innity

pages

Thursday, October 12, 2017

KETAHUILAH NAJIB: Rakyat tiada wang untuk simpanan akibat terpaksa bayar bil, pinjaman dan cukai

Akibat terpaksa menjelaskan pelbagai bil, pinjaman dan cukai, rakyat Malaysia sememangnya tidak mempunyai wang berbaki untuk buat simpanan.

"Walaupun kajian Jabatan Perangkaan mendapati pendapatan isi rumah bulanan purata bagi negara ini meningkat 6.2 peratus kepada RM6,958 pada 2016 daripada RM6,141 pada 2014.

"Tetapi jumlah perbelanjaan isu rumah bulanan purata turut meningkat daripada RM3,578 pada 2014 kepada RM4,033 pada 2016, naik sebanyak enam peratus," kata Ketua Khidmat Rundingan Cukai dan Kewangan Great Vision Advisory Group, Datuk Chua Tia Guan.

Menurutnya, bagi golongan rendah dan pertengahan, sudah tentu amat sukar menabung dengan pendapatan kecil, lebih-lebih lagi untuk menandingi kos sara hidup yang semakin hari semakin tinggi.

"Kebanyakan rakyat di negara ini berbelanja melebihi pendapatan. Mereka hanya mampu mengawal perbelanjaan untuk kegunaan tempoh yang singkat, maka sebab itulah tidak mempunyai wang lebih bagi tujuan simpanan," kata pakar ekonomi ini kepada China Press.

Bagi memperoleh pendapatan yang lebih tinggi, Tian Guan mencadangkan golongan pekerja perlu berusaha dengan lebih gigih, termasuk meningkatkan skil kemahiran, ilmu pengetahuan dan mengubah sikap cara kerja.

"Peranan kerajaan untuk meningkatkan produktiviti rakyat juga penting kerana apabila ia berlaku, sekali gus akan menambahkan pendapatan negara dan secara langsung pendapatan pekerja (rakyat) pun bertambah," katanya. - SH

3 comments:

  1. Bekerja lebih gigih??? Porrrah! Nanti bila rakyat mendapat pendapatan lebih tinggi, sipengucap 'haram jadah dari Pekan' tu akan menaikkan lagi cukai. Dasar spesis perompak, semua hendak dirembatnya.

    ReplyDelete
  2. Rakyat disuruh kerja gigih, yg pemimpin kat atas dan kroni2 senang2 aje menyamun.

    Rakyat dah la hidup susah kena samun, jatuh di timpa tangga kami kat bawah.

    Ubah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com