innity

pages

Sunday, October 1, 2017

Kit Siang cabar SPRM umum Najib tak layak


Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengisytiharkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak layak menjadi calon pilihan raya kerana terpalit dengan skandal 1MDB.
Najib sebelum ini mengumumkan BN telah mengemukakan sebahagian senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-14 kepada SPRM dan akan menghantar lebih banyak lagi senarai calon untuk proses saringan.
Dalam satu kenyataan hari ini, anggota parlimen Gelang Patah itu mempersoalkan sama ada Najib berada dalam senarai yang dikemukakan kepada SPRM dan sama ada ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengesyorkan bahawa perdana menteri itu tidak sesuai menjadi calon pilihan raya.
"Biarkan Dzulkifli mengisytiharkan sama ada beliau berani mencadangkan Najib tidak sesuai sebagai calon BN untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 kerana Najib telah mengubah Malaysia menjadi kleptokrasi global.
"Lima Perdana Menteri sebelumnya Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak pernah melakukannya selama lebih setengah abad.
"Sekiranya Dzulkifli atau SPRM tidak membuat pengisytiharan sedemikian dalam syarat seperti itu, apa gunanya SPRM memeriksa atau meneliti calon-calon berpotensi dari pelbagai parti untuk PRU14 yang akan datang," kata Lim. - MK

1 comment:

  1. Apasal tidak ada anjing dungumno menyalak nih ahhh???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com