangkakan ada lagi sahabat dari Kuala Krai dan Pasir Puteh akan turut sama dalam perjuangan UMNO," katanya.

4 comments:

  1. PAS selalu kena tipu dan diperbodohkan, senangnya ditipu UMNO

    ReplyDelete
  2. nasib pemakan dedak, dicucuk hidung

    ReplyDelete
  3. Ustaz ni lah antara orang yang nak sangat PAS bersama Umno. Sudah semakin terburai misteri, patutlah beriya-iya nak suruh DHM keluar dari PAS dulu.

    ReplyDelete
  4. Apa salahnya muslim bekerjasama dengan muslim dalam perkara kebaikan? Xde salahnya, cuma hati yg xsuka orang islam bersatu je yg akan rasa menyampah bila sesama muslim bersatu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com