innity

pages

Tuesday, October 3, 2017

MO1 dan Arul Kanda pun 'sertai' PAS?


Selain Malaysian Official 1 (MO1) dan isteri, Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy juga mungkin boleh dianggap "menyertai" PAS sekarang ini, kata Hanipa Maidin.
Mengulas mengenai pengumuman dibuat PAS selepas berakhirnya himpunan Fastaqim 2.0 pada 30 Sept lalu, anggota parlimen Sepang itu memberitahu pemimpin parti berkenaan "terpaksa bersilat" kata-kata untuk mempertahankan diri.
Kata Hanipa, sebelum ini PAS menguar-uarkan bahawa ada kejutan besar akan berlaku pada sambutan yang menyasarkan kehadiran 200,000 orang itu.
Bagaimanapun katanya apabila orang ramai mendapati tiada sebarang pengumuman kemasukan tokoh nasional menyertai PAS, pemimpin parti itu "berbelit-belit" memberikan tafsiran mengenai maksud kenyataan terhadulunya.
"Ikut tafsiran pemimpin parti suci yang kreatif itu tak mustahil Donald Trump pun mungkin termasuk dalam maksud ahli atau bersama sama dalam perjuangan parti suci. Macam mana?" katanya.
Sebelum himpunan Fastaqim 2.0 berlangsung di Pantai Tok Jembal pada 29 dan 30 Sept lalu PAS menyatakan mereka bakal membuat pengumuman mengejutkan di program berkenaan.



Antara lain Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mendakwa ada tokoh peringkat nasional akan mengumumkan menyertai parti itu.

Beberapa nama dikenali ramai memang hadir di himpunan yang dibuat untuk menunjukkan kekuatan PAS menjelang pilihan raya umum ke-14 itu.
Antaranya bekas menteri besar Selangor dan ahli korporat disegani, Tan Sri Khalid Ibrahim, bekas naib presiden PKR Mustafa Kamil Ayub dan bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaffar.
Bagaimanapun tiada seorang pun daripada mereka mengumumkan menyertai PAS.
Khalid dan Zakaria memberitahu kehadiran mereka di Fastaqim 2.0 adalah sebagai tanda sokongan kepada PAS. Zakaria yang bersara sebagai timbakan ketua pesuruhjaya juga menegaskan beliau tidak menyertai politik
"Saya boleh bekerjasama dengan semua pihak yang mempunyai komitmen untuk membanteras rasuah. Saya tidak menyertai PAS," katanya.
Tak mesti jadi ahli
Ekoran perkembangan itu Nasrudin menegaskan ada yang tidak faham dengan kenyataan dibuatnya sebelum Fastaqim 2.0.
Mengumumkan himpunan itu sebagai kejayaan besar PAS anggota parlimen Temerloh itu berkata ada pelbagai cara untuk mana-mana pihak bersama-sama dalam perjuangan parti itu.
"Maksud saya ialah menyertai atau bersama dengan perjuangan PAS.

"Soal bentuk kebersamaan itu pelbagai. Ada yang memilih untuk menjadi ahli parti, sebagai rakan kongsi atau penyokong.
"Bersama PAS tak semestinya menjadi ahli. Boleh sahaja bersama dengan maksud mendukung cita-cita perjuangan parti," katanya (gambar) di Kuala Nerus, Terengganu.
Hanipa yang pernah berkhidmat sebagai ketua lajnah undang-undang PAS berkata, jika orang yang tidak menjadi ahli parti itu boleh dianggap bersama mereka, tidak ada salahnya meluaskan tafsiran berkenaan.
Mahathir tak termasuk
"Mungkin MO1 dan isterinya juga boleh dikira bersama sama perjuangan parti suci. Dan jangan lupa Arul Kanda yang berjaya memahamkan pemimpin parti suci hanya dalam tempoh dua jam tentang 1MDB.
"Takkanlah tak dianggap bersama sama perjuangan parti suci," katanya.
MO1 adalah nama yang digunakan oleh Jabatan Keadilan AS dalam saman sivil mereka untuk merampas semula pelbagai aset yang didakwa diperoleh secara salah menggunakan dana 1MDB.
Arul Kanda mengadakan pertemuan dengan PAS berhubung isu 1MDB pada 7 Ogos lalu ketika parti pembangkang lain gagal mendapatkan janji temu dengannya.
Ekoran pertemuan itu Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata mereka berpuas hati dengan pelan rasionalisasi dilakukan syarikan pelaburan milik kerajaan itu.
Bagaimanapun Tuan Ibrahim berkata PAS berharap isu seumpama itu dipantau parlimen.
"Maknanya, Kementerian Kewangan dan menteri perlu memberi laporan kepada parlimen supaya anggota parlimen dapat mengikuti setiap perkembangan dan tidak timbul masalah baru," katanya.
Dua hari kemudian Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan perjumpaan mereka dengan Arul Kanda dibuat selepas soalan mengenainya di Dewan Rakyat ditolak.
“Luar Dewan, kita minta penjelasan dari 1MDB terus dari presidennya.
“Nasib kita baik la dia (Arul Kanda) setuju,” kata Takiyuddin.
"Maaf Tun M (Dr Mahathir Mohamad) dan YB Rafizi (Ramli), anda tak termasuk," kata Hanipa. - MK

3 comments:

  1. Agak agaklah hanipa mydin, hang meroyan sgt apahal? Biarkanlah pAS buat cara dia. Parti liberal yg kamu tubuhkan tu ko jagalah baik2. Atrategi ko dengan cina komunis tu lg besaq dosanya. PAS takda parti cina kapir dlm gabungan dia.

    ReplyDelete
  2. Dana sprm 5juta
    Dana risda 22juta
    Sah wang sogokan
    Tabda pru14 dekatdah

    ReplyDelete
  3. Ngo
    Parti politik
    Tokoh negara yang adil
    Gulingkan umno najib

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com