innity

pages

Thursday, October 5, 2017

[KU NA GELISAH, NAWAWI LEGA] Dr M beri bayangan bertanding di Putrajaya pada PRU14



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan bertanding di Putrajaya pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) akan datang.
“Ya, mungkin saya akan bertanding di Putrajaya,” katanya ringkas kepada pemberita sewaktu ditemui di ibu pejabat PPBM hari ini.
Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Husam Musa pada 2016 pernah mencadangkan “arkitek” Putrajaya itu bertanding di Parlimen itu.
Putrajaya, yang dibina di atas ladang Prang Besar, dijadikan pusat pentadbiran kerajaan pusat pada 1999, ketika kemuncak kegawatan ekonomi dan krisis politik melanda negara.
Pada pilihan raya 2013, Husam yang pada ketika itu mewakili PAS bertanding di Parlimen itu dan menerima 4,402 undi, ditewaskan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan 9,943 undi.
Sementara itu, Dr Mahathir turut mendakwa negara kini seperti mengamalkan sistem pemerintahan berbentuk diktator, susulan penganjuran program bertemakan Umno di sebuah sekolah.
Ia berikutan laporan mengenai ratusan murid-murid dan guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) mengambil bahagian dalam pertandingan bertemakan “Umno dan Kemerdekaan #Negaraku”.
Dalam acara itu, bendera Umno dipasang di seluruh sekolah. Para murid juga mengibarkan bendera Umno dan menyanyikan lagu parti.
Menurut laporan itu lagi, pada satu tahap sepanduk “Hidup Umno, Hidup Melayu. Dulu, Kini dan Selamanya” dinaikkan di pentas.
Tengku Adnan dalam ucapannya menggesa para guru menyertai Umno. Selepas menteri menggulung ucapannya, para murid melaungkan “Hidup Umno!”.
Zaman saya tak peralat sekolah
Dr Mahathir berkata pemerintahan berbentuk diktator dapat dilihat apabila pemimpin yang korup terus dibela dan disokong walau apa cara sekalipun.
“Ada sebuah negara yang gunakan sistem diktator. Dalam sistem diktator ini ada personaliti yang akan didokong walaupun pemimpin itu penyangak.
“Apabila hendak kekalkan sokongan ini, dia suruh orang nyanyi lagu yang menyokong pemimpin berkenaan. Nampaknya ini sudah berjangkit di Malaysia, seolah-olah dari kecil sudah diajar untuk tipu diri,” katanya.
Dr Mahathir berkata, sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri, beliau sendiri tidak pernah gunakan sekolah sebagai alat parti politik.
“Dalam cara kita jadi kerajaan, tidak boleh memihak kepada mana-mana parti politik termasuk parti yang menjadi kerajaan.
“Kita tidak boleh gunakan alatan kerajaan untuk kepentingan parti, ini salah. Kerajaan sekarang ini seolah-olah tidak ada peraturan dan undang-undang,” katanya.
Dr Mahathir bagaimanapun yakin, rakyat sedar tindakan itu tidak betul dan sedikit sebanyak membantu pembangkang mendapatkan undi. - FMT

14 comments:

  1. I bet false Prince Nan will be dumped by voters in Putrajaya.

    Mahathir will win hands down.

    ReplyDelete
  2. Pas dan unno parti pecahbelahkan melayu.
    Tolak guling hapuskannya

    ReplyDelete
  3. Umno bn bersalah, hukum dan guling umno.mana ada Hak politik disekolah

    ReplyDelete
  4. Lenyapkan umno pas

    ReplyDelete
  5. PH pemerintah Malaysian pru14

    ReplyDelete
  6. Most of my PTD frens who retired this year have spoken ill of tengku palsu Nan.

    According to them this time there is no way this goon will win. Many civil servants working in Putrajaya will vote him out.

    WELCOME DR MAHATHIR

    ReplyDelete
  7. Betul ke Mahathir suroh Petronas bailout syarikat perkapalan anaknya Mirzan yg berjumlah billion? Kalau betul dikira salahguna kuasa ni, perlu disiasat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This so called bailed out has caused no job cuts, company and staff still paying income tax to gpvernment.

      I was still in Petronas then and the later this shipping company successfully deliver petronas products to customers.

      I MDB dah di odit? Ada bayar tax?

      Guna an akal sikit. Kalau tak reti, jilat lah rosmah n najib

      Delete
    2. X sama mcm anak2 menteri yg lain yg x bekerja tp kaya raya.

      Delete
    3. 1.36, Bailout? Bukan kah dah bayar balik?

      Ko tabur fitnah? Bertaubatlah macai...

      Delete
    4. kalau betul dah lama ada RCI tuan....

      Delete
    5. Tolong imbas balik kisah serangan matawang pada tahun 1998..kes bailout ni dibangkitkan sekitar tahun tu..mmg petronas ada bailout..tp bkn krn sbb anak Tun punya..cuba korek..bkn comp ti jer yg Tun bailout..bnyk lg...Tun ckp pada masa tu..comp2 ni terjejas disbbkan serangan matawang...bkn disbbkan kegagalan perniagaan...pada masa tu..harga saham dah sama dgn secawan kopi..ini Tun ckp yg aku ingat....org dump saham comp2 kita masa tu...jd..Tun khuatir akan terjadi spt dawn raid guthrie disbbkn mmg saham terlalu murah masa tu...dikhuatiri comp2 akan diambil alih alih pihak asing...lagi pun..mmg x slah beli masa saham tgh murahkan..simpan lama sikit...saham dah tentu naik harga...yg beli masa murah lar yg untung...dan terbukti pun lps tu bila ekonomi recover

      Delete
  8. Tun depa dah tak ada modal..dah terdesak sgt..kalau blh org dlm jamban pun depa nak masuk kempen. Lepas pru14..in sha Allah ameno hanya tggal nama...
    Jom terus sokong bersatu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com