innity

pages

Wednesday, October 4, 2017

[KERETA TERSADAI] 'Abang terlajak laris' mengeluh harga minyak mahal



Datuk Seri Aliff Syukri merungut kerana tidak mampu melaram sebagai 'perdana menteri' dengan kenderaan mewah Rolls Royce yang dimilikinya.

Menerusi Instagram peribadi Aliff secara berseloroh berkata kereta dengan nombor pendaftaran PMD itu bermaksud Perdana Menteri D’herbs.

Jutawan kosmetik itu memberitahu, kenderaan itu memerlukan dia berbelanja besar disebabkan harga minyak yang mahal di samping cukai jalan mencecah RM60,000 setahun.

Akibat tidak dapat menampung kos bahan bakar yang tinggi, Aliff berkata kereta itu kini tersadai dan tidak dapat lagi dipandu.

Dua tahun lalu Aliff pernah memuat naik gambar Rolls Royce berkenaan bagi berkongsi pengalamannya pernah berjalan kaki ke pejabat kerana tidak memiliki kenderaan.

Namun, semalam pemilik akaun Instagram yang memiliki lebih 2 juta pengikut itu tiba-tiba berhasrat menyewakan kenderaan itu bagi mengelak terus menanggung kerugian. - MK

9 comments:

  1. Kenapa la orang Melayu kaya yg buat bisnes kosmetik selalu sangat berlagak dan riak???..,,,, dh xde keje ke, asyik nk menunjukkan harta kt orang yg x mampu......

    ReplyDelete
  2. Duit banyak tapi iq kurang. InsyaAllah roda kehidupan sentiasa berpusing.

    ReplyDelete
  3. Manusia angkuh mengada-ngada mcm ni xpyh layanlah. Xpyh bg publisitilah

    ReplyDelete
  4. Sibodoh di beri rezeki menipu si bodoh

    ReplyDelete
  5. itu namanya bahasa sindiran, fikir2kan... kecuali pada mereka yang ada yg ada kepentingan

    ReplyDelete
  6. Mungkin menunjuk-nunjuk tu untuk memberi motivasi kepada orang lain kot?
    Yang penting aku berbangga ada Melayu yang berjaya

    ReplyDelete
  7. Tindakan beliau menyebabkan banyak fitnah berlaku.

    ReplyDelete
  8. Kepada macai2 najib, hayati ayat berikut...

    Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. [QS 4:142] 

    ReplyDelete
  9. Biaq pi kat dia la....sekurang-kurangnya dia kaya kerana berusaha sendiri tak balun duit rakyat atau menyamun. Hari ini mungkin dia nampak poyo sikit tapi esok mungkin Allah bagi dia hidayah dan menjadi seorang Muslim yang seribu kali lebih baik dari kita.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com